CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3831|Reply: 5

Ditahan Smoked Brisket GF 3 hari

[Copy link]
Post time 23-8-2019 10:35 AM | Show all posts |Read mode

SINGAPURA: Seorang lelaki di sini, dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dan membakar mayat kekasihnya selama tiga hari hingga polis hanya menemui gumpalan rambut, cebisan pakaian dan tali pakaian dalam mangsa.
Leslie Khoo Kwee Hock, 51, didapati bersalah mencekik Cui Yajie, 31, hingga mati dalam keretanya selepas mangsa meminta lelaki itu membayar hutang berjumlah SG$20,000 (RM60,354).
Leslie yang sudah berkahwin kemudian membakar mayat wanita itu bagi menghapuskan bukti tetapi polis menemui cebisan pakaian dan rambut mangsa.
Menurut dokumen mahkamah, pada 12 Julai 2016, Leslie membawa Cui, seorang jurutera ke satu kawasan sunyi sebelum mencekik wanita itu hingga mati.
Selepas membunuh wanita itu, Leslie menutup mayat mangsa menggunakan beg pakaian dan meninggalkannya di dalam kereta semalaman.
Keesokan harinya Leslie membawa mayat mangsa ke satu kawasan sunyi dan membakarnya selama tiga hari untuk menghapuskan bukti.
Bagaimanapun, polis berjaya menemui gumpalan rambut, tali coli dan cebisan pakaian mangsa untuk mengaitkan Leslie dengan pembunuhan itu.
Perbicaraan itu adalah kes kedua dalam sejarah Singapura membabitkan pembunuhan tanpa mayat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 04:40 PM | Show all posts
aiyo kejamnya..nape la amoi yg lawa nak laki kepam mcm tu

sia2 je ko mati amoi
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat kerja tak clean
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2020 11:23 AM | Show all posts

dia rasa dah cukup clean, tapi dia tak tahu unit forensik ni lebih lagi teliti.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 01:35 PM | Show all posts
mati dalam keadaan yg tragis. dah laa kena cekik, kena bakar lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis yg jumpa ke, pembunuh tu yg bagitau?

Kalau polis yg jumpa, boleh tahan gak polis singa ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.865398 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list