CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 3

[Tempatan] 8 bayi lahir ketika ibadah haji di Mekah tahun ini.

[Copy link]
Post time 17-8-2019 09:30 PM | Show all posts |Read mode
8 bayi lahir ketika ibadah haji di Mekah tahun iniFMT Reporters -

August 16, 2019 11:01 AM


Salah seorang jemaah haji memangku anaknya selepas melahirkan bayinya ketika menunaikan ibadah haji di Mekah. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Musim haji tahun ini menyaksikan 8 bayi dilahirkan di tanah suci Mekah, menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi memetik laporan Stepfeed.

Dilaporkan Hospital Ibu Bersalin dan Kanak-kanak Mekah merekodkan 5 kelahiran, 2 di Arafah dan 1 lagi di Mina.

Dua bayi di Arafat dilahirkan jemaah haji ketika mereka menjalani ibadah wukuf di kawasan itu pada 10 Ogos. Mereka kemudiannya dipindahkan ke hospital berhampiran untuk pemantauan dan pemeriksaan.

Salah seorang ibu adalah jemaah haji dari Libya berusia 40 tahun, Suad Mohammed Barbush yang melahirkan bayinya di Hospital Jabal al-Rahmah.







Seorang lagi ibu berusia 23 tahun dari Republik Guinea, Maimunah Ali melahirkan bayi sejam selepas dia dan suami mendaki gunung Arafah. Pasangan itu kemudian menamakan anak mereka sempena Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Pada 2017, 9 jemaah haji melahirkan bayi semasa menunaikan ibadah wukuf di Arafah.

Manakala pada 2018 dan 2015, wanita masing-masing dari Jordan dan Maghribi melahirkan bayi mereka di lokasi yang sama.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2019 11:13 PM | Show all posts
eorang lagi ibu berusia 23 tahun dari Republik Guinea, Maimunah Ali melahirkan bayi sejam selepas dia dan suami mendaki gunung Arafah. Pasangan itu kemudian menamakan anak mereka sempena Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman


ewwwww!!

Baik ler letak nama Arafah lagi bagus!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg mmg leh naik flight ka bila kandungan dh cecah 8 months?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 07:38 AM | Show all posts
AyaqMeloSuam replied at 18-8-2019 02:27 AM
Dorg mmg leh naik flight ka bila kandungan dh cecah 8 months?

persoalan yang sama..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.288751 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list