CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3690|Reply: 27

[Tempatan] Maid lari, tuan rumah dah rugi RM367 juta

  [Copy link]
Post time 17-8-2019 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Amah 'cabut' majikan serabut
    myMetroutama




KUALA LUMPUR: Dua kali rugi! Itu istilah tepat bagi menggambarkan nasib malang majikan yang menghadapi masalah pembantu rumah asing atau amah lari dari rumah yang sudah berlarutan sekian lama.

Mana tidaknya, majikan bukan saja berdepan kerugian bayaran membawa masuk amah sekitar RM12,000 hingga RM18,000 seorang sebaliknya turut dikenakan denda RM500 oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Situasi itu boleh diibaratkan, sudah jatuh ditimpa tangga buat majikan yang nyata mengalami kerugian berganda tanpa pembelaan wajar sedangkan ada segelintir amah melarikan diri dengan meninggalkan bayi atau kanak-kanak di rumah tanpa jagaan.

Itu tidak termasuk lagi kes amah mencuri barangan berharga milik mangsa.

Keseriusan kes melarikan diri membabitkan amah didedahkan sumber JIM kepada Skuad Khas Harian Metro yang mengatakan agensi berkenaan merekodkan 30,560 kes sejak 2015 hingga Julai 2019.

Katanya, onar itu menyebabkan majikan iaitu rakyat Malaysia mengalami kerugian lebih RM367 juta sepanjang tempoh berkenaan.

“Bukan sikit-sikit rugi. Ini kalau kiraan RM12,000 seorang (kos), rakyat Malaysia dah rugi RM367 juta. Ada agensi pembantu rumah asing mengenakan bayaran sehingga RM18,000,” katanya.

Sumber itu berkata, 30,560 kes yang direkodkan JIM bukanlah data tepat bagi menggambarkan fenomena amah lari dari majikan.

“Masalah ini lebih serius sebenarnya. Kita percaya jumlah sebenar amah lari lebih tinggi kerana ada majikan yang tidak membuat laporan. Ia mungkin disebabkan keengganan mereka dikenakan denda oleh JIM. Kerugian sebenar dari tahun 2015 hingga kini mungkin bernilai setengah bilion ringgit,” katanya.

Memperincikan perkara berkenaan, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa warga Indonesia mencatatkan kes melarikan diri daripada majikan paling tinggi iaitu sebanyak 21,961.

“Diikuti warga Filipina sebanyak 5,816 kes, Kemboja (1,272), Sri Lanka (483), China (360), Laos (339), India (165), Vietnam (119), Thailand (25), Myanmar (7), Nepal (6), Bangladesh (5) dan Pakistan (2),” katanya.

Menurutnya, kebanyakan kes amah lari turut didalangi agensi pembantu rumah asing yang bersekongkol dengan sindiket.

“Kita percaya terdapat pembabitan sindiket dalam perkara berkenaan. Ini kemungkinan terbesar yang berlaku kerana ada kes dilaporkan amah lari selepas bekerja tidak sampai 24 jam atau seminggu,” katanya.

Katanya, pelbagai alasan diberikan amah kepada pihak berkuasa selepas ditangkap dalam serbuan yang dilakukan.

“Majikan garang, tidak bebas, cinta dan tidak mahu pulang ke negara asal selepas tamat kontrak,” katanya.

Tambahnya, JIM juga bimbang amah yang melarikan diri daripada majikan itu menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang.

“Disebabkan itu, kita selalu melakukan operasi di seluruh negara,” katanya.

Amah yang melarikan diri akan disenaraihitam JIM selepas majikan melaporkan kes berkenaan.

Mereka boleh ditahan mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi cam aku.. tak payah pmbntu rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam masa setahun.. 2 maid indonesia tok aku mengasuh ni lari.

Kerja bukan susah keluarga tok ni Bagus.. Tapi indonesia spesis maid tok aku mengasuh ni jenis tak sedar diri.

Ni depa tgh cari maid baru.. Ikut aku.. X mo maid baik depa upah part time helper yg mai cuci rumah seminggu sekali.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
nak lari ikut cinta satu hal, dingkutnya sekali harta orang tu memang nak masuk lokap la
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun tiap bln total kos hantar anak2 ke taska/tadika lg mahal dr gaji bulanan maid, mmg x terpikir nak hire maid. Buat pening kepala je. 1 lg mmg x caya nak bg maid mengasuh anak2 kt umah. Ntah ape die buat kt anak2 aku nnt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2019 01:19 PM | Show all posts
jgn percayakan maid 100%
pasang CCTV secara sembunyi di byk sudut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibik indonesia kalau yang dihantar ke Malaysia dengarnya gref E dan F, ada masuk dln berita few year ago,

Kalau yang gred A dan B Arab dah book semua,

Kalau yang gred C dan D more to sepet country taiwan, hongkong dan korea,

Malaysia nak dapat service high class dari bibik memang non hado, mindset dorang, education, talent dan skill pun low banyak dari yang lain, harap hadam,

Problem maid create problem at every solution and Clever maid create solution at every problem.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 17-8-2019 01:19 PM
jgn percayakan maid 100%
pasang CCTV secara sembunyi di byk sudut

lagi baik awal awal beri tau maid yg rumah ada cctv.jadi dia akan lebeh berhati hati dgn tindakan nya .jgn dah terkene baru nak bertindak menghukum maid mcm selalu tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2019 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nak bayar murah, tp dibuatnya maid mcm hamba abdi.kerahan tenaga x beragak........gitu le perangai acik2 kepam perasan kaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-8-2019 10:14 AM
Dalam masa setahun.. 2 maid indonesia tok aku mengasuh ni lari.

Kerja bukan susah keluarga tok n ...

Klu tok ada ank lelaki yg blh di goda....nak lah maid indon dok situ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 17-8-2019 01:19 PM
Bibik indonesia kalau yang dihantar ke Malaysia dengarnya gref E dan F, ada masuk dln berita few yea ...

Spork dapat grade brp?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-8-2019 10:14 AM
Dalam masa setahun.. 2 maid indonesia tok aku mengasuh ni lari.

Kerja bukan susah keluarga tok n ...

Tok baby chuols buat pangai ke sampai deyols lari
Bukan chuols ade situ ke dok ngasuh heshe
Dah kenapa pulak maid tu nak lari2
Gediknye maid jaman skang neh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 17-8-2019 01:19 PM
jgn percayakan maid 100%
pasang CCTV secara sembunyi di byk sudut

Takyah sembunyi2 pasang je merata tempat dlm rumah tu biar dia tau ada cctv
Lepas tu tipu je ckp cctv tu ada sound system skali. So kalo anak nangis lain machiam pun dia pikior byk kali nak biar ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-8-2019 02:46 PM
Klu tok ada ank lelaki yg blh di goda....nak lah maid indon dok situ....

Hahaha.. X ada.. Hanya ada sy dan tok.. Mmg depa sebenarnya tak suka dok rumah.. Suka berjalan2
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 17-8-2019 02:53 PM
Tok baby chuols buat pangai ke sampai deyols lari
Bukan chuols ade situ ke dok ngasuh heshe
D ...

Tu la.. Tok bukan kacau maid pun..jaga rumah pun puas bising baru kemas.. Tak ada sebab..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-8-2019 03:27 PM
Tu la.. Tok bukan kacau maid pun..jaga rumah pun puas bising baru kemas.. Tak ada sebab..

Boleh tak acik nak speku maid lari sbb chuols yg dera deyols
Chuols lah punca sebenaqnya yessss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2019 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana trisna ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 17-8-2019 04:17 PM
Boleh tak acik nak speku maid lari sbb chuols yg dera deyols
Chuols lah punca sebenaqnya yes ...

Huwaa.. Tak.. Sy layan maid mcm saudara sendiri.. Apa yg sy beli utk makan yg tu maid tu dpt.. Beli baju raya bagi hadiah.. Kalau minta tlg dia urutkan sy bg upah mcm pi urut kat spa.

Berletiaq sbb byk main phone tu biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-8-2019 02:48 PM
Spork dapat grade brp?

Mana2 yang ada lebihan, tapi news tu ckp mana negara asean biasa dapat gred yang paling rendah, atas sebab lokasi dekat, serumpun dan senang untuk bibik bergaul, begitulah yang pernah saya baca
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 17-8-2019 01:19 PM
Bibik indonesia kalau yang dihantar ke Malaysia dengarnya gref E dan F, ada masuk dln berita few yea ...

Oic...no wonder maid kaka yg pernah berkerja di Arab for 10 years sgtlah bagus..cekap dan boleh masak pelbagai masakan...arwah mak kaka pun suka dia...cuma itulah...tak lama dia dgn kami...masalah kesihatan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.132381 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list