View: 3123|Reply: 21
|
[Tempatan]
Pusat pameran, jualan dan servis kenderaan TOYOTA Sungai Isap. Ulangsuara TOYOTA
[Copy link]
|
|
Premis gantung bendera terbalik terima surat tunjuk sebab
KUANTAN: Sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap di sini, diarahkan memberi penjelasan mengenai insiden memasang Jalur Gemilang terbalik, yang tular di laman sosial pada minggu lalu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan Hussin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Isnin lalu yang membawa kepada pengeluaran surat tunjuk sebab kepada pemilik premis berkenaan.
“Tempoh tiga hari yang diberikan MPK akan berakhir esok, tetapi, setakat ini premis terbabit belum memberikan sebarang maklum balas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai pemantauan pemasangan Jalur Gemilang di premis perniagaan di daerah ini, hari ini.
Sebelum ini, tersebar di media sosial mengenai pemasangan dua bendera Malaysia yang dikibarkan secara terbalik sebelum ia disedari pemilik premis yang bertindak menurunkannya.
Tindakan itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat warganet sebelum syarikat itu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf yang dibuat menerusi Facebook (FB) rasmi mereka keesokan harinya.
Sementara itu, mengulas mengenai operasi pemantauan yang dijalankan hari ini, Abdul Rahim berkata, operasi selama sejam itu bertujuan memastikan setiap premis mengibarkan bendera Malaysia.
“Surat pekeliling dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi pemasangan bendera bermula 16 Ogos sehingga 16 September dan hari ini kita hendak melihat berapa banyak premis yang sudah mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.
Abdul Rahim berkata, tinjauan yang dilakukan hari ini mendapati hanya kira-kira 50 peratus premis sudah memasang Jalur Gemilang di premis masing-masing, manakala, selebihnya memberikan pelbagai alasan seperti tidak mempunyai masa dan menunggu pemberian bendera percuma. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semua stafnya ore jepun ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
ok kira settle dah
sama mcm minta maaf kulasegaran zakir naik yew yin kin blablabal |
|
|
|
|
|
|
|
kalau sekolah yg salah bendera tu boleh la ckp salah fhm
ni show room |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak Kami dengan rendah hati memohon maaf diatas kekhilafan yang telah berlaku berkaitan dengan Pemasangan Bendera Malaysia di Premis Perniagaan Kami.
Untuk makluman ini tiada kena mengena dengan tidak menghormati Malaysia sebagai negara kami. Kami menghormati Negara Kami Malaysia dan kesalahan ini adalah tidak disengajakan dan tiada kena mengena dengan sebarang isu yang telah dibicarakan.
Namun yang demikian, kami telah membuat pembetulan yang sepatutnya dan dengan rasa rendah diri kami Seluruh Warga PDC AUTO (KUANTAN) SDN BHD memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Pahang amnya di atas perkara yang berlaku ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la tak nampak bendera tu terbalik selepas naikkan bendera tu. Buta ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi kes sama di SJKC Bukit Koman Raub Pahang |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni, malas ambik port pasal racism among us. Seriously. Mampos korang lah nak mengutuk sesama sendiri. Tp pasal bendera ni, tiba2 aku berangin satu badan. Sbb nmpk sgt provokasi. So obvious. Takkannnnlah tak sengaja. Come on lah. Alasan Toyota tu, mcm nak ckp kita2 ni bangang. Will accept their stupid excuse. Kau ingat ada cermin depan flag tu, jadi refleksi dia tak terbalik?? Stupid mofos. |
|
|
|
|
|
|
|
Aih puak2 ni. Buat gini sbb benci sgt dah ke kat negara Malaysia ni. Kalau halau suh keluar dari negaraku tercinta nanti menggelupur marah. Pehtu duduk kat dlm malaysia buat perangai x senonoh gini. Tolong la leave this country if u hate her this much. |
|
|
|
|
|
|
|
2 ekor staff tak guna ko tu pun patut ambik tindakan
company lantik utk jd jurucakap ke?
siap hina2 orang lagi tak mampu beli toyota
bila kena kecam kaw2 dalm fb tu tau pulak menikus
konon nak back up company
disalahkan bangla yg pasang masa cuti
habis kalo salah pasang
korang masuk keja lepas cuti tu tak boleh betulkan semula?
nak tunggu viral baru buat?
alasan tak sengaja ni alasan babi
butoh melampau sangat!
sales assistant korang yg melayu2 tu elok resign je la
gigih back up company gila2 sampai hina orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Alang2 sekarang nie tgh panas isu bendera.. apa kata kita ramai2 pasang bendera byk2 dekat rumah/kereta dgn cara yg betul. Lepas tu kalo jumpa yg pasang bendera terbalik nie kita kasi maki sambil tunjuk cara pasang bendera yg betul kt moto/kereta |
|
|
|
|
|
|
|
kiasu yang tak tahu berterimakasih atas apa yang telah mereka nikmati selama ini. |
|
|
|
|
|
|
|
pasang bendera terbalik ni merata tempat
mana mungkin kebetulan
mana mungkin asyik nak salahkan warga asing yg pasang
simple punya conclusion
cari je kepala yg cetuskan idea ni |
|
|
|
|
|
|
|
Akhbar lapor menara boustead pun kibar bendera terbalik dah seminggu menurut laman Malaysia Military Power. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|