View: 3632|Reply: 45
|
[Tempatan]
Lagi kes remaja dirogol teman lelaki
[Copy link]
|
|
Remaja dirogol teman lelaki
myMetromutakhir
KERESAHAN bapa apabila mendapati anak perempuannya berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah selama empat hari membongkar kisah anaknya dirogol teman lelakinya.
Kejadian dipercayai berlaku selepas bapa mangsa berusia 47 tahun itu mendapati anaknya tidak pulang ke rumah mereka di Air Hitam, Jitra, Kubang Pasu sejak 12 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pengadu hanya menyedari anaknya pulang ke rumah pada 6 petang dan dihantar tiga lelaki.
Beliau berkata, bapa mangsa bertanyakan kepada salah seorang lelaki itu dan dimaklumkan mereka membawa remaja perempuan itu ke rumah salah seorang lelaki di Kuala Sanglang.
“Berikutan itu, bapa mangsa mengesyaki sesuatu mencurigakan dan bimbang keselamatan anaknya menyebabkan dia membawa mangsa ke balai polis berhampiran.
“Mangsa kemudian mengaku melakukan seks dengan seorang lelaki tiga kali di kawasan Kuala Sanglang menyebabkan bapa mangsa terus membuat laporan polis,” katanya.
Mohd Ismail berkata, remaja perempuan itu masih bersekolah di Tingkatan Empat di sebuah sekolah di daerah itu.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai melakukan seks di sebuah kedai tidak berpenghuni berhampiran kawasan tambak Sungai Padang pada 4 petang 12 Ogos lalu.
“Mangsa dipercayai melakukan perbuatan sama ketika menumpang tidur di sebuah rumah kenalan mereka 3 pagi pada hari berikutnya dan kali ketiga di sebuah pondok di tengah sawah di Kuala Sanglang 13 Ogos lalu 10 pagi.
“Siasatan mendapati, teman lelaki mangsa berusia 18 tahun bekerja di kantin di sekolah tempat mangsa belajar,” katanya.
Mohd Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jitra untuk menjalani pemeriksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 |
|
|
|
|
|
|
|
Ayaq hitam dan kuala sanglang tu kawasan kmpg.. Mcm mana la org tak sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi dik...3 round in less than 24 hours... |
|
|
|
|
|
|
|
so..mana yg kata rogolnya kalau dah kesedapan sampai 3x |
|
|
|
|
|
|
|
yuki812 replied at 21-8-2019 08:08 PM
so..mana yg kata rogolnya kalau dah kesedapan sampai 3x
Sbb budak perempuan tu bawah umur..
Minor mmg gitu la undang2nya....
Ntah dh umur 16 thn msh dilindungi di bwh akta kanak2 kot?
Kesian la kt jantans bodoh tak tau pasal undang2 ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
bawah umur sebab tu klasifikasi rogol |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam masa anak dia hilang 4 hari tu, bapak dia tak cari dia ke? Tak bt report polis ke? Anak dia belen kot... Tu yg mcm tak heran je anak tak balik umah |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa la remaja sekarang ni tak sayang diri dan tak takut dosa? Senang2 je diajak buat perbuatan sumbang ni |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 21-8-2019 08:15 PM
Sbb budak perempuan tu bawah umur..
Minor mmg gitu la undang2nya....
Ntah dh umur 16 thn msh dil ...
kat malaysia smpai 16 kan |
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 21-8-2019 11:38 PM
kat malaysia smpai 16 kan
Under Civil Law 18 tahun....
|
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi macam budaya pula budak2 sekolah ni, tak kesah bila diri tu dah tak suci
|
|
|
|
|
|
|
|
pondok di tengah sawah |
|
|
|
|
|
|
|
Ape ke birah laaa...kt kedai jd.kt pondok tgh sawah pon jd.pilih la tmpat brkualiti sikit |
|
|
|
|
|
|
|
masalah ni..tak balik rumah ayah dia tak buat laporan polis..dah balik rumah baru tanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|