Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
884
View
8
Reply

[Tempatan] Keluarga warga Singapour hadir buat pengecaman.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-8-2019 05:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-8-2019 01:40 PM

Keluarga warga Singapura hadir buat pengecaman














MAYAT wanita ditemui dengan jaket keselamatan dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. FOTO ROSLI ILHAM












ANGGOTA keluarga wanita warga Singapura dilapor hilang ketika berkayak di perairan Endau, Kemaman, Khamis lalu, tiba di Unit Forensik Hospital Kemaman.

Kehadiran mereka bagi membuat pengecaman mayat wanita ditemui kira-kira 12.50 tengah hari, semalam, di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman oleh nelayan tempatan.

Kira-kira 15 anggota keluarga Puah Geok Tin, 57, yang menaiki empat kereta bernombor pendaftaran Singapura tiba di hospital jam 11.45 malam dengan diiringi kereta polis dan kereta Kedutaan Singapura cawangan Johor.

Tinjauan mendapati, anggota keluarga itu kelihatan sugul dan berpelukan sesama sendiri. Beberapa anggota keluarga dilihat meraung selepas keluar dari bilik mayat.

Bagaimanapun, media tidak dibenarkan merakam gambar atau video serta menemuramah anggota keluarga itu.
Difahamkan, bedah siasat akan dilakukan esok.
Terdahulu, Puah dan seorang lelaki, Tan Eng Soon, 62, kedua-duanya warga Singapura dilaporkan hilang kira-kira jam 5.40 petang selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.
Mereka dipercayai terpisah daripada kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Semalam, kayak dinaiki kedua-dua mereka ditemui jam 12.55 tengah hari di perairan Kuantan, Pahang sebelum mayat seorang wanita ditemui nelayan pada 12.50 tengah hari semalam di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu.




Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 1:19 AM






Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Puah geok tin..pprtnya nama
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 09:04 AM | Show all posts
kesiannyaa laaa. byk btol kes melibatkan foreigner lately ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 09:08 AM | Show all posts
berkayak kat open sea....
mmg gila lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 09:40 AM | Show all posts
jap2.
singaporean ni berkayak kat endau ke kat kemaman?
setau iolss endau kat sempadan pahang/johor.
atau kat kemaman pun ada tempat nama endau?
tapi rasanya iolss dengar berita dia berkayak kat area Penyabung tu?
hanyut dari endau/penyabung sampai ke kemaman kah?
atau kes ni kes yg lain?

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde yg pelik atau gila berkayak kt open sea
Cuma pastikn ada guide yg berpengalaman
Guide yg tau apa nk buat klu keadaan out of control atau laut bergelora

Sebab tu kayak ni bkn suka2 je ambil paddle dan kayak
Kena ada prior training apa nk buat klu kayak terbalik,  jugak prior training isyarat kayak kt laut guna paddle
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 11:31 AM | Show all posts
takziah...                    
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.077282s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list