CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1015|Reply: 10

[Tempatan] Hajat Ash untuk beli barang kahwin bertukar tragedi setelah terbabas di Kampung

[Copy link]
Post time 21-8-2019 05:05 PM | Show all posts |Read mode




BESUT- Seorang bakal pengantin maut ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli peralatan perkahwinannya apabila pacuan empat roda dipandunya terbabas di Kampung Lak Lok, Jertih, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Mohd Ash Shahid Abdul Wahab, 25, dari Kampung Gong Bayor, di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala empat penumpang termasuk tunang mangsa cedera.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kenderaan jenis Nissan Navara dari arah Pasir Putih, Kelantan menghala ke Jertih.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang lampu yang berada di tengah pembahagi jalan.

“Kenderaan mangsa terus masuk ke laluan bertentangan kemudian melanggar tiang elektrik yang berada di tepi sebelah kanan jalan,” katanya.

Mohd Zamri berkata, akibat kemalangan itu mangsa meninggal di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala dialaminya.

Menurutnya, penumpang hadapan, Noor Azziani Kafli, 20, mengalami patah tulang jari tangan sementara tunang mangsa, Nor Najihah Mohamad, 21, yang duduk di kerusi penumpang belakang hanya cedera ringan.

“Bakal bapa mertua mangsa yang juga duduk di kerusi belakang, Mohamad Abd Latif, dari Gong Nering serta seorang lagi mangsa, Mohammad Danish Afzal Mohd Nazeri, 11 tahun hanya cedera ringan.

Tambah Mohd Zamri, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Besut untuk bedah siasat manakala semua penumpang turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Sementara itu menurut bapa mangsa, Abdul Wahab Isa, anak lelakinya yang bekerja sebagai penyelia keselamatan dan kontraktor itu, mahu membuat persiapan awal untuk perkahwinannya yang dijadualkan pada 19 September depan.

“Walaupun saya sedih tetapi reda dengan ketentuan ini kerana ALLAH lebih sayangkannya,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... in-bertukar-tragedi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga dan tunang mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 06:01 PM | Show all posts
laju lah tu..selalu jumpa org bwk kereta mcm navara, hilux ni menonong je laju.

kalau slow, lps langgar tiang yg kt tengah pembahagi jalan tu patut dh stop

takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga mangsa


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. Semua both keluarga arwah dan tunang arwah kiat menghadapi kehilangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mostly yg bwk 4x4 ni meter dia rosak gamaknya. Dpt tekan minyak terus hilang waras. Semoga tabah la keluarga yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kampung 'LAK LOK'???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai sedih. Lagi sebulan nak nikah. Salam takziah. Semoga dosa-dosa arwah diampunkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 21-8-2019 06:01 PM
laju lah tu..selalu jumpa org bwk kereta mcm navara, hilux ni menonong je laju.

kalau slow, lps  ...

sbb tu tulis hilang kawalan.. takkan hilang kwln tanpa sebab...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pick up bkn utk dibawa laju sebab kurang stabil
Asalnya utk buat lasak aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.179466 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list