CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1292|Reply: 19

[Tempatan] Larangan ceramah Zakir Naik diperluas seluruh negara.

[Copy link]
Post time 20-8-2019 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-8-2019 03:28 AM

Larangan ceramah Zakir Naik diperluas seluruh negaraFMT Reporters -

August 20, 2019 9:09 AM





Penceramah kontroversi Zakir Naik. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Larangan ceramah oleh polis Perlis terhadap Dr Zakir Naik akan diperluaskan ke seluruh negara, kerana pihak berkuasa mahu mengimbangi antara kemarahan yang semakin meningkat dalam kalangan kumpulan bukan Islam dan simpati yang kuat dalam kalangan umat Islam terhadap penceramah kontroversi itu.


FMT difahamkan beberapa acara melibatkan Zakir di Lembah Klang dibatalkan dengan polis menasihati penganjur membatalkan sebarang undangan terhadap Zakir.


Satu pekeliling dalaman polis yang dilihat FMT berkata kehadiran Zakir boleh memberi ancaman kepada keamanan.

“Penganjur acara dinasihatkan membatalkan program yang sepatutnya menampilkannya,” kata sumber kepada FMT.


Selain Perlis di mana Zakir mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa agama, Sarawak, Sabah, Kedah, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor menyatakan Zakir tidak dibenarkan memberi ceramah di negeri terbabit.


Beliau kini menjadi subjek siasatan polis berdasarkan lebih 100 laporan yang difailkan terhadapnya. Malam tadi, beliau menghabiskan masa kira-kira 10 jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan kali kedua berhubung beberapa kenyataan yang mencetuskan kritikan daripada ahli politik dan kumpulan bukan Islam.


Beliau disoal siasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menghina dan menggugat ketenteraman awam rentetan ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan.


Beliau dilaporkan mendakwa masyarakat India Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi dan menggambarkan masyarakat Cina Malaysia sebagai “tetamu lama” yang harus kembali ke tanah kelahiran mereka sebelum beliau meninggalkan negara ini.

Zakir bagaimanapun berkata ucapannya dipetik di luar konteks oleh media, dan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa ahli politik.


Awal hari ini, beliau memohon maaf atas sebarang salah faham yang timbul berhubung kenyataannya tetapi menggesa orang ramai mendengar ucapannya secara keseluruhan.

“Ia bukan niat saya untuk mengecewakan mana-mana individu atau komuniti. Ia bertentangan dengan prinsip asas Islam, dan saya ingin memohon maaf atas salah faham ini,” katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik sempat tgk kat Kelantan hari tu. Bila pulak Harun Yahya nak datang?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2019 10:10 PM | Show all posts
Alhamdulillah akhirnya Allah SWT telah membuka mata pihak berkuasa Malaysia tentang warna sebener lobai India ini.

Khabarnya lobai fugitive ini sudah memohon maaf kepada rakyart Malaysia kerana penghinaannya kepada rakyat Malaysia.

Maaf maaf jugak namun penarikan semula taraf pendudok tetap pelarian undang undang (yakni fugitive) ini  harus disegerakan.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila berambus cepat2 ya..dsar muka xmalu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu live ceramah pun...buat live jah dkt fb..habis hancur malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2019 04:29 AM | Show all posts
Zakir tidak dibenar beri ceramah di semua medium termasuk media sosial - KPNTarikh kemaskini: 20/08/2019

KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- Penceramah bebas Dr Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium, termasuk di media sosial, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.


“Satu arahan telah dikeluarkan polis yang melarang Zakir memberikan ceramah selanjutnya selepas episod di Kelantan baru-baru ini, yang bertujuan untuk memberikan waktu kepada kami untuk melengkapkan siasatan berhubung laporan pihak yang berkaitan dengan episod ceramah itu.

“Apabila keluarnya arahan ini, semua Ketua Polis Negeri akan bertanggungjawab menasihati pihak yang mempunyai perancangan, bagi menjemput Zakir untuk beri ceramah terbuka, supaya menolaknya,” katanya kepada Bernama News Channel (BNC).

Abdul Hamid berkata ceramah Zakir di Kelantan telah menimbulkan keresahan dan kekeliruan pelbagai pihak, dan pihaknya meminta diberi masa untuk menyiasat perkara itu.

“Kami akan dapatkan fakta-fakta yang sebenarnya, apa yang berlaku dalam kes berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, arahan yang dikeluarkan bertujuan bagi mententeramkan keadaan dan hanya bersifat sementara.

“Itu adalah arahan yang memang adil untuk mententeramkan keadaan, ia hanya bersifat sementara dan jika keadaan masih lagi berserabut, arahan tersebut akan kekal.


“Ia jelas bahawa kita tidak mahu forum-forum ceramah agama ini diselitkan dengan isu berkaitan dengan politik. Amat tidak sesuai sekali dalam ceramah-ceramah agama yang membabitkan isu-isu politik, baik dalam negeri mahupun luar negara,” katanya.

Abdul Hamid berkata dengan arahan yang dikeluarkan itu, polis berharap tidak timbul isu bantahan sehingga keputusan muktamad diperolehi.

“Berhubung kes ini, saya tidak mahu mengatakan pihak sana salah pihak sini betul (menuding jari) sebab beberapa tindakan diambil oleh kedua-dua pihak...oleh Zakir dan juga pihak yang tidak berpuas hati dengan kandungan ceramah beliau,” katanya.

Jumaat lepas, Zakir yang telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia telah diambil keterangan buat kali pertama di Bukit Aman selama lima jam. Semalam, Zakir telah memberikan keterangan buat kali kedua kepada polis selama 10 jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini sehingga lewat malam.

Penceramah bebas dari India itu dikatakan membuat kenyataan kontroversi terhadap masyarakat Hindu dan Cina di Malaysia semasa ceramah di Kota Bharu pada 3 Ogos lalu dan ini mencetuskan desakan supaya beliau dihantar pulang ke India.


Khamis lepas polis menerima 115 laporan terhadap Zakir mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Zakir dikehendaki oleh pihak berkuasa India sejak 2016 kerana didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian.

Ditanya mengenai kemungkinan Zakir akan dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjut, Abdul Hamid berkata: “Setakat ini belum, cukup memadai dengan keterangan yang diberikan sebelum ini. Polis juga telah mempertimbangkan jawapan yang telah disoal oleh pegawai penyiasat bahawa beliau menafikan mempunyai agenda atau mahu mencetuskan hura-hara”

Abdul Hamid menggesa supaya arahan polis yang melarang mana-mana pihak membenarkan penceramah bebas itu daripada mengadakan sebarang ceramah di mana-mana negeri supaya dihormati.

“Saya menyeru semua pihak untuk akur kepada arahan polis kerana untuk menentukan keselamatan, keharmonian dan keamanan dalam negara ini pihak polis memikul tanggungjawab yang amat berat.

“ Polis membuat keputusan tersebut dengan fakta-fakta dan bukan kita buat secara semborono sahaja mahupun untuk mengikut telunjuk sesiapa pun,” katanya.

Katanya beliau memberi ruang yang secukupnya kepada pegawainya untuk mengambil tindakan dan tidak ada jangka masa yang ditetapkan.

“Jadi tidak ada tempoh masa yang saya kenakan, semua siasatan pada hakikatnya mesti dilakukan dengan tertib serta mengikut prosedur. Sudah pasti kita hendak sesuatu itu berjalan dengan cepat,” katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa India ada membuat sebarang permohonan bagi menyerahkan Zakir kepada mereka, Abdul Hamid berkata tiada sebarang permintaan daripada pihak berkuasa negara itu dan pihaknya juga belum mengetahui fakta tentang kesalahan serta perkara yang berkaitan dengan Zakir dan apa yang berlaku di India.

-- BERNAMA




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2019 04:31 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-8-2019 12:33 PM
Maideen. replied at 20-8-2019 06:10 AM
Alhamdulillah akhirnya Allah SWT telah membuka mata pihak berkuasa Malaysia tentang warna sebener lo ...

Adakah ini satu penghinaan kepada golongan lobai kerana pihak berkuasa malaysia mengharamkan zakir naik berceramah di semua medium termasuk media sosial?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 21-8-2019 04:31 AM
Adakah ini satu penghinaan kepada golongan lobai kerana pihak berkuasa malaysia mengharamkan zakir ...

Soalan 1: sila jelaskan takrif "lobai". (4 markah)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah erti kemerdekaan pada tahun ini bagi kaum kuffar dan puak Islam Liberal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:25 AM | Show all posts
ancaman keamanan???...biar betik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:37 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 21-8-2019 04:31 AM
Adakah ini satu penghinaan kepada golongan lobai kerana pihak berkuasa malaysia mengharamkan zakir ...

Pihak berkuasa tidak pernah melarang lobai dari mencari makan dengan cara menaku pandai tentang perkara perkara yang tidak boleh di verify... E.g. kalau seorang lobai mahu bercerita tentang jenis jenis siksa kubor yang Allah SWT kenakan kepada umat manusia apabila mereka mati, mereka boleh berbuat demikian tanpa gangguan.

Begitu juga jika mereka mahu bercerita tentang hikmah berpoligami atau kebaikan membuang kulit yang menutop kepala zakar misalnya, mereka bebas berbuat demikian.

Tapi jangan lah menghina agama lain atau menginstigate orang untuk melakukan kekerasan. Itu tidak boleh.....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang nak citer ttg kebenaran Islam..kebaikan Islam dan nak suruh umat Islam bersatu padu pun pdrm nak halang ke... kpn.. timbalan kpn.. menteri kdn... semua Islam..majoriti pdrm adalah Islam.. knpa perlu mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:30 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 21-8-2019 04:29 AM
Zakir tidak dibenar beri ceramah di semua medium termasuk media sosial - KPNTarikh kemaskini: 20/08/ ...

Sudah tiba masanya lobai India ini secara sukarela meninggalkan Malaysia dan lari ke negra yang sanggop menerimanya. Khabarnya banya juga negra negra seperti UK dan Australia yang tak hingin membenerkan dia masok. Mungkin dia boleh lari ke Sudan Selatan, kumpulkan orang orang Isle di sana dan melancarkan serangan keatas orang kafir dari sana.....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya betul LA kata zn
Minoriti di Malaysia 100 Times better dri Minoriti di India.
Bila timbul
Kekeliruan,4 masjid Kene kaco.terus banned oleh pihak berkuasa

Cube kalu India.. kekeliruan.umat Islam Kene bunuh.tkdenya polis sana nak banned penceramah Hindu yg samakan Islam ngn pengganas.


ZN mmg bijak..cume bahlol2 je tk paham

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
relaxjek replied at 21-8-2019 02:16 AM
Orang nak citer ttg kebenaran Islam..kebaikan Islam dan nak suruh umat Islam bersatu padu pun pdrm n ...

Walaupun isele ni benar tapi ko tgk ummah isele pertiwi ada nampak mcm anut ugama yang benarin kah????senyum sinis jah sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 11:23 AM | Show all posts

kenapa cuma dia pelarian ke sini ?

orang malaysia pergi tabligh ke india, aman aman aja, tak jadi masalah pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 11:32 AM | Show all posts
dilarang berceramah pun tak pe.. sabar
boleh je bersemuka sendiri dengan dia..

masih selamat lagi duduk di sini... sebab tu makin ramai
cuba duduk di tempat lain....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia berdakwah.. Membandingkan kitab agama dengan buktinya sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Zakir Naik lahir tahun 1965. Baru umur 54 tahun. Jom dengar asal usul bgmn Zakir Naik yg lahir gagap boleh jadi penceramah terkenal setanding Ahmad Deedat

Link video
https://www.facebook.com/930246300484990/posts/1360252487484367/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.373859 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list