CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 16

[Jenayah] Polis giat buru lelaki bunuh& bakar isteri

  [Copy link]
Post time 18-8-2019 07:48 AM | Show all posts |Read mode
KENINGAU - Polis sedang giat memburu seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki membunuh dan membakar mayat isterinya yang ditemukan rentung di kawasan semak sebuah kebun di Batu 8, Jalan Sook, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Hussin, berkata, mangsa dikenali sebagai Sarah Israkil, 44, berbangsa Suluk Filipina dan bukan seorang remaja tempatan sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa bergelut sebelum dibunuh dan dibakar oleh suspek akibat cemburu.

"Mayat mangsa diseret lima meter ke bawah pokok mangga untuk dibakar sehingga sukar dicam untuk tujuan melupuskan bukti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, dapatan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontnjen (IPK) Sabah ke atas mayat mangsa mendapati terdapat enam kesan tikaman di seluruh anggota badan mangsa.

Shahrudin berkata, berdasarkan keterangan saudara terdekat mangsa, motif pembunuhan berpunca daripada cemburu dan suami mangsa sedang diburu untuk membantu siasatan.
Katanya orang ramai yang mengetahui lokasi terkini suspek diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Pada kejadian jam 7.20 pagi itu, polis Keningau menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan terbakar di kawasan kebun tersebut. - Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2019 07:53 AM | Show all posts
lelaki mental muka tempe..







Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ngeri btl.... skrg sbb cemburu boleh wat benda pelik n ganas
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkan rentung habis. Ni stil nampak jasad lg. Kalau rentung betul tak ngeri sgt. Bila half cooked mcm ni adehhh murung seharian aku tertengok pic ni.. rest in peace acik pinoy.. moga dapat tangkap la laki durjana tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
husie91 replied at 18-8-2019 08:59 AM
Ingtkan rentung habis. Ni stil nampak jasad lg. Kalau rentung betul tak ngeri sgt. Bila half cooked  ...

Gilaaa. Aku dah la tgh makan. Nak termuntah plk ish. Tp badan tu mmg msh lawa mcm budak belasan tahun. Tak mcm org umur 40-an
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..manusia makin gila..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Gilanya... Lepas bakar, lakinya dah lari ke luar negara kot.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:22 AM | Show all posts
Atata replied at 18-8-2019 09:09 AM
Gilaaa. Aku dah la tgh makan. Nak termuntah plk ish. Tp badan tu mmg msh lawa mcm budak belasan ta ...

lemak2 dah habis terbakarr..siannya acik ni dapat laki mental..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dah selamat lari ke fillipin agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah perangai2 sampah jer yang melata kat Sabah hasil dari immigrants tak lama lagi perangai2 indon pulak sama bikin masalah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 11:03 AM | Show all posts

sebab itu suami dayus biasanya baik, tak cemburu, tak pukul, tak bunuh, tak bakar
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 18-8-2019 09:09 AM
Gilaaa. Aku dah la tgh makan. Nak termuntah plk ish. Tp badan tu mmg msh lawa mcm budak belasan ta ...

Betul wei lepas tgok terus rasa habisla hilang selera aku satu hari ni tapi memang tak dinafikan body acik just nice. Betul ke umo 40 an.. ke laki durjana tu yg 40an.. arwah binik muda lgi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyesal pulak tengok gambar mayat tu, adehhh. Semoga pembunuhnya dapat ditangkap dan dihukum setimpal dengan kekejaman nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan pula muncul kt daerah lain Minta kerja dgn Kita
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
husie91 replied at 18-8-2019 01:56 PM
Betul wei lepas tgok terus rasa habisla hilang selera aku satu hari ni  tapi memang tak d ...

Kat Sabah mmg selalu la bunuh2 gni. Tp bkn org lokal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 10:20 AM | Show all posts
Ya Allah dasyat nye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2019 01:35 AM | Show all posts
mudah2an dpt tangkap cepat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076719 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list