Makan buah durian bersama pulut atau cendol, itu perkara lazim yang memang mudah didapati di seluruh negara.
Tapi, makan durian yang diisi dalam lemang sushi mungkin kedengaran agak luar biasa!
Namun seorang usahawan berusia 52 tahun, Zuriati Sulaiman tampil berani dengan idea kreatifnya menghasilkan ‘Lemang Sushi Durian’.
Memetik laporan BERNAMA dan Sinar Harian, wanita yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu memaklumkan penghasilan lemang sushinya masih mengekalkan cara tradisional dengan menggunakan santan, beras pulut dan daun pisang.
Uniknya bagi inti di tengah-tengah, ia dimasukkan menggunakan teknik tertentu tanpa bercampur dengan pulut.
Cuma yang membezakan lemang itu daripada lemang biasa adalah ia dibakar tanpa menggunakan buluh.
Sebaliknya, dimasukkan ke dalam ketuhar khas dan hanya memakan masa 20 minit untuk masak.
Selain durian, lemang sushi keluaran syarikatnya, Awie Enterprise turut menawarkan pilihan inti lain seperti serunding daging, ayam dan ikan bilis. - Rileklah
Lemang sushi itu dijual pada harga RM18 hingga RM20 sebatang.
Sebarang maklumat atau tempahan boleh hubungi talian 019-3386625 / 019-3866705 atau layari Facebook
@serunding Nogori & Popia Simpul Special.
Copy dari artikel Cashzine.