CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 2

[Tempatan] Kali ni paw cuma dapat RM400 shj

[Copy link]
Post time 18-8-2019 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Peras Ugut: Dua anggota polis ditahan bantu siasatan


GEORGETOWN: Dua anggota polis, masing-masing berpangkat konstabel dan Lans Koperal ditahan kira-kira jam 6 petang tadi bagi membantu siasatan berhubung satu laporan dibuat seorang pemandu lori yang mendakwa diperas ugut oleh mereka dalam kejadian di Balai Polis Jelutong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang ketika mengesahkan penahanan itu, berkata kedua-dua anggota berkenaan yang berusia 25 dan 28 tahun ditahan di Balai Polis Jelutong.

“Polis hari ini menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 32 tahun yang mendakwa diperas ugut dua anggota polis berkenaan dalam kejadian pukul 10 pagi semalam ketika ditahan selepas disyaki terbabit dalam kerja menulis nombor ekor haram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, pemandu lori itu ditahan dua anggota polis berkenaan ketika berada di atas motosikal sedang menunggu rakannya di tepi jalan Lorong Hijau 3, Jelutong sebelum mereka memeriksa telefon bimbit serta barangan peribadi milik mangsa.

Beliau berkata seorang anggota polis itu memeriksa kandungan dalam telefon bimbit lelaki tersebut sebelum memaklumkan terdapat resit nombor ekor haram, namun lelaki itu tidak pasti sama ada benar terdapat resit berkenaan.

Che Zaimani berkata, dua anggota polis yang masing-masing menunggang motosikal itu kemudian mengarahkan lelaki berkenaan mengikut mereka ke Balai Polis Jelutong dan semua barang, termasuk telefon bimbit disimpan anggota terbabit.

Menurutnya, sebaik tiba di Balai Polis Jelutong, anggota berkenaan membawa mangsa masuk ke dalam satu bilik dan memberitahu jika kes itu dibawa ke mahkamah, lelaki terbabit boleh didenda RM12,000 dan jika mahu kes diselesaikan, perlu membayar RM2,000 kepada mereka.

“Mangsa memaklumkan dia hanya mempunyai RM200 sahaja dan anggota polis berkenaan menyuruh lelaki itu ke bank untuk mengambil duit. Selepas pulang, dia memaklumkan hanya memiliki RM400 dan menyerahkannya kepada dua anggota polis berkenaan sebelum barang-barangnya diserahkan semula serta dibenarkan pulang,” katanya.

Katanya, lelaki itu membuat laporan polis hari ini selepas dinasihatkan oleh keluarganya dan susulan itu, polis menahan dua anggota yang bertugas sebagai anggota ronda di Balai Polis Jelutong. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow sampai bawak p balai polis. I harap siasat jugak sume pulis2 kat balai Jelutong tu. Mesti dah biasa buat kerja2 ni kan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg procedure polis ke pegang barang smpi g balai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072653 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list