CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Papan tanda McD tukar jadi Mekdi

  [Copy link]
Post time 21-8-2019 06:27 PM | Show all posts
poyo lah achik2 porem ni


selama hari ni memang sebut mekdi pun kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2019 07:05 PM | Show all posts
Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Ogos 21, 2019 10:30 MYT

RESTORAN makanan segera popular, McDonald’s meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dengan menukar nama restoran mereka.

Sering dipanggil menerusi nama pendek ‘McD’, Mcdonald’s Malaysia mengambil inisiatif jiwa Malaysia dengan menggunakan nama ‘Mekdi’.

Memetik laporan New Straits Times (NST), selama 37 tahun makanan segera ini bertapak di tanah air, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak putus.

“Jadi, kami berhasrat untuk menukar nama jenama kami kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia,” kata Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai kepada NST.

Nama baru ini ditukarkan hanya di cawangan McDonald’s Bukit Bintang sahaja yang merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia.

Di laman sosial, netizen turut sama memuji usaha jenama ini dalam menyuntik elemen lokal dalam kempen kemerdekaan kali ini.


“Bagus utamakan citarasa tempatan dalam kita menyambut bulan kemerdekaan 31 Ogos ini,” komen seorang netizen.

“I just went and shocked like this can’t be real, lmao. but it is, that’s how we roll it,” puji seorang netizen.

“Ala tukar je lah terus. Negara lain okay je tukar ikut sebutan diorang huhuhuhu,” cadang seorang netizen.

“Kepsi mana?” tanya seorang netizen kepada pesaing rapat Mekdi.

Seiring dengan bulan kemerdekaan juga, Mekdi turut memperkenalkan menu Nasi Lemak yang merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
semangat merdeka la sgt kibar n psg bendera un ade yg tebalik lg
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 21-8-2019 03:06 PM
Baguslah

tak perlu nak jilat sangat perkataan dan identiti barat

Kalau bahasa melayu yg betul MakDonah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 05:15 AM | Show all posts
Makin ramai la mat rempit makan mekdi tak layan burger tepi jalan dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2019 10:36 AM | Show all posts
Ini sebab kenapa McDonald’s Bukit Bintang bertukar nama kepada ‘Mekdi’
August 22, 2019 8:00 AM

Viral di media sosial sejak semalam apabila McDonald’s Bukit Bintang hadir dengan papan tanda yang lebih catchy dan tampak lebih tempatan dengan nama terbaru iaitu “Mekdi”.

Bermula dengan andaian sekadar edit, gambar tersebut telah disahkan benar oleh pihak McDonald’s sendiri.

Pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang membuatkan McDonald’s Malaysia mengubah nama kepada “Mekdi”.

Difahamkan nama “Mekdi” dipilih berikutan sebutannya yang lebih sinonim dengan gaya percakapan harian Rakyat Malaysia yang merujuk kepada nama singkatan McDonald’s.

Pemilihan nama ini juga telah direalisasikan pada bulan ini bagi meraikan bulan kemerdekaan.

McDonald’s Malaysia memilih cawangan Bukit Bintang kerana cawangan ini merupakan cawangan pertama mereka di Malaysia sejak mula memasuki pasaran 37 tahun lalu iaitu pada tahun 1982.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali McDonald’s hadir dengan papan tanda yang unik.

Sebelum ini, McDonald’s di beberapa negara lain turut melakukannya dengan nama-nama seperti Mekkes, McDo, Macca’s dan McDicks’s.

Selain itu, McDonald’s turut tampil dengan menu Nasi Lemak dimana francais ini mengesahkan menu ini sebagai menu yang menyatupadukan seluruh Rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah para netizen bersetuju Nasi Lemak McD ini sememangnya terbaik.

Tahniah diucapkan buat McDonald’s Malaysia diatas idea pemasaranya yang mantap bersempena dengan 37 tahun beroperasi di Malaysia.

Diharap McDonald’s Malaysia dapat membawakan lebih banyak menu yang enak dan unik khusus buat kita semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2019 09:20 AM | Show all posts
bitterchoc replied at 20-8-2019 11:23 PM
Dulu ai ada kenal sorang makcik nih, dia refer to McD as Hamidon. I donno why

lebih kurang nenek sedara i...dia dok sebut biskut Yaakub...rupanya refer pd biskut Jacob's...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059538 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list