CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1087|Reply: 14

[Tempatan] Jika mahu harmoni, jangan ungkit ketuanan bangsa, kata mufti.

  [Copy link]
Post time 17-8-2019 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Jika mahu harmoni, jangan ungkit ketuanan bangsa, kata muftiNur Hasliza Mohd Salleh -

August 17, 2019 5:57 PM


Wan Salim Mohd Noor

PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor berkata pemimpin masyarakat ada kewajiban untuk mengawal tutur kata dan tindak-tanduk kumpulan masing-masing bagi memelihara keharmonian rakyat.

Beliau menegaskan orang bukan Melayu perlu menghormati keistimewaan penduduk asal, termasuk kedudukan Islam, raja-raja Melayu dan bahasa kebangsaan, dan sebaliknya, orang Melayu tidak wajar mengungkit-ungkit ketuanan bangsa atau menyeru hak-hak warganegara kaum-kaum lain dinafikan.

“Apa yang amat didambakan adalah semua warganegara mampu hidup bersama dalam suasana aman dan boleh bertoleransi antara satu sama lain. Semua kaum perlu terima realiti bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan penganut agama-agama yang berbeza,” katanya.

Wan Salim berkata demikian selepas kenyataan mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dikritik kerana mengatakan “Tanah Melayu untuk orang Melayu” seperti “China untuk orang Cina”, “India untuk orang India”, “Eropah untuk orang kulih putih”.







Asri ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Alwi, Kangar semalam berkata Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dan Semenanjung, jadi tidak perlu dihairankan atau dipertikaikan oleh kaum-kaum lain jika orang Melayu mahu mewariskan sejarahnya dan tulisannya.

Wan Salim berkata pemimpin semua kaum berkewajipan menegur pengikut masing-masing supaya mengawal tutur kata dan tindak-tanduk yang boleh mengeruhkan suasana harmoni dalam hubungan sesama rakyat tanpa mengira kaum dan penganut agama.

“Ini merupakan antara matlamat utama bagi semua pihak,” katanya.

Mengenai berdakwah kepada orang bukan Islam pula, Wan Salim mengingatkan bagi Islam, tiada guna orang menukar agamanya kepada Islam tanpa kerelaan hati.

“Biarlah orang masuk ke dalam agama ini dengan rela berdasarkan keyakinan di hati,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2019 08:18 PM | Show all posts
Macamana ummah malaya nak hormat mopti kalau buat statement racist?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg rasis tu puak2 ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2019 08:26 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-8-2019 05:44 AM

Hahaha...seorang mopti yang racist! Mopti pun dah berfikiran seperti lobai porom?

Sangat memalukan agama sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 08:32 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-8-2019 08:18 PM
Macamana ummah malaya nak hormat mopti kalau buat statement racist?

Hanya ummah yang tak berapa ceredik sahaja yang akan kagum dengan mopti......
Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2019 08:59 PM | Show all posts
Maideen. replied at 17-8-2019 04:32 AM
Hanya ummah yang tak berapa ceredik sahaja yang akan kagum dengan mopti......
Wallahuala ...

Dah sama level dengan lobai forum je rupanya mopti tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ungkit kepuanan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak akhir2 ni menjadi2 mslh perbalahan kaum ni.tak boleh ke hidup diam2?kalau geng2 ni berani kenapa kalau migrate kat negara2 luar boleh plk diam.ikut rules negara yg depa pg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2019 11:44 PM | Show all posts
"Beliau menegaskan orang bukan Melayu perlu menghormati keistimewaan penduduk asal, termasuk kedudukan Islam, raja-raja Melayu dan bahasa kebangsaan, dan sebaliknya, orang Melayu tidak wajar mengungkit-ungkit ketuanan bangsa atau menyeru hak-hak warganegara kaum-kaum lain dinafikan."

Ini btol, kita nak org hormat kita tp kita x hormat org....... Melayu mmg kena buang pemikiran ketuanan dan pemikiran ini tanah melayu sbb hakikatnya kita dah berkongsi tanahair.....

Aku boleh terima kalau pemikiran ni datang dari org yg mmg support UMNO sbb aku faham dasar perjuangan UMNO, tp rata2 batak PAS dikalangan kawan2 aku pun ada pemikiran yg sama yg buat aku x faham....

Kata nk negara Islam, tp pada masa yg sama nak HAK2 ISTIMEWA MELAYU dipertahankan..... kalau btol nak laksanakan ISLAM YG SYUMUL dalam pemerintahan xbleh ada dah hak2 istimewa orang melayu.....hak bernegara semua sama, cuma hak beragama saja ISLAM AKAN TERTINGGI......tanah rezab, hak kuota pendidikan dan ekonomi dalam Islam semua sama....sanggup  ker batak2 PAS nak buat mcm tu??

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:45 PM | Show all posts
monsterwife replied at 17-8-2019 11:24 PM
Sejak akhir2 ni menjadi2 mslh perbalahan kaum ni.tak boleh ke hidup diam2?kalau geng2 ni berani kena ...

Migrate tu dorg dpt hak kerakyatan ker??
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2019 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu takkan persoalkan ketuanan kalau kaum lain tak sentuh. Kita hanya membeli apabila ada orang menjual, kalau tak beli dikatakan miskin pulak. Harap faham yer.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 12:10 AM | Show all posts
Zeatyisaac replied at 17-8-2019 11:53 PM
Melayu takkan persoalkan ketuanan kalau kaum lain tak sentuh. Kita hanya membeli apabila ada orang m ...

Aku bleh terima konsep org jual kita pun beli ni kalau ianya dari org yg berpemikiran orang2 UMNO sbb dah itu dasar oerjuangan UMNO.....
Yg aku xleh hadam konsep "dah kau rasist aku pun kena rasist gak" turut diperjuangkan oleh yg ngaku nak perjuang ISLAM YG SYUMUL di Malaysia, yg tu yg brain aku xleh compute tu.....sembang Islam berdegar2 tp still rasist atas alasan dah dorg rasist dulu......
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:20 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-8-2019 08:59 PM
Dah sama level dengan lobai forum je rupanya mopti tu

Lebih kurang lah bro.....

Wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun umah Melayu musnah...Ketuanan Melayu akan tetap abadi selamanya kerana itu sudah sunatullah ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullahtu...
Jgn ungkit ketuanan
Jgn sekolah asing2
Jgn x tau ckp melayu
Jgn ____
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.181851 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list