Saya melihat ada usaha dari orang Islam sendiri yang tidak setuju memberi perlindungan kepada Dr Zakir Naik lalu menyamakan beliau dengan Abu Jandal bin Suhail. Lebih menakutkan ada yang mengaitkan orang cina di negara ini dengan muhajirin!!
Saya tidak tahu apa persamaan cina di negara ini dengan muhajirin? AJAIB SUNGGUH !!
Sebahagian yang lain menyamakan Dr Zakir dengan kisah Abu Jandal bin Suhail. Bagi saya nak samakan dengan kisah Abu Jandal tidak boleh sama sekali. Kita bukannya sedang berperang dengan kerajaan India sepertimana Nabi sallallah alaih wasallam sedang berperang dengan Quraisy. Masalah kita ialah kita main petik saja kisah dalam sirah semata-mata untuk mendapat keuntungan politik.
Saya tidak suka main isu perkauman. Saya sayangkan keharmonian di negara ini. Oleh itu saya mohon agar Dr Zakir Naik jangan memberi komentar tentang isu politik di Malaysia. Tapi saya sangat menghormati keputusan Tun Mahathir untuk memberi perlindungan kepada Dr Zakir Naik dari dizalimi. Ini tanggungjawab kita.
Bagi yang kata Dr Zakir Naik mencaci agama lain. Tolong bagi saya bukti di mana ceramah beliau yang menghina atau mencaci agama lain. Jika sekadar mengatakan agama lain tidak betul menurut pandangan Islam, al-Quran dan Hadis pun mengatakan perkara yang sama. Terlalu banyak ayat menyebut tentang kecaman terhadap kekufuran dan kesyirikan. Adakah satu hari nanti mengajar al-Quran dan Sunnah juga dianggap mengancam orang lain dan ia salah? Saya tidak tahu cara mereka berfikir.
Jika benar Dr Zakir Naik ada kesalahan sila bawakan beliau ke mahkamah dan buktikan kesalahan beliau melalui mahkamah. Jika terbukti dia salah maka barulah bincang tentang pengusiran beliau.
Jika Dr Zakir Naik wajar diusir kerana dakwahnya yang kononnya tidak memuaskan hati orang Cina dan India, bagaimana pula dengan komentar Dong Zong terhadap cadangan Menteri Pendidikan terhadap pengajaran jawi sebelum ini? Adakah mereka wajar dihalau ke China? Bagaimana pula dengan komentar sebahagian orang yang mengatakan Melayu adalah pendatang di Malaysia? Adakah dia wajar diusir ke India?
Sungguh saya keliru dengan double standard sebahagian orang melayu.
Dr Rozaimi Ramle
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Bagi yang kata Dr Zakir Naik mencaci agama lain tolong bagi saya bukti di mana ceramah beliau yang menghina atau mencaci agama lain? Jika sekadar mengatakan agama lain tidak betul menurut pandangan Islam, al-Quran dan Hadis pun mengatakan perkara yang sama. Terlalu banyak ayat menyebut tentang kecaman terhadap kekufuran dan kesyirikan. Adakah satu hari nanti mengajar al-Quran dan Sunnah juga dianggap mengancam orang lain dan ia salah? Saya tidak tahu cara mereka berfikir.
serupa cam dlm forum
klu bergaduh antara forumers, msti dua2 pihak bole berbalas berckp, reply komen pihak yg bergaduh
takdenya nk blok sblh pihak, pstu halau forumers tu keluar,
tapi bila ZN dituduh mcm2, si penuduh tak berani nk jupe dpn2, takat sembunyi pstu lempar tuduhan dlm media, nk diskusi, hujah dgn ZN, smpai ZN snggup jupe pn tk mo
kesimpulannya
ni namanya pemikiran babi sundal, dia seperti seekor babi sundal yg mementingkan diri sendiri takde usaha nk jupe dgn org yg dia tuduh, lepas tuduh , dia nk halau org tu serupa cam perangai babi sondol org, asal bole sondol halau org sudah konsepnya..
Jauh panggang dari api menyamakan orang beriman yang berhijrah kerana ketakwaan & keimanan mereka kepada Allah dengan orang Cina atau India yang datang ke Tanah Melayu sebelum merdeka.
Post time 18-8-2019 11:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
harizs replied at 18-8-2019 09:31 AM
Tergamak melayu2 pecacai DAP samakan cina Msia sama dgn kaum muhajirin sahabat2 Nabi. Kah kah kah ...
Bodonya org mulayu aka islam tuu yg kata cina indu tuu muhajirin.. adoii.. kalo tengok anak murid aku punye pemahaman islsm pun hauk.
Boleh main no ekor janji duit tuu buatlaa rumah ke jmbn ke.. boleh main no ekor janji jgn mkn duit tuu.. boleh main no ekor janji duit tuu belilaa moto ke basikal ke janji jgn mkn..