CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7884|Reply: 70

[Tempatan] Ibu terkejut jumpa surat rahsia dalam beg sekolah anak lelaki

[Copy link]
Post time 21-8-2019 10:15 PM | Show all posts |Read mode


MENGGIGIL dan panik. Itulah situasi dihadapi seorang ibu sebaik membaca surat dihantar seorang murid perempuan kepada anak lelakinya mahu mengajak melakukan hubungan seks, beberapa hari lalu.

Surat tulisan tangan itu ditemui wanita berkenaan ketika membuat pemeriksaan dalam beg sekolah sebelum meminta anak lelakinya berusia 12 tahun menceritakan perkara sebenar.

Penghantar surat terbabit turut memperkenalkan diri dan dia memberitahu sedang belajar di darjah lima sekolah sama dengan anak lelakinya di Selangor.

Susulan itu, ibu kepada murid lelaki terbabit kemudian menghubungi Penceramah Murid merangkap Pembantu Pelindung Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar, Kedah, Mohd Fairuz Abu untuk mendapat khidmat nasihat.

Dia yang lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkata, sebaik ditunjukkan surat berkenaan, dia hanya mampu beristighfar.

Katanya, seorang ibu menghantar mesej kepadanya dan saat bercerita, wanita itu memberitahu tangannya menggeletar ketika memegang surat itu.

“Dia seperti tidak percaya anak lelakinya darjah enam memperoleh surat daripada seorang murid perempuan darjah lima.

“Antara kandungan surat itu ialah, “Kepada ......Nama aku ....., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?

“Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you."

Mohd Fairuz berkata, susulan peristiwa ini, dia memberikan nasihat kepada ibu bapa murid lelaki terbabit kerana situasi dialami kanak-kanak hari ini tidak sama zaman datuk atau nenek kita dahulu.

“Pertama, ibu bapa kena sedar teknologi semakin canggih, capaian Internet semakin laju, maka semakin mudah untuk sesiapa sahaja baik kanak-kanak, ibu bapa atau orang tua untuk akses sesuatu mungkin baik bagi dia atau tidak bagi kanak-kanak itu sendiri.

“Ibu bapa perlu kena faham realiti anak pada hari ini tidak sama dengan mereka semasa kecil. Mereka tidak boleh sebut kanak-kanak sudah ‘advance’ kerana mereka tetap kanak-kanak sampai bila-bila.

“Kalau kita tengok komen ada yang kata budak sekarang ‘advance’ tapi bukan sebaliknya, mereka adalah mangsa ketidakfahaman memahami fisiologi diri sendiri, fungsi tubuh badan, jenayah seksualiti adalah satu bentuk jenayah,” katanya.

Beliau berkata, apabila anak ada menyebut perkara tidak elok masa di rumah, ibu bapa kena bertindak untuk mendapat maklumat dahulu dari mana dia belajar.

Katanya, jika anak bercerita benda tidak elok apabila balik dari sekolah, jangan anggap seperti bergurau sebab anak hari ini biasa dengan apa disebut itu.

“Walaupun kita jaga baik mana sekali pun, kena ingat mungkin ada kawan di sekolah boleh memberi impak negatif kepadanya.

“Contohnya, ada pelajar pernah tengok video lucah dan ia akan mempengaruhi pada orang lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mohd Fairuz kemudian berkongsi pengalaman itu dalam Facebook miliknya dan mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan warga maya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii.. anak sape niiii..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lopes sebulan dua kena ceklaa takut pd Aids...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii.. penggunaan ayat pun straight to the point takyah nak berselindung lagi dah...aku nak bersetubuh dgn kau... Kemain kau dekkk. Nasi pun tak reti masak lagi nak bersetubuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:42 PM | Show all posts
aiyo...BKD.. darjah 5 dah birah...

Glossary:
BKD - "Birahnya Kau Dek"

Maksud:- ekspresi spontan apabila mengetahui tentang budak perempuan bawah umur yang mempunyai kecenderungan seksual yang tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa nak tengok ceramah kat tv kena tapis2 dan agak2 tak ada anak di sekeliling la lepas ni.

Silap2 tak dapat bawa p masjid kalau ceramah berkaitan keluarga atau munakahat.

Sebab perkataan bersetubuh ni bamyak guna kat ceramah2 je, ni teori aku saje..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2019 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan pn ada jgk rupanya yg gila seks....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiii... dulu aku sek ren tulis surat kat admirer je tau.. i love you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kak hasanah ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana dia belajar ayat 'bersetubuh' tu..dan dia tahu pulak maksud bersetubuh tu apa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana budak ni belajar bersetubuh2 ni?? Adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
selalunye budak perempuan yg kacau budak laki hal2 gini.zaman aku dlu pon gitu, budak perempuan menggoda budak laki, padahal lelaki xtau ape2, baru 12 -13 tahun.bahaya betul.nanti yg kena dakwa budak laki, hadoii
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak sangat lagi dah tau perkataan dan perbuatan tu. Haih
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
darjah 5 ni aku caya je mampu buat surat mcm ni. Tak payah lah nak tertanya2 "macam mana budak tu tau perkataan bersetubuh". Aku pernah kerja sekejap kat sekolah rendah. Ajar darjah 5 buat beberapa bulan. Mereka tau macam2 tau sekarang. Even suka je menyumpah sesama sendiri "anjay! anjirrr!" hanya sebab main pubg So tak hairan pun kalau budak2 masani birah seawal umur 10 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 11:45 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 21-8-2019 11:54 PM

just curious , apa latar belakang this lady student , ye?
penulisan itu siap dengan tujuan yg jelas dan tanpa segan silu mengajak perbuatan zina dan boleh lagi cakap seolah olah nak melempar jauh rasa insecure - takut hamil tu apabila zina dilakukan
dengan diajak tu pun  tak kenal tapi berani.

beza sungguh  avicenna dengan budak budak ini, he became physician when he was 17, semasa kecil , banyak pendidikannya ke arah pembentkan jati diri yg kuat dengan pendidikan yg  berteraskan Al Quran, sunnah, then masa meningkat remaja baru ilmu fardhu kifayah , tapi must know jugak yg he was genius .  Bersekolah pun diuruskan oleh pengajar persendirian .

tapi satu aspek ya kalau kita lihat sirah , Zaid Harithah dan Ali bin Abil Talib ketika remaja, kematang tu mengatasi segala kehendak bobrok bebudak zaman sekarang. I berpendapat semua remaja ni adafokus dan jati diri yg kuat. Persekitaran of course membantu - sebab agen agen dosa dan maksiat tak banyak, so jadilah depa remaja yg matang dan berguna. I think formulanya ialah insan insan ini sedar siapa mereka, peranan mereka.

tapi pun , manusia ni juzuk yg sama juga sejak Adam AS sehingga akhir zaman

so kat mana silap? mana mungkin guru nak mengurus akhlak budak semacam ni?sebab dia tahu, cepat saja bebedna ni masuk kepala, tapi konsep lain hmm...kalau diajar sistem biology yes dia akan belajar tapi itu tak cukup kalau pemahaman makna insan tu tak ada.

begitu mencabar sungguh generasi zaman ini.

mau tak mau lah mak ayah jugak.


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bersetubuh yang kena budak jantan tu la walaupun dua2 bawah umur, yang gatalnya budak perempuan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berlaku hbgn seks.. Naya budak lelaki tu..dia karang kena tuduhan rogol
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow kalau sekali x keluar anak?? Kira dia tau la cara2 bersetubuh tu. I dulu x tau benda2 macam ni, mmg la ada suka2 kat kawan sekelas n surat cinta tp sekadar "sy suka awak" je la kot.
.
I rasa mak budak lelaki ni boleh jumpa mak budak perempuan tu Kot. Tak pun mintak counselor kat sekolah tu. Bahaya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
iols umur baya2 budak ni dulu tak tahu pon mksd bersetubuh tu apa. cuma tahu kalo bersetubuh kena mandi wajib. hebat la budak2 zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 08:24 AM | Show all posts
Alamak aii.. rasa nak bersetubuh baca surat tu... jgn2 budak pempuan ni dah pernah tgk atau terbaca atau mungkin sudah pernah bersetubuh.. aduhai.. cikgu pun tak boleh buat apa.. nak hukum kang sekampung pulak dtg belasah cikgu tu silap2 siap back-up budak tu kata "Ala ni surat jer bukan diorang buat pun"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.087525 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list