CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 1

[Tempatan] Polis bimbang wanita terlibat jadi penyerang bunuh diri.

[Copy link]
Post time 22-8-2019 02:32 AM | Show all posts |Read mode
Polis bimbang wanita terlibat jadi penyerang bunuh diriBernama -

August 21, 2019 3:44 PM





Seramai 40 individu termasuk 2 wanita ditahan polis setakat ini di negara ini dipercayai terlibat dalam aktiviti militan IS sejak Januari lalu.

PENDANG: Penglibatan golongan wanita di rantau Asia Tenggara dalam kegiatan kumpulan militan IS sebagai penyerang bunuh diri semakin membimbangkan ekoran mereka mempunyai suntikan semangat baru untuk melancarkan serangan berskala besar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay berkata malah, golongan itu juga sudah mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bahan letupan yang berimpak besar.

“Lagi kita bimbang adalah penglibatan wanita sebagai penyerang bunuh diri atau ‘suicide bomber’, wanita yang terlibat dalam serangan di gereja (di Selatan Filipina pada Januari lepas), (serangan) di Surabaya pun wanita juga. Trend ini terbaru di rantau Asia Tenggara yang guna wanita sebagai penyerang bunuh diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan taklimat pada program “Seminar Kesedaran Keselamatan: Menangani Ancaman Daesh, IS dan Ajaran Sesat” di Dewan Serbaguna, hari ini.










Sementara itu, Ayob Khan berkata kerjasama yang melibatkan kumpulan IS di negara ini dengan Indonesia dan Selatan Filipina juga membimbangkan pada masa ini.

Beliau berkata, keadaan itu berdasarkan tangkapan pihaknya pada Mei lepas di Keningau, Sabah yang membabitkan 2 lelaki anggota IS Indonesia yang menjadi fasilitator kepada anggota IS lain yang membuat transit di Keningau sebelum melancarkan serangan gereja di Selatan Filipina, Januari lalu.

“Dua lelaki ini bekerja di Keningau… ini kita bimbang trend kerjasama antara elemen IS Malaysia, Indonesia dan Selatan Filipina ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata seramai 40 individu termasuk 2 wanita ditahan pihaknya setakat ini di negara ini yang dipercayai terlibat dalam aktiviti militan berkenaan sejak Januari lepas.

“Kita fokus kepada pencegahan, ada maklumat awal dan cukup bukti kita akan tangkap kita tidak akan biarkan mereka lancarkan serangan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2019 02:44 AM | Show all posts
dalam engkau bimbang dok sebok nak bawak balik teroris isis dari malaysia.

what.
the.
fuck.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063464 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list