CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2486|Reply: 25

[Tempatan] Dego Ride diharamkan tapi GoJek boleh pulak!

[Copy link]
Post time 21-8-2019 03:41 PM | Show all posts |Read mode
GoJek: Jangan ketepikan Dego Ride - Pengasas
Rabu, 21 Ogos 2019 1:43 PM


PENYEDIA perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride yang pernah beroperasi di Malaysia pada 2016 berharap diberi peluang jika cadangan perkhidmatan itu mendapat lampu hijau kerajaan.

Pengasasnya, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, pihaknya berharap kerajaan tidak mengetepikan Dego Ride yang pernah menyediakan perkhidmatan itu di negara ini.

Jelasnya, syarikat itu tidak pernah putus asa dan sentiasa berhubung dengan pelbagai kementerian berkaitan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu sehingga kini.

“Saya memang optimis terhadap industri dan kerajaan, pada waktu sama juga realis iaitu berpegang kepada kenyataan. Jadi saya perlu tunggu pengumuman  Kabinet sama ada perkhidmatan tersebut dibenarkan atau tidak.

“Jika ia dibenarkan, Dego Ride berharap diberikan peluang dan mendapat keutamaan dalam pasaran khusus (niche market) untuk menyediakan perkhidmatan yang seumpamanya dengan pemain industri lain,” katanya kepada mStar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima kertas cadangan daripada pelabur swasta dalam perkhidmatan pengangkutan termasuk cadangan daripada perkhidmatan teksi motosikal, GoJek.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata cadangan mengenai perkara itu juga akan dibentangkan kepada kabinet oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan kementeriannya akan meneliti perkara itu dari setiap sudut termasuk implikasi perkhidmatan itu.

Mengenai GoJek, Nabil melihat pembabitan syarikat rangkaian pengangkutan dan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia, sebagai satu persaingan sihat.

“Saya percaya persaingan itu baik untuk ekosistem dan juga pekerjaan semua pihak dalam ekosistem itu. Persaingan perlu untuk perkhidmatan yang lebih baik.

“Tapi lebih baik sekiranya ia adalah persaingan yang sihat, dan bukannya persaingan untuk mengalahkan satu sama lain. Sebab itu, sebagai pemain tempatan, Dego Ride berharap diberikan lebih peluang untuk pasaran khusus,” katanya.

Menurut Nabil, dia merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan Syed Saddiq termasuk kementerian-kementerian berkaitan mengenai perkhidmatan Dego Ride sekiranya cadangan perkhidmatan teksi motosikal itu dipersetujui Kabinet.

“Selain kementerian-kementerian berkaitan, Dego Ride telah lama berhubung dengan Kementerian Belia dan Sukan di bawah Syed Saddiq. Memang ada perancangan untuk berjumpa dengan kementerian yang terlibat sekiranya pengumuman Kabinet itu adalah positif.

“Apapun, saya menghargai usaha kerajaan sedia mendengar pandangan saya dan turut menyokong pemain tempatan serta membawa masuk pemain asing untuk membangunkan ekosistem dengan terancang,” katanya.

Dego Ride hangat diperkatakan apabila memulakan perkhidmatan teksi motosikal pada November 2016 sebelum ia mendapat bantahan daripada kerajaan terdahulu dan mengharamkannya daripada terus beoperasi atas faktor keselamatan.

Syed Saddiq baru-baru ini berhasrat mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai GoJek.

Menerusi kaji selidik yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya, Syed Saddiq berkata beliau mahukan suara anak muda sama ada mereka bersetuju dengan perkhidmatan GoJek untuk diperkenalkan di negara ini.

Katanya, perkara itu bagi membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 04:47 PM | Show all posts
melayu pengasasnya
mana boleh beri muka
tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 04:51 PM | Show all posts



gojek jumpa tun terus

degoride ada buat camni ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 04:59 PM | Show all posts
ntahla aku rasa kalau nk start buat teksi motosikal ni, cer perbaiki dulu sistem grab tu

dh brape ramai grab driver kene bunuh, kene samun, tp grab lepas tangan je. ade gojek ada dego lg ramai accident
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa gojek2 ni... sapa yg naik nanti.. ntah apa2 ler
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 05:18 PM | Show all posts
aku pernah naik gojek dan seangkatan dengan nya, kat Phnom Penh, Jakarta dan Rwanda .
Jenuh mengepit kaki sebab dia orang ni main selit selit jer celah kereta. Cepat dan murah la, tapi terasa nyawa pun murah jugak..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-8-2019 07:13 PM | Show all posts
GoJek dapat lampu 'lampu hijau' Putrajaya
21 Ogos 2019


PUTRAJAYA - Kabinet hari ini secara prinsipnya dilapor bersetuju terhadap cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, GoJek, di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dipetik sebagai berkata, Kabinet sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan membuat kajian berhubung mekanisme pelaksanaan serta undang-undang berkaitan khusus untuk perkhidmatan itu di Malaysia.

“Undang-undang khusus untuk GoJek belum ada lagi. Oleh itu, dua kementerian berkenaan diarah untuk menyedia dan memperincikannya bagi membenarkan GoJek dimajukan.

“Ia tidak begitu sukar, sebagai contoh undang-undang sedia ada membabitkan ‘geofencing’ (kawasan dibenarkan untuk perkhidmatan), kita tidak boleh menempatkan GoJek di lebuh raya yang akan membawa kemudaratan dari segi keselamatan dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Tekun Mart Mobile di Putrajaya di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilapor membentangkan usul dan cadangan kepada Kabinet untuk melaksanakan program itu.

Menerusi kaji selidik yang dimuat naik menerusi akaun Twitter miliknya sebelum ini, Syed Saddiq berkata, perkara itu bagi membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

Perkhidmatan menggunakan aplikasi, GoJek adalah antara syarikat pemula niaga unicorn di rantau ini dan menumpukan kepada rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:37 PM | Show all posts
Tak takut merecik/merembes ker kalau penumpang tu dpt rider yg taste dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
AnBulisia replied at 21-8-2019 04:47 PM
melayu pengasasnya
mana boleh beri muka
tak gitu?

Yg tolak Dego tu kan Bossku kita anak PM Umno yg rasmikan kilang Carlsberg pujaan para lobai
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap sangat Gojek versi kereta masok sini, at least ada competition dgn Grab.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu cadangan, Gojek ni dihadkan agar hanya dibenar ikut jalan belakang atau jalan kecil je. Contoh kalau nak.gi jalan TAR atau Raja Laut, Gojek boleh guna Lorong Haji Taib aje misalnya. Nak gi BB boleh ikut Jalan Alor je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 21-8-2019 05:18 PM
aku pernah naik gojek dan seangkatan dengan nya, kat Phnom Penh, Jakarta dan Rwanda .
Jenuh mengepi ...

Dulu masa naik ojek Jakarta aku suruh dia ikut jalan belakang je (gang sempit tuh), dan travel jarak dekat je, macam dari Mal Ambasador ke Pasar Festival contohnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 08:34 AM | Show all posts
Muntz replied at 21-8-2019 07:37 PM
Tak takut merecik/merembes ker kalau penumpang tu dpt rider yg taste dia?

Haruslah sepatut berhenti kat Chow Kit terus minta hantar ke Sentul
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 08:47 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 21-8-2019 12:59 AM
ntahla aku rasa kalau nk start buat teksi motosikal ni, cer perbaiki dulu sistem grab tu

dh brape ...



Sistem Grab yang mana kena diperbaiki? sungguh aii nak tau. Aii ada pengalaman buruk dgn GRAP tapi aii salahkan diri sendiri sebab aii tak pernah pakai GRAB. Hotel panggil grab lepas beritahu tmpt yang aii nak pergi (dua tempat) aii tanya beraoa dia charge aii Rm$50! Rupanya harga tambang hanya kita jer yang tau kan.

Hari itu ubatan mak aii tertinggal di rumah mak pulak dah ada di airport. Call grab, grab dtg rumah kutip ubat terus hantar KLIA. RM$100 (camput tips). Mesti mat driver melesit bawa kereta.

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 08:54 AM | Show all posts
DARSITA replied at 22-8-2019 08:47 AM
Sistem Grab yang mana kena diperbaiki? sungguh aii nak tau. Aii ada pengalaman buruk dgn GRAP  ...

ko ni noob ke mmg saja saja buat buat bodo? kan ke masa nk tempah grab tu dah letak dah harga brape. kalau rabun tu sila gi doktor mata cek mata tu kak. grab pun skrang ni dah bleh bayar pakai debit kad dah kalau rasa tak selamat ngan cash
aku tekankan pada pemandu grab. kt malaysia ni dah brape org mati masa bawak grab kene rompak n bunuh dengan penumpang. tp ape peranan grab nan hado. pemandu grab ni epf socso pun tarak, insurans lagi la tarak
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe. Dah ramai mangsa mati nanti boleh jer u turn & minta maaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2019 09:07 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 21-8-2019 04:54 PM
ko ni noob ke mmg saja saja buat buat bodo? kan ke masa nk tempah grab tu dah letak dah harga brap ...
ko ni noob ke mmg saja saja buat buat bodo? kan ke masa nk tempah grab tu dah letak dah harga brape. kalau rabun tu sila gi doktor mata cek mata tu kak.
Hishh ko ni tak ada kesabaran langsung. Cuba jawap dgn rasa kasih sayang sesama Melayu Isle tak boleh ke? Aii mmg tak pernah guna GRAB. Sampai Msia baru aii install apps grab lepas itu diajar pulak boleh beli apa entah (benda pembayaran) di 7 eleven. Tak pulak diberitahu boleh guna cash.


Aii pergi dua tiga kali 7 eleven utk top-up phone dan memandangkan lebih selesa guna texi maka aii tak ler beli sistem pembayaran grab itu.

Aii kena tipu di Kedah. Grab itu pihak hotel yang carikan - dia ckp kalau nak ke Kuala Kedah texi(kereta sewa) ambil mahal elok guna grab. sudahnya aii kena tipu. Balik hotel aii pun mereportla.






Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 09:50 AM | Show all posts
masyuk la syed saddiq.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2019 10:34 AM | Show all posts
Dego Ride setuju!

PENYEDIA perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride berbesar hati sekiranya kerajaan mahu pihaknya bekerjasama dengan Gojek dalam merancakkan perkhidmatan teksi motosikal.

Pengasasnya, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, apa yang paling penting, perkhidmatan seumpama itu akan memberi manfaat kepada negara dan pemain tempatan.

“Kami juga sangat positif bahawa kerajaan dan kementerian berkaitan menyokong bakat tempatan.

“Sejak 2016, kami sudah bekerjasama dengan beberapa kementerian yang akhirnya berjaya membawa kepada berita baik ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui video yang dimuat naik di akaun Twitternya hari ini memaklumkan mengenai persetujuan Kabinet untuk meluluskan Modal Ekonomi Gojek - Dego Ride.

Nabil berkata, pihaknya gembira dengan pengumuman yang dibuat dan berpendapat ia adalah langkah bijak untuk bekerjasama dengan pengendali teksi motosikal dari Indonesia itu.

Katanya, pihaknya juga bersedia memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan untuk memulakan semula operasinya secepat mungkin.

“Kami sedia maklum mengenai kebimbangan kementerian dan orang ramai berkaitan isu keselamatan terutama membabitkan aktiviti menunggang dan membonceng motosikal.

“Kami bersedia bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam menghasilkan polisi atau rangka kerja berkaitan.

“Ia mungkin meliputi pendaftaran penunggang motosikal, pakaian seragam atau jenis motosikal yang boleh digunakan.

“Kami juga pentingkan semua aspek kerana keselamatan penunggang dan pembonceng adalah keutamaan kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Dego Ride mula diperkenalkan sejak 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50. Ia mengehadkan perjalanan sejauh tiga kilometer (km) setiap trip sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, pada Januari 2017, Kementerian Pengangkutan melalui timbalan menterinya ketika itu, Datuk Abdul Aziz Kaprawi memaklumkan bahawa kementerian tidak pernah mengeluarkan lesen kepada pengendali perkhidmatan teksi menggunakan motosikal kerana ia melanggar undang-undang jalan raya di negara ini.

Katanya, penggunaan motosikal sebagai teksi bukan saja menyalahgunakan lesen kenderaan persendirian, malah melanggar Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa ramai hentam tun n saddiq? Kekeke....dego ni diharamkan 2017 kan. Ke masa tu tun dah pegang malaysia? Iols bukan la sokong pun tun ni.tapi benda salah fakta, orang lain lak disalahkan..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.214203 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list