|
[Falsafah]
Lets TALK Merdeka...MALAYSIA PRIHATIN *(Tema Hari Merdeka 2020)
[Copy link]
|
|
Merdeka ni bagi saya ada banyak tafsirannya bergantung kepada siapa dan apa.
Untuk negara, alhamdulillah kita secara fizikalnya telah merdeka tetapi dari segi minda warganegara, mungkin belum 100%, masih ada yang merasakan mereka lebih bebas di masa dulu (the good old days). Dari segi kebebasan bersuara, juga ada perubahan tetapi bukan semua.
Untuk individu, kita merdeka dari segi "jasmani"nya, bebas kesana kemari (alhamdulillah, Malaysia masih considerably aman). Wanita tidak lagi terkongkong, boleh mendapat pendidikan dan pekerjaan, nak tak nak aje. (tapi sebenarnya zaman belum merdeka pun tokwan-tokwan pompuan kita pun ada yang kerja, bukan setakat di pejabat, tapi di sawah ladang membanting tulang bersama tok aki, kan). Dari segi minda...hmmmm ada juga yang masih dikongkong oleh ketua keluarga (awak ni bodoh, bukan tau apa, ini soal orang lelaki...), dikongkong oleh adat (kenapa belum kahwin? bila nak dapat anak? kenapa bagi hanya RM5 kepada makcik masa raya), dikongkong oleh tafsiran agama yang salah (bila ayah meninggal, ikut faraid abang dapat 2x ganda harta pusaka, tapi yang dok pelihara mak ialah anak perempuan.)
Jadi... sama-sama kita berusaha untuk merdeka sepenuhnya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menyambut Hari Malaysia pula |
|
|
|
|
|
|
|
CERITERA POHON BANGSA
Inilah Pohon Hayat Bangsa
Kekar Berpaut Pada Akar Asal Budaya Pasak Kukuh Di Bumi Merdeka.
Benihnya Disemai Tangan Warga
Tidak Kenal Makna Gentar Dan Gerak Para Durja Tanahnya Digembur Baja Pusaka
Disiram Keringat Dan Darah Pejuang
Tidak Kenal Makna Tewas Dan Tunduk Mengalah Biar Diserbu Seribu Musuh
Atau Sesiapa Sahaja Yang Bernama Penjajah.
Akar Harus Tegar Menunjangi Bumi
Bumi Harus Makmur Menyuburi Pohon
Pohon Harus Rimun Menangi Nusa
-Jika Pohon Ini Subur Mahsulnya
Biarlah Mampu Menyambung Hayat Pengembara Yang Singgah Di Bawah Keteduhannya.
Kejap Kukuh Pencak Bersulam Keberanian
Siaga Segala Tipu Muslihat Di Gelanggang Persabungan -Di sini Pertarungan Bukan Beradu Kudrat Kekuatan Tetapi Menguji Bijaksana Dan Ampuh Keimanan.
Jangan Biarkan Pohon Bangsa Dimamah Kemajuan Sehingga Dahannya Rapuh Dipatah Kealpaan
Akar Budayanya Berselirat Membelenggu Ketamadunan Akhirnya Subur Bumi Akan Kembali Gersang
Kontang Dibakar Marak Api Kepalsuan.
Kembalikanlah Tunjang Ampuh Keyakinan Susurgalurkan Akar Budaya Mencengkam Bumi Pusaka Agar Pohon Bangsa Tetap Teguh Menentang Musuh Sepadu Melaungkan Tekad Dan Keazaman
Demi Pertahankan Mutlak Hak Dan Ketuanan
Demikianlah Mahlnya Harga Pengorbanan Kendatipun Nyawa Galang Gentian
Disini Pohon Tetap Agam
Menyambut Cabaran Zaman. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setia
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terngiang lagu warisann... |
|
|
|
|
|
|
|
Merdeka....semua org dpt hidup dalam harmoni selagi tidak melakukan perkarayg memudaratkan bangsa masing2 agama masing2.
Skrg org ramai diikat dgn nafsu..dikawal amarah
Tidak berlapang dada...dgn berlapang dada...bertoleransi...
Insya-Allah kita akan bahagia.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Merdeka untuk saya tahun nie begitu bermakna sebab sy bebas daripada relationship yang toksik.. I am free.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Menyambut Hari Malaysia!!
Semoga Malaysia berkekalan aman sentosa ♂♂♀♂♀♂♀ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Merdeka tahun ni sdkt berbeza kerana menyambutnya dgn doa akhir tahun dan awal tahun bersempena Maal hijrah di bumi Mekah. Berkebetulan pula, hr itu merupakan hari hijrah Mama ke Madinah dr kota Mekah.
W/pun di Mekah, sehari sebelumnya, kami rakyat Msia berkumpul beramai-ramai bersempena Quran hours seluruh dunia, mendoakan kesejahteraan dan keamanan bumi Malaysia tercinta. Memang terasa ukhuwah sesama kita di sana.
Di Maktab pula, lagu kebangsaan dan lagu merdeka dimainkan. Memang terasa semangat dan jiwa merdeka, sayangi bumi Msia tercinta. Apatah lg apabila melihat, Cina Ugyur menagis-nangis sedih terpaksa kembali ke negara mereka.
Keamanan adalah segala-galanya. Hargailah keamanan yg ada. Jgn jadi api dalam sekam, demi kepentingan diri, bangsa sampai boleh mengancam keamanan yang sedia ada. Keamanan merupakan nikmat yg tak ada tolak bandingnya. Hargailah sesungguh hati dan peliharalah ianya sebaik mungkin selagi terdaya.
Hijrahlah minda utk bersangka baik sesama kita seluruh rakyat Malaysia di bumi bertuah ini.
Hijrahlah minda utk merdekakan diri daripada hasad dengki.
Sesungguhnya Mama rindu kepada perpaduan pelbagai bangsa satu masa dahulu. Hidup penuh harmoni. Makan minum, belajar, bermain, Melayu, Cina, India semua ada. Bertukar juadah perkara biasa kerana masing-masing tahu sensitiviti dek apa yg boleh dan apa yang tak boleh kerana tingginya sifat saling memghormati sesama kaum. Beza sungguh dengan perkataan menghina sana sini tanpa batasan ketika ini. Satu meja, jarang sekali pelbagai kaum ada bersama.
Jati diri dan bangganya sebagai anak Malaysia sudah hilang dlm generasi sekarang. Saling bertinggah akulah rakyat bumi Malaysia tp menghina Malaysia tanpa malu. Negara lain yang cantik, elok tapi Malaysia buruk semata di mata? Ironinya, diri sendiri bertingkah baik di negara orang tapi di negara sendiri dialah biadap..(cth plg mudah dan biasa kita lihat; tandas/jalan raya di negara org tahu pula flush/nuanh sampah ditempatnya).
Merdekalah anak bumi Malaysia!
Merdekalah dan tanamkan perasaan sayangkan bumi bertuah ini!
Merdekalah drp perasaan hasad sesama kita kerana bumi inilah yg kita pijak dan langit Malaysialah yg kita junjung!
Tiada negara lain selain Malaysia tanah tumpah darahku!
Semaikan semangat jati diri wahai anak Malaysia!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Talking about what when yoy have to know lah |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni abang dah beritahu cuti Merdeka jatuh hari Isnin...fikir nak cuti Merdeka je le |
|
|
|
|
|
|
|
merdeka thn ni pun suram jer..patut di tv jgn la stop kempen merdeka wpun covid
|
|
|
|
|
|
|
|
Promot merdeka dari Covid
|
|
|
|
|
|
|
|
merdekakan malaysia dr covid
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuti tambahan sebelum Merdeka bos dah lulus
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|