CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3313|Reply: 8

Kesesatan Ibn Arabi

[Copy link]
Post time 21-8-2019 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Antara tokoh-tokoh sufi iaitu Ibn 'Arabi, Al-Hallaj, Al-Jiili, Ibn Ajibah, Hasan Ridhwan, Ibn Basyish, Al-Dimardash, Ibn Al-Naabalusi, Abu Yazid al-Bustami, Jalaluddin Rumi, Ibn Faridh, Rabi'ah al-Adawiyah, dan Syeikh Mahmud Muhammad Thaha dan lain-lain lagi. Tokoh yang paling terkenal ialah Syeikh Muhyiddin Ibn 'Arabi al-Hatimi al-Taa'i (638 H). Antara fahaman beliau adalah "Wahdatul Wujud".

  
  
Ini dibuktikan sendiri dengan perkataan beliau sebagaimana berikut:

  
  
العبد رب والرب عبد،
  
يا ليت شعري من المكلف،
  
إن قلت عبد فذاك حق،
  
أو قلت رب أني يكلف
  
  
"Hamba ialah Tuhan dan Tuhan ialah Hamba. Aku berharap agar aku mengetahui yang mana satukah perlu aku jalankan tanggungjawabku. Jika aku katakan hamba itu hamba atau jika aku katakan hamba itu adalah Tuhan, jadi bagaimanakah bentuk tugasan yang perlu aku jalankan bagi-Nya." (Rujuk: al-Futuhat al-Makiyyah, Ibn 'Arabi, ms. 43)

  
  
Ibn 'Arabi juga berkata:

  
  
إن الذين عبدوا العجل ما عبدوا غير الله
  
  
"Sesungguhnya yang menyembah anak lembu (sebenarnya) dia tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah." (Rujuk: al-Futuhat al-Makiyyah, ms. 43 dan Tanbih al-Ghabi, al-Baqa'ie, ms. 124-127)

  
  
Syeikh Burhanuddin al-Baqa'i telah menerangkan hakikat iktiqad Ibn 'Arabi dalam muqaddimah kitabnya "Tanbih al-Ghabi Ila Takfir Ibn 'Arabi":

  
  
"Pertama perlu diketahui ucapannya, iaitu ucapan Ibn 'Arabi yang berkisar tentang kesatuan segala kewujudan (Wahdatul Wujud) ialah tidak ada perkara lain di dunia ini melainkan kesemuanya bersatu. Oleh itu, Tuhan adalah semua benda yang wujud dalam kesatuan dan tidak ada yang wujud kecuali ia termasuk Zat Allah."

  
  
Perhatikanlah ucapan Ibn 'Arabi tentang makna Allah Maha Tinggi. Dia berkata:

  
  
(العلي) على من؟ وما ثم إلا هو!! فهو العلي لذاته أو عن ماذا؟ وما هو إلا هو، فعلوّه لنفسه وهو من حيث الوجود عين الموجودات
  
  
"Yang Maha Tinggi. Di atas siapa? Tidak ada sesuatu apa pun di sana melainkan-Nya. Jadi, ketinggian-Nya ialah berkenaan Zat-Nya. Sedangkan, kewujudan Dia sudah pasti Zat bagi setiap perkara yang wujud."

  
  
Seterusnya dia berkata lagi:

  
  
فهو عين ما ظهر وهو عين ما بطن في حال ظهوره وما ثم من يراه غيره وما ثم من يبطن عنه فهو ظاهر لنفسه باطن عنه، وهو المسمى أبا سعيد الخراز وغير ذلك من أسماء المحدثات
  
  
"Daripada Allah, Dialah yang jelas dizahirkan dan segala apa yang tersembunyi adalah adalah zahir-Nya. Oleh itu, tiada sesiapa di sana untuk melihat-Nya melainkan diri-Nya, bersembunyi daripada-Nya dan Dia itu adalah Abu Said al-Kharraz (seorang tokoh sufi di Baghdad). Begitu juga dia nisbahkan kepada nama benda-benda lain yang diada-adakannya." (Rujuk: Fusus al-Hikam, Ibn 'Arabi, ms. 76-77, Tanbih al-Ghabi, ms. 63-64)

  
  
Imam Zainuddin al-'Iraqi r.h. menjelaskan daripada kata-kata Ibn 'Arabi di atas:

  
  
"Sesungguhnya ini adalah kata-kata beracun tentang penyatuan tiada batasan termasuk idea semua ciptaan yang wujud adalah Tuhan (Wahdatul Wujud). Termasuk kategori ideologi ini apa yang dinyatakan secara jelas bahawa Tuhan ialah Abu Said al-Kharraz dan juga perkara lain seumpama itu. Oleh itu, sesiapa yang mengatakan hal ini dan mempercayainya maka menurut ijmak ulama dia telah kufur." (Rujuk: Tanbih al-Ghabi, ms. 66)

  
  
Ibn 'Arabi juga percaya bahawa animisme berada di atas kebenaran, sebagaimana katanya:

  
  
والعارف المكمل من رأى كل معبود مجلى للحق يعبد فيه ولذلك سموه كلهم إلها مع اسمه الخاص بحجر أو شجر أو حيوان أو إنسان أو كوكب أو ملك
  
  
"Setiap manusia yang mempunyai kefahaman yang penuh pasti melihat segala objek yang disembahnya sebagai manifestasi kebenaran yang terkandung dalamnya atau dasar ia disembah. Oleh itu, mereka memanggilnya Tuhan tidak kiralah sama ada batu, pokok, haiwan, manusia, binatang atau malaikat." (Rujuk: Fusus al-Hikam, 1/95, Hazihi Hiya al-Sufuyyah, Abdul Rahman al-Wakil, ms. 38)

  
  
Ibn 'Arabi memberi amaran kepada pengikutnya dalam kitab yang sama al-Fusus:

  
  
"Berhati-hatilah kamu dalam menghadkan dirimu kepada satu anutan dan tidak mempercayai anutan lain. Sesungguhnya, dengan cara itu banyak kebaikan akan terlepas daripada hidupmu. Selain itu, tahap pengetahuan kamu akan cetek apabila tidak mengikuti apa yang orang lain ikuti. Oleh itu, bersedialah untuk menerima segala macam kepercayaan. Ini kerana, Allah itu Maha Tinggi dan Maha Hebat untuk difahami. Tidak memadai hanya dengan satu kepercayaan dan menolak anutan lain. Malah, semua agama benar dan setiap yang benar akan memperolehi pahala. Sesiapa yang memperolehi ganjaran pahala, dia bernasib baik dan mereka yang bernasib baik akan bersama dengan Allah, Tuhan yang dicintainya." (Rujuk: Hazihi Hiya al-Sufiyyah, Abdul Rahman al-Wakil)

  
  
Jadi, sungguh peliklah apabila pengikut-pengikut sufi hari ini sering menuduh "Wahabi" menyamakan agama Islam dengan agama Yahudi (padahal ini tidak mempunyai bukti) sedangkan tokoh yang mereka sanjung iaitu Ibn 'Arabi terang-terang menyamakan semua agama sehingga yang menyembah pokok juga dikatakan benar dan mendapat pahala. Subhanallah!!! Ini jelas-jelas perkataan yang kufur.

  
  
Jangan Mudah Melatah

  
  
Setelah dijelaskan tentang Ibn 'Arabi yang sebenar pasti ada yang tidak puas hati dengan penulisan ini. Pasti akan ada yang berkata " begitu ramai ulama hari ini mengikuti aliran sufi ini, kenapa kita mesti menolaknya?" Jawapan yang tepat adalah firman Allah:

  
  
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصونَ
  
  
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (Surah al-An'aam: 116)

  
  
وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلاَّ ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلونَ
  
  
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Surah Yunus: 36)

  
  
Sebab itulah, pengukur kebenaran bukanlah disebabkan ramainya pengikutnya, tetapi ukuran yang dinilai adalah sejauh mana mereka menepati al-Quran dan al-Sunnah menurut manhaj al-Salaf al-Soleh dalam amalan dan iktiqad. Firman Allah:

  
  
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
  
  
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisaa': 59)

  
  
Syeikh Muhammad bin Rabi' bin Hadi al-Madkhali berpesan:

  
  
"Sudah menjadi kewajipan setiap muslim terutama ilmuan dan para pendakwah menentang habis-habisan mereka yang menentang syari'at Islam tidak kira sama ada golongan komunis, sufi, atheis, penyembah qubur (quburiyun) dan lain-lain lagi. Saya melihat ramai para pendakwah yang sudah menjalankan tugas itu tetapi mengabaikan tentang golongan sufi. Hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar menentang golongan sufi yang melanggar syariat dan berada dalam kesesatan." (Realiti Gerakan Sufisme, Ridhuan Abdullah, ms. 68-69)

  
  
Oleh sebab itu, menjadi kewajiban bagi mereka yang mengetahui realiti fahaman sufi untuk menjelaskan hal keadaan sebenar sufi serta tipu daya mereka terhadap kekeramatan, ilmu ladunni, kasyaf yang disalah fahami dan sebagainya serta wali-wali yang diangungkan seperti Ibn 'Arabi.

  
  
Amalan-amalan mereka juga tidak kurang kelihatan mencacatkan agama yang suci ini. Lihatlah video mereka yang sudah tersebar di internet, tatacara berzikir yang dilakukan secara melampau, sambil menepuk tangan, sambil menggoyang-goyangkan kepala, terkadang sehingga menari melonjat-lonjat (seperti kumpulan rock menyanyikan lagu), berputar-putaran dan berbagai-bagai lagi tatacara mengikut kaedah tarekat mereka. Ini jelas bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. yang sahih.

  
  
Ketika mana Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dicabar oleh beberapa pengikut aliran sufi, yang mana mereka berasa bangga bahawa mereka boleh berjalan di atas api, padahal mereka dapat berjalan di atas api disebabkan mereka telah melumurkan badan  mereka dengan lemak katak, jus limau dan bedak. Lalu Ibn Taimiyyah meletakkan syarat sebelum berjalan di atas api hendaklah membasuh badan dengan cuka dan air panas, lantas mereka ketakutan dan menolak syarat tersebut.

  
  
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h. berkata:

  
  
"Mungkin apa yang terjadi hanyalah disebabkan pertolongan syaitan memandangkan mereka amat rapat dengan syaitan. Seolah-olah syaitan bersiul-siul serta bertepuk tangan, apa yang berlaku selepas itu ialah mereka mengungkapkan perkataan yang tidak dapat difahami. Mereka ketika itu bagaikan dirasul syaitan. Sebenarnya, syaitan yang telah berkata-kata melalui lidah mereka disebabkan mereka berada di dalam keadaan fana' (hilang akal) dan tidak sedarkan diri.

  
  
Kemudian, jika terdapat orang yang terkena rasukan syaitan maka mereka akan menyalakan api, menyembunyikan gendang dan alat-alat muzik lain. Mereka akan meletakkan besi di dalam api dan mencacakkan lembing daripada besi tadi. Salah seorang daripada mereka akan memanjat besi-besi tajam di hadapan orang ramai. Mata lembing yang panas tadi akan diserahkan kepadanya dan dia akan memegangnya.

  
  
Selain itu, orang ramai juga akan dapat melihat batu-batu berterbangan tanpa melihat sesiapa pun yang membalingnya. Ini adalah kerja syaitan. Merekalah yang mempunyai hubungan secara dengan syaitan. Sedangkan, mereka tidak merasai apa-apa kesakitan apabila dipukul kerana yang dipukul adalah syaitan.

  
  
Sesetengah keadaan golongan yang terlibat dengan syaitan di mana rupa mereka hampir-hampir menyamai syaitan. Oleh itu, menjadi-jadilah lakonan mereka. Kejadian ini berlaku apabila ada yang memuja dan memanggil syaitan ini dengan muzik dan juga seruling. Perkara ini tidak berlaku kepada mereka ketika solat, berzikir, berdoa atau apabila al-Quran dibacakan kepada mereka.

  
  
Pengalaman seperti ini tidak ada apa-apa faedah kepada agama atau pun hal keduniaan. Mereka berada dalam keadaan khayalan. Disebabkan kejahilan, mereka tidak mendapat keberkatan dan rahmat. Apa yang bertambah bagi mereka ialah apa yang amat ditakuti oleh kita, iaitu menginginkan kemewahan orang yang melakukan kejahatan. Sekiranya kekayaan telah diperolehi oleh mereka, amar makruf dan nahi mungkar akan ditinggalkan. Begitu juga perintah berjihad di jalan Allah." (Rujuk: Majmuk al-Fatawa, 11/495-496)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 10:44 AM | Show all posts
Perlu juga diketahui bahawa ada seorang tokoh agama bernama Ibnu Al-Arabi.   Biasa akan terjadi keliru antaran 2 orang ini.

http://www.penaminang.com/2013/0 ... bi-dengan-ibnu.html

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 01:06 AM | Show all posts
Ibn Al-'Arabi's Conception of Religion
by Mohd Sani Badron

Synopsis
This work begins with the discourse of the Qur’an and Prophetic Tradition, on Islam and other religious traditions. It then presents a historical survey of Muslim works in the field of comparative study of religions, written by some philosophers, theologians and Sufis. There are also specific chapters on this visionary metaphysician’s general conception of religion; and, his interpretation of Qur’anic terminologies such as islam, din, fitrah, mithaq, iman, kufr, shari ah, minhaj, nubuwwah, risalah, millah, and ummah. A highly controversial issue of Ibn al-’Arabi’s view on the diversity of religions; his understanding of the Qur’anic views of naskh and tahrif, and, his remarks about the non-Muslims’ paramount doctrines, especially regarding those of the Ahl al-Kitab, are also considerably discussed.


https://www.e-sentral.com/book/info/50881/Ibn-Al-Arabis-Conception-of-Religion



Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 01:09 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-8-2019 09:27 AM

apabila membicarakan perihal sufi dan ahli ahlinya, adalah molek kalau kita beradab dengan ilmu  di mana  kita menyedari yang karya atau  teks  yg ditulis itu menuntut si pembaca untuk berada pada sekian level tertentu untuk memahami perihal yg berkisar sufism, dan bukan untuk public  yang masih tercari cari apa maksud ISLAM , IMAN dan IHSAN.

so  sebelum kita lontarkan judgement  dan menghukum terus, maka  bertanyalah pada yg pakar dan bertanya pada  mereka yg boleh menunjukan sumber arah kepada maklumat yg benar.

thanks

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 25-8-2019 01:09 AM
apabila membicarakan perihal sufi dan ahli ahlinya, adalah molek kalau kita beradab dengan ilmu  di  ...

Saya setuju dgn tuan,kitab2 sufi bukan pada level org awam, tujuan saja dah salah bila diri sendiri sbg level awam nak berbicara tentang ilmu sufi yg khawas, samalah ibarat spt seorg mekanik motor nak membedah siasat tentang pakar neuro saraf otak, jelas bercanggah tidak kena landasan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:25 AM | Show all posts
rantaikendoq replied at 25-8-2019 07:09 AM
Saya setuju dgn tuan,kitab2 sufi bukan pada level org awam, tujuan saja dah salah bila diri sendir ...

i am a lady dear, tuan tuan sapa aih , i bukan tuan  hahahahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2019 11:22 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 25-8-2019 09:25 AM
i am a lady dear, tuan tuan sapa aih , i bukan tuan  hahahahahah

hahaha
xpala, bahasa hormat, kihkih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2019 11:33 AM | Show all posts
Nak tanya kepada para penganut falsafah Sufi Ibn Arabi: Neraka akan kekal selama lama kah? Berikan jawapan di sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam quran dan hadis xjelas lagike
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061708 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list