CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1004|Reply: 13

[Tempatan] EDISI PAKATAN HANCING: Zakir Naik cakap 'tetamu lama boleh balik negara asal' te

[Copy link]
Post time 20-8-2019 03:12 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas hampir 10 jam menjalani proses itu di Bukit Aman, di sini.

Beliau dipanggil ke Bukit Aman berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Beliau meninggalkan Bukit Aman pada jam 1.30 pagi tadi dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota Innova berwarna hitam.

Sebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dalam satu kenyataan, semalam memaklumkan Zakir tiba di Bukit Aman pada jam 3.15 petang.

“Dr Zakir hadir ke pejabat Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) bersama peguamnya, Datuk Akhberdin Abd Kadir.

“Ia bagi sambungan percakapan beliau mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Sabtu lalu, Huzir dalam satu kenyataan, memaklumkan rakaman percakapan terhadap Zakir dibuat susulan dua aduan yang diterima terhadap pendakwah terkenal itu.

“Satu aduan diterima berhubung video ceramah yang disampaikan Dr Zakir menyatakan penganut Hindu tidak menyokong Perdana Menteri Malaysia sebaliknya menyokong Perdana Menteri India.

“Satu lagi aduan pula diterima mengenai kenyataan Dr Zakir dalam sebuah artikel portal berita meminta kaum Cina untuk keluar dari Malaysia,” katanya.

Huzir turut memaklumkan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Jumaat lalu, Zakir memberi keterangan kali pertama kira-kira lima jam di Bukit Aman untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.

Zakir dalam ceramahnya di Kota Bharu, pada 3 Ogos lalu dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



IPOH 19 Ogos - Ahli perniagaan, Koon Yew Yin memberi keterangan selama hampir tiga jam kepada polis berhubung kenyataannya yang didakwa menghina

anggota tentera di Balai Polis Jelapang di sini hari ini.

Yew Yin, 87, tiba di balai polis berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang menaiki kereta jenis BMW ditemani isterinya manakala peguamnya, Leong

Cheok Keng tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Yew Yin keluar dari balai polis berkenaan pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Menurut peguamnya, Yew Yin disiasat di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata, Yew Yin memberi keterangan yang dikendalikan oleh seorang pegawai penyiasat berpangkat inspektor dari Unit Siasatan Jenayah

Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Yew Yin telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan polis juga tidak akan mengambil apa-apa keterangan lagi daripada beliau buat masa

ini.

"Polis nampaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Yew Yin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis akan merekod keterangan Yew Yin bagi siasatan berhubung

kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam melalui media sosial.

Ini susulan aduan diterima berhubung kenyataan Yew Yin yang didakwa menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yew Yin dalam laman blognya baru-baru ini menulis anggota tentera hanya makan dan tidur.

Beliau kemudian meminta maaf sambil menarik balik kenyataannya itu. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 20-8-2019 08:41 PM

ada telur ke nak soal siasat funder ph beria ria..ambik keterangan ala kadar je mampu la. yg penting kdn dh  tunjuk buat kerje
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya rakyat dah undi wakil-wakil tokey kapitalis untuk jadi kerajaan bukan wakil rakyat.
Seb baik ada atok m yang dah berpengalaman dgn mainan wakil-wakil tokey.
Cheers
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan - muka
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang betul banding kan ZN dgn KYY
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 11:14 PM | Show all posts
Nak buat isu pun kasi le paham isu tu dulu....yg tukang sambut mcm biasa la...main sambut je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg yb merogol aritu berapa lama kena siasat...yg ugut ketua balai tu pun berapa lama..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm gampang jah org yg sokong zakir naik ni ....

Iols dh selamat unfollow imam muda asyraf sbb dia sokong zakir naik ni. Euww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 21-8-2019 02:55 AM
Mcm gampang jah org yg sokong zakir naik ni ....

Iols dh selamat unfollow imam muda asy ...

Biasa org IQ rendah tk suke zn. Sebab tak mampu Jupe lagi org bole hafal Bible,kitab Veda,quran dlm otak
Tahniah...Kerna anda golongan rendah iq
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:02 PM | Show all posts
batmana replied at 21-8-2019 10:54 AM
Biasa org IQ rendah tk suke zn. Sebab tak mampu Jupe lagi org bole hafal Bible,kitab Veda,quran dl ...

kahkahkah.

hypothesis dari org low IQ memoja lobai. saintis semua guna otak guna akal buat research tentang org yg terlalu deep dalam beragama tu low IQ compare dgan org yg free-thinker, atheist dan practice religion in moderate ternyata benar. contoh di depan mata. hangguk jah apa lobai cakap lepastu claim org low IQ
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cabaran seorg pendakwah. Semoga Allah mempermudahkan urusan ZN. Sedih juga rasanye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:08 PM | Show all posts
Orix replied at 21-8-2019 02:55 AM
Mcm gampang jah org yg sokong zakir naik ni ....

Iols dh selamat unfollow imam muda asy ...

kenapa ko tak tahan telinga dengar nasihat ke supaya ko berubah jadi manusia yang lebih baik, bukan ponen macam sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
belon replied at 21-8-2019 12:07 PM
Cabaran seorg pendakwah. Semoga Allah mempermudahkan urusan ZN. Sedih juga rasanye..

Zakir Naik lahir tahun 1965. Baru umur 54 tahun. Jom dengar asal usul bgmn Zakir Naik yg lahir gagap boleh jadi penceramah terkenal setanding Ahmad Deedat

Link video
https://www.facebook.com/930246300484990/posts/1360252487484367/


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:37 PM | Show all posts
kopokleko replied at 21-8-2019 12:08 PM
kenapa ko tak tahan telinga dengar nasihat ke supaya ko berubah jadi manusia yang lebih baik, buka ...

apa benda kau merepek ni? pergi buat kerja dekkkkkkk. jgan duk membiawak je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.079701 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list