CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1613|Reply: 11

[Tempatan] Durian tekka saingan baru musang king

[Copy link]
Post time 18-8-2019 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Durian tekka setanding musang king
17 Ogos 2019




PONTIAN- Sebut sahaja tentang durian, pasti ramai terbayangkan keenakan musang king, D24, bahkan durian kampung sekalipun.

Namun, jika disebut tentang durian tekka pasti ramai yang kurang mengetahui kewujudannya.

Peraih durian, Aziz Mohd Nohong, 53 berkata durian tekka sering menjadi buruan peminat tegar durian kerana keenakan rasanya yang lemak, manis, pahit dan berkrim.

Katanya, durian tekka sukar diperoleh kerana ia tidak banyak ditanam berbanding durian kampung dan musang king.

“Di kawasan kampung di sini, jarang orang cari durian musang king, tetapi mereka tahu ada beberapa jenis durian yang enak antaranya tekka dan chiat chi.

"Musim kali ini, chiat chi kurang menjadi. Yang paling elok durian tekka. Harganya antara RM20 hingga RM30 sekilogram," katanya.

Harga jatuh pada musim panas

Aziz yang merupakan peraih durian di Batu 6 Jalan Penerok-Kukup berkata dia tidak hanya menjual durian tekka, tetapi turut menawarkan pelbagai jenis durian segar yang dihantar sendiri pekebun ke gerainya.

"Durian kampung dan durian tembaga paling banyak dihantar pekebun, seawal jam 7.30 pagi lagi. Ada 30 hingga 40 pekebun antara durian mereka ke sini setiap hari.


"Durian yang dikumpulkan akan dihantar ke Johor Bahru. Pasaran di Johor Bahru lebih baik kerana permintaan tinggi di sana," katanya.

Ditanya tentang harga durian, katanya harga durian pada musim kali ini menurun disebabkan faktor ekonomi pembeli.

Selain itu, kualiti durian juga merosot disebabkan cuaca terlalu panas menyebabkan buah mudah pecah.

"Musim durian kali ini bermula lepas Aidilfitri dan dijangka berakhir pada September depan.
.

"Musim kali ini durian kampung dijual RM7 hingga RM8 sekilogram. Tahun lepas harga durian lebih tinggi iaitu RM15 hingga RM18 sekilogram," katanya.

Bagi pekebun durian dari Kampung Parit Kongsi, Noraini Jenal, 29 keadaan cuaca panas menyebabkan durian tidak berbunga dan buah kerap pecah.

Katanya, dari 200 pokok durian hanya 12 pokok sahaja yang berbuah pada musim kali ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
I gi cameron highlands cuti baru ni puas makan durian bukit. 1 kg rm6, isi tebal pahit2 manis. Makan tepi jalan sambil layan udara sejuk. Kecurrrr airlior teringat balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik baru pas makan durian petang tadi. Kalau tak, mesti teringin. Tapi tak suka durian yang ada rasa pahit2 sikit ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tekka ni zaman dulu2 dah ada. Ok juga rasanya. Tekka ialah bahasa hokkien (sebutan mandarin zhujiao dan sebutan kantonis chuk keok) bererti kaki buluh. Mcm Pasar Tekka di Singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:42 PM | Show all posts
Megikari replied at 17-8-2019 04:11 PM
I gi cameron highlands cuti baru ni puas makan durian bukit. 1 kg rm6, isi tebal pahit2 manis. Makan ...



aii try gak tapi tak suka. Aii try gak keledek bukit rebus pun tak sedap. Hok purle tu keras ketung! Aii try nenas bukit orang asli hok tu kena dgn tekak aii.


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:54 PM | Show all posts
Dah try durian tekka ni.Tak sedap. Musang king lagi sedap dari tekka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2019 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut tekak masing2 la kan
Pada aku musang king sedap lg
Td mkn D15 pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka durian yg mula2 gigit ade rasa pahit pas tu hujung dia rasa manis2.. Suka yg ade gas2 sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Fav aku udang merah... musang king tu tebal sangat, muak pun cepat..haha. tapi udang merah season kali ni macam kurang banyak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bird77 replied at 18-8-2019 10:54 PM
Dah try durian tekka ni.Tak sedap. Musang king lagi sedap dari tekka

Agreed. X leh nak layan tekka..

Tp kalau musangkan king, ai biasa buat opening dgn cari durian pahit berlemak dulu. Lupa lak namanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 01:25 AM | Show all posts
Musang king dan tekka... dedua mmg sedap, tp cepat muak...
dua pangsa pn dah... huhu

Prefer durian kampung lagi...
mcm mcm rasa ada... heheh
makan byk mana pn x muak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Brp harga musang king sekilo kat tempat korang? Kat KK RM40/kg lepas tawar2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.496585 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list