View: 2768|Reply: 27
|
[Jenayah]
Kastam, PDRM tumpaskan sindiket dadah terbesar negara
[Copy link]
|
|
Kastam, PDRM tumpaskan sindiket dadah terbesar negara
ISNIN, 19 OGOS 2019 @ 8:20 PM
BUNGKUSAN dadah jenis kokain dan ketamin bernilai lebih RM650 juta yang dirampas dalam serbuan di dua lokasi di Shah Alam, semalam.
BUNGKUSAN dadah jenis kokain dan ketamin bernilai lebih RM650 juta yang dirampas dalam serbuan di dua lokasi di Shah Alam, semalam.
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Sejumlah 500 kilogram ketamin dan 3.23 tan kokain bernilai kira-kira RM650 juta dirampas dalam serbuan di dua premis premis perniagaan di Puncak Alam dan Seksyen U5, Shah Alam semalam yang disyaki dijadikan makmal memproses dadah berkenaan.
Serbuan dilakukan Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dengan dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, bertindak atas maklumat risikan dan intipan di premis berkenaan sejak awal bulan ini.
Dalam serbuan pertama di Puncak Alam kira-kira jam 4.30 pagi semalam, empat lelaki tempatan bersama sembilan warga asing ditahan, seterusnya membawa kepada penemuan 11 guni mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram.
Hasil soal siasat kemudian membawa kepada serbuan di lokasi kedua iaitu di sebuah rumah kedai di Seksyen U5, Shah Alam pada jam 9.20 malam.
Sumber memberitahu BH, penggeledahan di lokasi kedua membawa kepada penemuan dan rampasan 3,230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih disyaki kokain yang keseluruhannya dianggarkan seberat 3.23 tan.
“Kesemua suspek dan barang kes kemudian dibawa ke pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi memaklumkan rampasan dadah berkenaan adalah yang terbesar pernah direkodkan di negara ini.
Kataya, kejayaan itu jelas memperlihatkan komitmen berterusan PDRM, khususnya JSJN dalam memerangi sindiket dadah di negara ini, melalui kerjasama dengan agensi berkaitan.
“Bukit Aman sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi penguatluasaan dan pasukan keselamatan lain dalam usaha membanteras penyeludupan, pemprosesan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah,” katanya.
Abdul Hamid berkata, kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah harus diperangi habis-habisan kerana implikasi negatifnya kepada rakyat dan negara.
“PDRM sendiri ketika ini sedang memberi tumpuan terhadap usaha membersihkan warga kerjanya yang yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
“Dalam tempoh tidak sampai sebulan Ops Blue Devil dilancarkan, hampir 100 pegawai dan anggota dikenakan tindakan selepas hasil ujian air kencing mereka didapati positif dadah,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2019 09:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-8-2019 09:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tepung bukan sebarang guni tepung |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tepung ni kalau masak cekodok lepas tu ada isi ketam lobster sedap |
|
|
|
|
|
|
|
bagus!! tp mcm mna cara pelupusan dadah2 ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah atas kejayaan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada polis pengintip dan penyamar utk bongkarkan kegiatan ni kan. Syabas pdrm |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya berguni
Tahniah PDRM dan Kastam
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah pdrm, hapuskan dadah perosak negara, terutama orang melayu, kesian kecik2 ditimang2, bila besar jadi penagih.tak sempat berbakti pada ibubapa |
|
|
|
|
|
|
|
yesh malsysia sebagai pusat transit narkoba di asean ini hai polis malay buat kerja lah betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ada yg recyle balik plk. |
|
|
|
|
|
|
|
Jagendas replied at 19-8-2019 10:48 PM
syabas inspektor sahab
Hebat inspektor sahab tu. Tapi bila masa pulak dia pindah dok msia? Selama ni dia kerja polis kat mumbai bollywood sana kan |
|
|
|
|
|
|
|
Ni berapa bulan punya risikan ni ke setahun intip? Jaga2....ada mata2 merati..... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah2x...mst amik masa lama mengintip semua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sis tgk kluang man ada jugak nama tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman IGP dulu apsal x ade rampasan besar2 camni?
Oh ya, diorang ada ego besar je waktu tu....PDRM x perlu IPCMC...semua polis baik2 belaka mcm cerita gerak khas...x ade yg amik dadah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
akan di recycle kat black market kot
|
|
|
|
|
|
|
|
tahnaih pdrm and kastam. please make sure dadah tu dihapuskan properly.
iols pernah interview org kena reman, dia sibuk mengaku salah and mintak cepat jatuh hukum (polis nak tahan dia lama sikit utk ambik maklumat lain2 sbb selalu sgt kena tangkap ), dia cakap kat penjara senang dpt barang, sbb tu dia nak masuk penjara cepat.. harga mahal la kat dalam tu tp senang dpt, sbb dah gian dorang beli je, yg jual tu abg2 uniform ni la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|