View: 3331|Reply: 35
|
[Dunia]
Bunuh Teman Lelaki Gara-Gara Diejek Gemuk
[Copy link]
|
|
17 Aug 2019
SINAR HARIAN
Seorang wanita hilang pertimbangan apabila menikam sehingga mati teman lelakinya menggunakan gunting dalam kejadian di wilayah Henan, China pada Khamis lalu.
Suspek bertindak demikian akibat berang dipanggil gemuk oleh mangsa.
Sebelum kejadian, suspek mengajak mangsa makan aiskrim namun, perkataan yang keluar daripada mulut mangsa menyebabkan suspek mengamuk.
"Kamu sudah gemuk," demikian perkataan yang dilontarkan suspek kepada mangsa, kata saksi.
Kejadian tragis itu berlaku di sebuah kaki lima dan turut disaksikan orang ramai.
Mangsa maut akibat ditikam sebanyak empat kali.
Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan serta turut mengalami kecederaan ringan pada pergelangan tangan. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jujur sangat bagi pendapat..akhirnya makan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
mana gambar..nk tgk gemuk mana |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka...kalau kakalong ..jirus jer mulut longkang dia tuh dengan airpanas ..Tak pun tampar ngan selipar .. pasti say goodbye |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-8-2019 05:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pink_Purple replied at 17-8-2019 04:42 PM
mana gambar..nk tgk gemuk mana
Hasrat seorang gadis mahu menikmati aiskrim berkecai selepas dia kecewa dengan kata-kata yang diungkap teman lelakinya sebelum berakhir dengan tragedi pembunuhan.
Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari 14 Ogos, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 20-an terdahulu berjalan-jalan di kawasan bandar di tengah cuaca panas.
Difahamkan, mereka baru saja menjalinkan hubungan kurang sebulan.
Si gadis itu kemudian memberitahu teman lelakinya yang dia mahu makan aiskrim. Namun lelaki itu kata, "Awak dah gemuk, masih nak makan aiskrim?"
Mendengar kata-kata itu, gadis itu terus berang tetapi memendam kemarahannya itu dan masuk ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli gunting.
Sebaik saja keluar dari kedai itu, suspek terus menikam teman lelakinya sebanyak empat kali di tempat terbuka. Mangsa yang tidak sempat mengelak terjatuh berlumuran darah dan meminta tolong dari orang awam.
Apabila polis dan paramedik tiba di tempat kejadian, mereka cuba menyelamatkan mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Malangnya sudah terlambat, mangsa disahkan meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah dan cedera parah.
Sementara itu, suspek ditahan ketika dia cuba melarikan diri juga mengalami kecederaan ringan.
Kes masih dalam siasatan polis.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tq..xde la gemok sgt pun....sebab mulut badan binasa...
menghina orang sangat..gurau xkena tempat..
|
|
|
|
|
|
|
|
China kan? Tek heran la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow dan dan tu jugak dia tikam. Siap gi beli gunting dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Uih, no doubt mamat tu tak patut la cakap macam tu tapi minah ni, takkan hypersensitive sangat sampai nak bunuh2. Agaknya mamat tu tatau lagi kot perkataan gemuk tu pantang besar bagi minah tu. Padahal takde la gemuk mana. Ni betul2 kerana mulut, badan binasa |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aihhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Foxey replied at 17-8-2019 05:44 PM
Uih, no doubt mamat tu tak patut la cakap macam tu tapi minah ni, takkan hypersensitive sangat sampa ...
ntah2 dh lama selalu kena panggil gemuk.pendam lama2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 17-8-2019 05:59 PM
saya nak ice cream
Kamu sudah gemuk
......................................................
hmm...
get the message lah , lain kali i mean kita boleh baca as berita - tapi ni komunikasi yang macam nilah ..mangsa sungguh.
ni impulse control. i think bahaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kau salah mintak aiskrim la nok. patutnya kau mintak nak dia punya aiskrim. harus dipuji-puji nya kau silap2 dia yang nak offer kat kau aiskrim dia hari2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kat china mcm tu dah kira gemok dah....
Kat msia blh jd duta prod kurus timbang kilo.... |
|
|
|
|
|
|
|
Takde la gemok sangat pun. Haish tula mulut celupar lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
crazybeach replied at 17-8-2019 06:05 PM
kau salah mintak aiskrim la nok. patutnya kau mintak nak dia punya aiskrim. harus dipuji-puji nya ka ...
Memandangkan dari segi rupa kurus cam tulang ikan...aku rasa ice cream dia tak tempting la. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan gemuk gedempol... |
|
|
|
|
|
|
| |
|