CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5918|Reply: 37

Pelajar Tingkatan 1 Buat Petition Mohon Tun M Benarkan Lelaki Berambut Panjang K

[Copy link]
Post time 23-8-2019 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Bagi pelajar lelaki, mesti ramai yang melalui pengalaman trauma dengan guru disiplin terutamanya membabitkan rambut panjang.


Mereka yang pernah melakukan kesalahan ini pasti terkenangkan denda dirotan ataupun digunting rambutnya di khalayak ramai. Pengalaman yang sangat memalukan dan dikenang sampai bila-bila.





Kredit foto: Carian Google





Mungkin itulah yang menyebabkan seorang pelajar Tingkatan 1, Darrell James, 13, telah memulakan sebuah petition online yang ditujukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta supaya membenarkan pelajar lelaki mempunyai rambut panjang.





Kredit foto: Change.org





Dalam petitionnya, Darrell mengatakan takrifan rambut panjang sekarang tidak munasabah kerana jika melebihi paras telinga, menutupi separuh dahi, rambut pelipis melebihi paras separuh hidung ataupun lebih 15 sentimeter, maka ianya dikira melanggar peraturan sekolah.







Kredit foto: Carian Google





'Peraturan dan takrifan ini sudah tidak releven dalam abad ke-21 kerana alasan yang diberikan ialah jangkitan kutu sedangkan pelajar wanita diberikan kebenaran.


"Lagipun, sudah banyak produk syampu anti-kutu di pasaran,' katanya.

Darrell menggesa pihak sekolah membenarkan keluarga menentukan gaya rambut anak lelaki kerana mungkin ada keluarga miskin yang tidak ada kemampuan menampung kos menggunting rambut setiap bulan.





Kredit foto: Carian Google





'Pihak berkenaan sebaliknya menumpukan perhatian kepada hal yang lebih penting seperti persekitaran pembelajaran yang baik' tulis Darrell dalam petitionnya yang sudah mendapat lebih 400 tandatangan dan boleh dicapai di sini.


Apa kata mereka yang pernah dikenakan tindakan disiplin kerana berambut panjang? Apa pula pendapat anda sebagai ibu bapa? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 10:40 AM | Show all posts
amboiiii dik..
ko nak Kpop style ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
I sokong budak ni..

Merepek betul rambut pendek tak melepasi kolar baju dan tak sampai kening pun tak boleh...

Alasan kutu? Sekolah dalam hutan boleh la bagi alasan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku jenis tak boleh tengok budak2 sekolah tapi rambut kemain karat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 10:54 AM | Show all posts
Asalkan kemas, dahlah . Jangan je style mat rock
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 11:04 AM | Show all posts
Dear Tun,

Sila beri mereka kelonggaran untuk berambut panjang ke sekolah, TAPI mereka kena pakai pinafore ke sekolah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2019 11:11 AM | Show all posts
berserabut aku tengok budak2 rambut tak kemas
kalau jenis pegi potong berfesyen tu memang la silap2 tiap 3 minggu kena pegi potong
cuba ko potong rambut rapat gitu, tak de la ko kerap sgt pegi potong rambut
ko beli topap main ML mampu pulak.

ko pegi barber bangla tu baru rm5 ja pon.

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 11:23 AM | Show all posts
excellent budak ni...masuk U confirm jadi president ...ada ciri2 membela rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 12:15 PM | Show all posts
nak gunting rambut pun tak mampu??

dah tau miskin beli saja gunting simpan kat umah dan gunting sendiri...

ko sebenornya nak bergaya kat skola dan nak jadi pemes dikalangan budak pompuan dgn gaya rambut ko kannn benornya???

nak rambut begaya sangat gi intenesenel skoolll laa dikkk...

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 12:15 PM | Show all posts
Harap jer ler keo dik tunggu jer lah habis sekolah kalau nak berambut panjang sikit dari biasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 12:31 PM | Show all posts
Ko nak bele rambut ker ko nak belajau lahanat.. klu rambut ko tu tpendek kenapa pelajaran ko tak masuk ker.. jibakers...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 12:39 PM | Show all posts
ala kekadang rambut budak bukan la panjang sgt pun cikgu dah kecoh2 kat sekolah..ni pengalaaman iols sendiri ea yg berlaku dalam  tahun ni jugak..cikgu kata anak iols  kat sekolah rendah yg darjah 2 & 3 rambut panjang x menepati undang2 sekolah walhal masa tu baru je lpas gunting rambut kat kedai..dah la anak iols yg darjah 3 tu skema sikit..time kena warning ngan cikgu tu punya la sedih masa balik sekolah sbb cikgu kata nak tulis nama dia dalam buku disiplin

tapi mmg rambut budak2 lelaki mmg cepat panjang..sebulan sekali mesti nak kena trim kalau nak ikut spesifikasi sekolah la..kadang2 rasa nak botakkan je kepala dorang tapi dorang x mo la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya tunM takkan layan punya. Teringat dulu mana tah baca mokhzani ke mukhriz rambut panjang masa time balik dari asrama, tun tak berkenan taknak pandang muka. Pastu mak diorang suruh pegi potong rambut
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula-mula minta rambut panjang... Lepas tu minta pakai baju kurung... Aaah sudah!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni suku sakat sajat ke? Kempunan x dapat melaram rambut panjang mengurai ke dik oi
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 03:01 PM | Show all posts
abiskan sek dl dik..pastu nak rambut panjang mana pun bole..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 05:14 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 23-8-2019 12:58 PM
Mula-mula minta rambut panjang... Lepas tu minta pakai baju kurung... Aaah sudah!

Kat Taiwan budak2 llaki kat skolah dh pkai skirt.

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 05:17 PM | Show all posts
Dlu iols Form 1 thun 2004 pun xpndai brgaya. Brlain dgn dakcik Form 1 skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 05:24 PM | Show all posts
banyak masa lak TM nk layan permitaan budak ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.424470 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list