CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3604|Reply: 48

[Tempatan] Dr. Zakir tidak dibenarkan berceramah di Ganu

  [Copy link]
Post time 19-8-2019 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 21-8-2019 10:33 AM


MARANG 19 Ogos - Polis Terengganu mengambil pendirian untuk tidak membenarkan pendakwah tersohor, Dr. Zakir Naik mengadakan ceramah di negeri ini atas faktor keselamatan, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.

Bagi tujuan itu, Aidi berkata, beliau akan menasihatkan kerajaan negeri supaya jangan memberi kebenaran kepada Dr. Zakir berkunjung ke negeri untuk berceramah bagi mengelak sebarang insiden tidak dingini berlaku.

Beliau bagaimanapun memberitahu, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan sama ada daripada Dr. Zakir sendiri atau mana-mana ejen pendakwah berkenaan untuk mengadakan ceramah di Terengganu.

"Setakat ini memang tak ada permohonan daripada Dr. Zakir atau ejen dia untuk datang mengadakan ceramah di Terengganu. Kalau ada, saya akan nasihatkan kerajaan negeri (batalkan ceramah).

"Ia tak sesuai datang ceramah kerana isu-isu yang timbul sekarang. Jadi, saya nasihatkan kerajaan negeri supaya penganjur yang nak anjurkan ceramah (Dr. Zakir) agar batalkanlah untuk sementara ini. Saya tak ingin berlaku perkara tidak diingini di Terengganu," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Marang di Dewan Sri Kapas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini hari ini.

Aidi diminta mengulas adakah polis Terengganu bersedia mengizinkan Dr. Zakir datang ke negeri ini untuk mengadakan ceramahnya meskipun pendakwah terkenal itu kini berdepan bantahan dan kecaman pelbagai mengenai kedudukan serta statusnya di negara ini termasuk desakan agar beliau dihantar pulang ke India.

Beliau seterusnya berkata, keputusan tidak membenarkan Dr. Zakir berceramah di Terengganu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk situasi semasa yang penuh kontroversi berkaitan pendakwah tersebut.

"Kita tak mahu timbul perkara (masalah) selepas ini terutama dalam keadaan sekarang yang penuh kontroversi. Kalau kerajaan negeri izinkan juga, saya akan nasihatkan kerajaan negeri agar tangguh atau batalkannya," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta org islam yg bersekongkol dgn hindu2 tu dengar video ni "SIAPA DIA ZAKIR NAIK??"

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:39 PM | Show all posts
apa kata MB Terengganu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:39 PM | Show all posts
Bila manusia lagi kejar
redha manusia

daripada
redha Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kelly anti sgt dgn zakir naik
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2019 05:11 PM | Show all posts
xpe... kes belum habis lagi
ko ingat geng2 4rabia ni lembik mcm PEKIDA dan UMNO  ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2019 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
boca120879 replied at 19-8-2019 04:39 PM
Bila manusia lagi kejar
redha manusia


Ini bukan lagi kejar redho manusia tapi kejar redho kaum kuffar yang memusuhi Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelly local gaduh kelly asli..rimau mati tersepit kat tgh2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2019 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah tak penah kata hanya Zakr Naik je yg boleh sampaikan ajaranNya, banyak lagi penceramah lain yg bagus2.
....lagipun org Ganu bukan paham pon Engris, dgn slang keling yg pekat nya, lepas tu sebut nama tuhan pun salah, Al-lah katanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
boca120879 replied at 19-8-2019 04:39 PM
Bila manusia lagi kejar
redha manusia


Tanpa Zakr Naik.ajaran islam tak sampai ke umat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 19-8-2019 09:56 PM
Ini bukan lagi kejar redho manusia tapi kejar redho kaum kuffar yang memusuhi Islam.

Sejak bila keling kita jahaanamkan islam?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 19-8-2019 09:56 PM
Ini bukan lagi kejar redho manusia tapi kejar redho kaum kuffar yang memusuhi Islam.

Sejak bila keling kita jahaanamkan islam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2019 09:13 AM | Show all posts
pyropura replied at 20-8-2019 01:49 AM
Allah tak penah kata hanya Zakr Naik je yg boleh sampaikan ajaranNya, banyak lagi penceramah lain yg ...

kaum kau dh menang kan sister?

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 10:24 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 20-8-2019 10:27 AM
pyropura replied at 20-8-2019 01:50 AM
Tanpa Zakr Naik.ajaran islam tak sampai ke umat ke?

Daripada 'Abdullah bin Maslamah binQa'nab, daripada Daud (Ibnu Qais),
daripada Abu Sa'id (budak 'Amir binKuraiz), daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Janganlah kalian saling mendengki,

saling memfitnah,

saling membenci,

dan saling memusuhi.

Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu
yang masih dalam penawaran Muslim lainnya

dan jadilah kalian hamba-hamba Allahyang saling bersaudara.

Muslim yang satu dengan Muslim yang lainnya
adalah bersaudara,

tidak boleh menyakiti,
merendahkan,
atau pun menghina.

Takwa itu ada di sini (Rasulullah s.a.w.menunjuk dadanya),
Rasulullah s.a.w. mengucapkannya sebanyak tiga (3) kali.

Seseorang telah dianggap berbuat jahat
apabila dia menghina saudaranya sesama Muslim.
Muslim yang satu dengan yang lainnya
haram (mengganggu)
darahnya,
hartanya,
dan kehormatannya."

Daripada Abu At Thahir Ahmad bin Amru bin Sarh, daripada Ibnu Wahab,
daripada Usamah (Ibnu Zaid), daripada Abu Sa'id, daripada Abu Hurairah,

(kemudian perawi menyebutkan Hadith yangserupa dengan Hadith di atas,
dengan sedikit perbezaan).

(Di antara penambahannya adalah),

"..... Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh dan rupa kalian,
akan tetapi Allah melihat kepada hati kalian.
(seraya mengisyaratkan telunjuknya ke dada beliau).

(Hadith Muslim no. 4650)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 10:29 AM | Show all posts
keh keh keh

makan pop corn je wa bila mau habis drama tamil ini..
hero tamil, crook pun tamil..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 20-8-2019 11:32 AM

Kutuk2 Tamil... Hujung2 hadap gak penceramah Tamil....


Dah takde penceramah Melayu ke? Melayu layu dibumi sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2019 11:41 AM | Show all posts
xy_daen replied at 20-8-2019 11:12 AM
Kutuk2 Tamil... Hujung2 hadap gak penceramah Tamil....

ko pun selalu kutuk melayu nape dok merempat kat bumi melayu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2019 01:43 PM | Show all posts
xy_daen replied at 20-8-2019 11:12 AM
Kutuk2 Tamil... Hujung2 hadap gak penceramah Tamil....

DZN bukan tamil sister...tamil ni southern indian....DZN from mumbai

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 01:54 PM | Show all posts
india cuma 0.2% populasi ganu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 04:40 PM | Show all posts
utk luaskan islam perlu banyak ujian yg perlu dihadapi
takut ramai yang memeluk islam agaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.081380 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list