CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2364|Reply: 2

Kang Daniel julang takhta Kmania Top Stars untuk bulan Julai 2019

[Copy link]
Post time 21-8-2019 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nandikar at 21-8-2019 12:19 PM

                 

1 Ogos 2019 - Kang Daniel akhirnya berjaya melakar sejarah tersendiri di Malaysia apabila memperolehi undian terbanyak untuk dinobatkan sebagai pemegang takhta Kmania Top Star bagi bulan Julai 2019, sekaligus merampaskan takhta tersebut daripada tangan Isaac Voo In2it. Sebagai rekod, Kang Daniel pernah menduduki di posisi no.5, no.3, no.10, no.4, no.6 masing-masing untuk bulan Oct’17, Nov’17, Oct’18, Nov’18, Feb’19, dan Mac’19 sebelum ini tapi belum pernah merasai kedudukan nombor satu.


Kang Daniel, atau nama sebenarnya Kang Eui Geon membina kejayaan menerusi program realiti tv, Produce 101 musim kedua sebelum mendaki populariti menerusi  kumpulan Wanna One. Walaupun Wanna One hanya mampu bertahan hampir setahun setengah saja, namun Kang Daniel sebagai artis solo tetap unggul di persada dunia apabila beliau secara konsisten merangkul gelaran idol paling popular meskipun pada tempoh masa itu, beliau sedang bergelut dengan bekas agensinya, LM Entertainment di dalam mahkamah. Buktinya, sebaik saja beliau melancarkan album solo pertamanya, ‘Color On Me’ bermula minggu lepas, jualan albumnya itu terus melonjak melebihi paras maksimum, sesuatu yang tak mampu difikirkan dapat dicapai oleh artis yang sepatutnya ‘debut’ dengan solo pertama mereka. Hasilnya,  ‘Color On Me’ telah memecah rekod jualan album penyanyi lelaki solo terbaik sepanjang dekad dengan memperolehi 342k unit dalam masa sehari saja. Kehebatan Kang Daniel ini selaras dengan apa yang beliau miliki sekarang, yakni pemegang takhta Kmania Top Star yang tak perlu disangkalkan lagi! Jangan tak tau, Kang Daniel juga akan datang ke Malaysia tak lama lagi.

Baca lagi : Kang Daniel pecah rekod jualan album solo tertinggi yang pernah disandang oleh Baekhyun; [Analisis Lengkap] Kronologi pertikaian antara Kang Daniel dengan LM Entertainment

Sebelum Kang Daniel menapak di dalam industri seni lagi, Byun Baekhyun sudah pun mendunia dengan kumpulan yang dianggotainya sejak sekian lama, yakni EXO. Baekhyun kembali semula mendaki dalam senarai Top 10 Star kali dan berada di posisi ke-2. Baru-baru ini, Baekhyun juga mengeluarkan album solo pertamanya, dinamakan sebagai ‘City Lights’ bergenre R&B dan Soul sehingga pernah mencapai jualan album solo paling laris dalam sehari sepanjang dekad sebelum rekod itu dipecahkan oleh Kang Daniel seminggu kemudian. Lagu ‘UN Village’ juga masih memperolehi kedudukan baik dalam carta muzik Kpop semenjak ia mula dilancarkan.

Seterusnya, tempat ketiga diisi oleh Jisoo Blackpink, yang melonjak daripada kedudukan no. 7 pada bulan lepas. Barangkali penangan lakonan Jisoo di dalam drama tvN Arthadal Chronicles masih dirasai walaupun hanya sekadar watak ‘cameo’. Manakala, rakan sekumpulannya, Lisa pula tetap kekal di kedudukan no. 6, membuktikan pemegang takhta Kmania Top Star sebanyak dua kali itu masih berpengaruh dalam kalangan peminatnya di Malaysia. Sudah semestinya, Blink Malaysia merindui kemunculan semula Blackpink ke Malaysia.


Tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing diisi oleh Lee Ji Eun IU dan Taehyung BTS, pemegang takhta Kmania Top Star bulan Sept 2018. Lakonan IU sebagai Jang Man Wol di samping Yeo Jin Goo di dalam tvN Hotel del Luna meninggalkan kesan mendalam buat penonton drama korea apabila IU menunjukkan sisi pemarah yang berselindung di sebalik perangai ‘queen control’-nya, seolah-olah seperti watak animasi tsundere. Drama romantik tvN Hotel del Luna ini pula kian meningkat popularitinya saban hari, dan setakat ini telah pun hampir mencecah 10% rating. Adik-beradik Hong semestinya berbangga kerana karya baru mereka ini disukai penonton Korea, dan juga antarabangsa. Sementara itu, Taehyung yang menduduki tangga ke-5, menjadi satu-satunya ahli BTS yang tersenarai dalam Kmania Top 10 Stars kali ini. Berkemungkinan keputusan diambil oleh BTS untuk berehat selama dua bulan lebih menjadi penyebab kenapa populariti BTS mula merundum untuk seketika dalam kalangan peminatnya di Malaysia.
Baca lagi : Search 4 sebab kenapa kena tonton drama tvN Hotel del Luna

Di tempat ke-7 pula, Jeon Somi membuat kejutan apabila mampu berdiri hampir setaraf dengan selebriti-selebriti Korea lain walaupun pada usia yang masih mentah remaja. Bekas ahli IOI yang lahir daripada program realiti tv Produce 101 ini telah pun mengeluarkan single solo pertamanya, ‘Birthday’ pada awal bulan Julai lalu.  Melihat Jeon Somi di dalam video klip ‘Birthday’ seolah-olah sedang terbayang Jeon Somi ialah seorang artis Barat yang tersilap masuk ke dalam dunia kpop. Kedudukan Jeon Somi di tangga ke-7 pula disusuli dengan pelakon senior yang sudah lama menimba pengalaman, Song Hye Kyo. Berita penceraiannya dengan bekas suami, Song Joong Ki yang mendapat liputan meluas menjadi penyebab popularitinya melonjak naik untuk seketika.

Baca lagi : Mahkamah sahkan penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo tanpa tuntutan alimoni & harta sepencarian


Akhir sekali, Sehun EXO dan Ong Seung Wu masing-masing menduduki posisi ke-9 dan ke-10. Bersama Chanyeol, Sehun mengeluarkan album duet mereka, ‘What a Life’ pada 22 Julai yang lalu. Walaupun penangan ‘What a Life’ tak sehebat ‘City Lights’ dendangan Baekhyun di Korea, namun album ini sebenarnya telah pun mengutip jualan sehingga sejuta yuan di China. Sehun, seperti juga Baekhyun, memiliki pakej wajah yang menggiurkan, menjadi bonus buat peminat mereka. Jadi, tak mustahil melihat mereka masih kukuh berada di kelas tersendiri. Sementara itu, Ong Seung Wu, bekas ahli Wanna One ini, yang giat berlakon di dalam drama Moment of Eighteen kembali semula menduduki di tangga ke-10. Barangkali, penonton Malaysia lebih terpesona dengan kecomelannya dimilikinya dan tak terlalu kritikal tentang lakonannya yang sedang cuba mencari rentak lagi.

Baca lagi : Pelakon baru selalunya kayu. Tapi, kenapa Ong Seung Wu dipilih terajui “Moments of 18”?


Secara kesimpulannya, carta Kmania Top 10 Star ini menyaksikan kedudukan terikat dicapai oleh selebriti lelaki dan perempuan setelah selalunya lebih banyak artis kpop lelaki mendominasi top 10 selama ini.

NO.Top 10 StarsName
1
Kang Daniel
2
Baekhyun (EXO)
3
Jisoo (Blackpink)
4
Lee Ji Eun IU
5
Taehyung (BTS)
6
Lisa (Blackpink)
7
Jeon Somi
8
Song Hye Kyo
9
Sehun (EXO)
10
Ong Seung Wu
​
Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmania.info.


https://kmania.info/2019/08/01/kang-daniel-merampas-takhta-kmania-top-stars-milik-isaac-voo-untuk-bulan-julai-2019/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2019 07:08 PM | Show all posts
BISE Multan Web Portal  Public statement – Inter Part second  Multan Board  Combined Annual 2019, Result Date and Gazette CD Date Sheet SSC Supply 2019 Examination
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2019 04:36 PM | Show all posts
walaupun tak pernah dengar pasal kmania ni, tapi tetap tahniah CEO KANG!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065388 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list