Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
267
View
2
Reply

[Jenayah] Mayat Rentung Terbakar Dijumpai di Pending

[Copy link]

Author: Burong_Hantuk       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-8-2019 10:01 AM | Show all posts |Read mode
  

Mahu cari besi buruk, terjumpa rangka manusia

KUCHING: Hasrat dua lelaki mencari besi buruk terbantut selepas menemui rangka manusia dalam keadaan rentung dan terbakar di Jalan Pelabuhan, Pending, di sini malam tadi.

Terkejut dengan penemuan itu, seorang daripadanya membuat laporan polis kira-kira jam 1 pagi tadi untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau berkata, rangka itu ditemui kira-kira jam 11 malam oleh seorang peniaga besi buruk dan rakannya di kawasan belukar berhampiran Jambatan Pending.

Berdasarkan laporan polis diterima, mereka menemui tulang dan tengkorak manusia dalam guni, dengan keadaannya rentung serta mempunyai kesan terbakar.

Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bahagian tulang yang dapat dikenal pasti adalah tulang kaki, pinggul dan kepala, katanya.

Awang Din berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di sekitar lokasi kejadian.

Kes masih di dalam siasatan dan identiti mangsa belum dapat dikenal pasti. Kes sedang disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Rangka itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:04 AM | Show all posts
bunuh..bakar..buang
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2019 10:20 AM | Show all posts
dahsyatnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.082638s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list