CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1665|Reply: 21

[Tempatan] Kenapa masih tiada tindakan ke atas Zakir Naik, Ramasamy persoal Dr M.

  [Copy link]
Post time 23-8-2019 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa masih tiada tindakan ke atas Zakir Naik, Ramasamy persoal Dr MFMT Reporters -

August 23, 2019 10:37 AM





Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy.

PETALING JAYA: Pemimpin DAP P Ramasamy mempersoal perdana menteri kerana tidak mengambil tindakan ke atas Dr Zakir Naik, sehari selepas penceramah kontroversi itu membuat laporan polis ke-2 terhadap beliau kerana memfitnah.

Ramasamy, yang merupakan timbalan ketua menteri II Pulau Pinang berkata, ketiadaan tindakan segera terhadap Naik di pihak perdana menteri memberi gambaran penceramah warga India tu menikmati kekebalan di negara ini.

Baru-baru ini Naik diselubungi kontroversi berhubung kenyataan beliau mengenai masyarakat Cina dan India Malaysia.

“Dengan pendekatan dakwahnya yang kombatif, Naik telah menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam, terutamanya orag Cina dan penganut agama Hindu,” katanya.










“Malaysia mempunyai pelbagai perbezaan yang kadang kala kelihatan saling bercanggah antara satu sama lain, tetapi dalam tempoh selepas kemerdekaan, golongan ekstremis sekali pun tidak mempersoalkan kesetiaan orang India apatah lagi menuduh mereka bersikap pro India.

“Begitu juga, golongan ekstremis tidak pernah mempersoalkan kesetiaan orang Cina, atau bertindak menggesa mereka meninggalkan negara ini kerana dianggap sebagai ‘tetamu’.”

Ramasamy merujuk kepada kenyataan Naik dalam satu siri ceramah di Kelantan baru-baru ini.

Naik dilaporkan berkata, dalam isu ekstradisinya ke India, masyarakat Hindu di Malaysia menikmati “100 kali lebih banyak hak” berbanding orang Islam di India, tetapi lebih menyokong perdana menteri negara itu berbanding perdana menteri Malaysia.

Beliau juga dilaporkan berkata, sekiranya kedudukannya sebagai “tetamu” di negara ini kerana tidak dilahirkan di sini dijadikan sebab beliau perlu dihantar pulang ke India, maka orang Cina sebelum ini yang tidak dilahirkan di sini juga adalah “tetamu lama” yang perlu dihantar pulang sebelum beliau.

Kenyataan tersebut mencetuskan kritikan keras daripada sesetengah pihak, termasuk Ramasamy, ahli Parlimen Klang Charles Santiago; ahli Dewan Undangan Negeri DAP Satees Muniandy; Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dan bekas duta, Dennis Ignatius.

Naik kemudiannya membuat laporan polis terhadap 5 individu tersebut, yang mempertahankan kritikan mereka terhadap beliau.

Semalam Naik membuat laporan polis ke-2 terhadap Ramasamy, dengan menuduhnya membuat kenyataan mengapi-apikan dalam temu bual dengan agensi berita India, India Today.

Putrajaya sehingga kini menolak pemohonan India untuk mengekstradisi Naik yang berdepan pertuduhan pengubahan wang di negara tersebut.

Dalam kenyataannya, Ramasamy berkata, keputusan Mahathir tidak mengambil langkah segera ke atas Naik adalah mengecewakan, selain menambah bahawa perdana menteri itu menjanjikan sebuah Malaysia baru untuk semua tanpa mengira kaum dan agama.

Bagaimanapun katanya, kenyataan bahawa Putrajaya tidak akan menghantar pulang Naik pada masa ini bermakna perdana menteri tidak mengetepikan terus tindakan ke atas penceramah itu.


“Mahathir mungkin fikir tindakan menahan dan menghantar pulang Naik tidak akan disenangi oleh kumpulan tertentu orang Islam, terutamanya penyokong Umno dan PAS.

“Tetapi Mahathir harus ingat bahawa beliau adalah perdana menteri semua rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Melayu atau bukan-Melayu.

“Saya bersetuju dengan beliau bahawa siasatan polis perlu dijalankan sebelum tindakan diambil ke atas naik. Akan tetapi berapa lama kita perlu tunggu?”



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Waythamoorty pon lom diambil tindakan walau dah bertahun2.....mengutuk malaysia di luar negara lagi tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 06:35 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-8-2019 02:36 AM

Baru tiga bangsa di Malaya dah kecoh kerana politik, bangsa dan agama, kalau seperti di UK sebagai contoh ada beratus bangsa,agama pun masih ok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-8-2019 06:35 PM
Baru tiga bangsa di Malaya dah kecoh kerana politik, bangsa dan agama, kalau seperti di UK sebagai c ...

yela sana takde dap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2019 06:42 PM | Show all posts

Kerana itulah hamno/BN kena belajar lagi dari whitesbritish macamana cara cara untuk menjinakkan semua kaum!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:06 PM | Show all posts
yennadey

poorahhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 23-8-2019 06:33 PM
Waythamoorty pon lom diambil tindakan walau dah bertahun2.....mengutuk malaysia di luar negara lagi  ...

Mengong punye kelindan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-8-2019 06:35 PM
Baru tiga bangsa di Malaya dah kecoh kerana politik, bangsa dan agama, kalau seperti di UK sebagai c ...

Pi duk sana.. jgn balik balik.. mampus pun kek sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-8-2019 06:42 PM
Kerana itulah hamno/BN kena belajar lagi dari whitesbritish macamana cara cara untuk menjinakkan s ...

Dah hampa mmg batak whitebritish.. nak jd omputih.. sembah ajelaa omputih tuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dey cha..go back yindia la..byk bsing
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 11:07 PM | Show all posts
Adakah lobai warga India itu mempunyai kekebalan dari tindakan undang undang di Malaya?

Sama sama kita renungkan.....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 11:57 PM | Show all posts
PM tak tunduk sentimen hantar Zakir Naik pulang
23 Ogos 2019


SHAH ALAM - Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghantar pulang penceramah bebas, Dr Zakir Naik ke India bukti kerajaan tidak tunduk kepada desakan yang berasaskan sentimen yang tidak berasas pihak tertentu.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu, Abu Bakar Yahya berkata, pendirian terbaharu Perdana Menteri itu jelas memperlihatkan isu Zakir adalah berkaitan soal ilmiah dan akademik, bukannya soal ketegangan kaum sebagaimana yang didakwa.

"Tidak ada seorang pun boleh meletakkan hukum atau tindakan terhadap Zakir melainkan ianya dibuktikan melalui undang-undang.



"Maka, keputusan Perdana Menteri itu adalah tepat sama sekali memandangkan Zakir tidak membuat sebarang masalah," katanya di sini hari ini.

Abu Bakar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menegaskan bahawa beliau tetap dengan pendiriannya bahawa Zakir tidak akan dihantar pulang ke India.

Awal bulan lalu, Dr Mahathir memutuskan kerajaan tidak akan menghantar pulang penceramah bebas itu ke India sekiranya beliau tidak membuat sebarang masalah.

Malah, Zakir menurut Perdana Menteri sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2019 12:49 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-8-2019 11:48 AM

Alamak ada batak dari kampung batak rabit pencacai dap sentap dalam ni! Kerana itulah saya kata kena belajar dari pada white British macama nak jinakan semua bangsa. Tengok Britain ada ratus ratus bangsa dan agama negara aman damai, ini baru 3 bangsa 3 agama pun dah tak boleh nak jinakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 02:18 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-8-2019 02:35 AM
Baru tiga bangsa di Malaya dah kecoh kerana politik, bangsa dan agama, kalau seperti di UK sebagai c ...



eh ye keee? bukan puak paki dng white people tak sefahaman?


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 02:19 AM | Show all posts


Syabas Tun M!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 02:31 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-8-2019 06:42 PM
Kerana itulah hamno/BN kena belajar lagi dari whitesbritish macamana cara cara untuk menjinakkan s ...

sekarang dah cuak sbb paki dan immig banyak bisnes dan berketurunan di sana.

rakyat sendiri pemalas, mabuk dan berparti.

nak belajar part mana ntah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 02:39 PM | Show all posts
underground replied at 24-8-2019 02:31 PM
sekarang dah cuak sbb paki dan immig banyak bisnes dan berketurunan di sana.

rakyat sendiri pem ...

Rakyat dia dok sebuk pasal Harry dgn bini bimbo dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 02:58 PM | Show all posts
uk tu dekat 90% adalah keturunan White

memang la boleh tunjuk ketuanan...

cuba tengok kelantan terengganu. 90% sana ada ke cina naik kepala . siap assimilate jadi macam melayu lagi

brunei pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 23-8-2019 06:42 PM
Kerana itulah hamno/BN kena belajar lagi dari whitesbritish macamana cara cara untuk menjinakkan s ...

Sebab sana takde sekolah byk aliran.Sana satu aliran aje
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sengaja je nk besar-besarkan lagi isu... Oiii tolong naikkan ekonomi negara la.... Menteri2 pilihan rakyat... Kasi rakyat stress pasal isu2 warganegara tak habis2...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.265719 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list