CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10074|Reply: 71

[Tempatan] Pos Malaysia diberi amaran oleh Krjn PH supaya tarik balik kenyataan keris tak b

  [Copy link]
Post time 23-8-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aik. Pos Msia jwb soalan netizen pun tak boleh?

Pos Malaysia cuma bagitai keris adalah barang larangan.

Tak boleh pos.

Sampul atau bungkusan akan dirampas.

Cakap macam itu pun jadi salah ke?

Takkan nak Pos Malaysia jawab  "ya boleh boleh, nak pos keris ke pos meriam ke semua boleh".
Single Polls, Total 85 Users voted
98.82% (84)
1.18% (1)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kerajaan skrg ni,benda2 remeh sibuk nak bg amaran
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tt taknak paste full news article by malaysia gazette tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 11:44 PM | Show all posts
FB Pos Malaysia dihujani pertanyaan berkaitan pos senjata
22 Ogos 2019 11:38 AM


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Facebook rasmi Pos Malaysia Berhad dihujani pertanyaan sama ada pengguna boleh menggunakan perkhidmatan pos biasa untuk menghantar barangan berbentuk senjata seperti parang.

Ini berikutan seorang pembantu politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menerima ugutan melalui sampul surat mempunyai setem yang telah dicop dan di dalamnya mengandungi sebilah keris kecil daripada individu yang tidak dikenali.

Antara pertanyaan dikemukakan adalah daripada seorang pengguna Facebook bernama Adie Dassler.

"Hi Pos Malaysia. Ini pertama kali saya membuat pertanyaan. Nak tanya boleh tak saya pos parang ke kampung menggunakan pos biasa? Letak setem?

"Sebab hari itu dalam media ada nampak seseorang menerima kiriman keris guna pos biasa. Sekurang-kurangnya boleh menjimatkan kos," tanya beliau.

Soalan tersebut dijawab oleh pentadbir Facebook Pos Malaysia Berhad yang menegaskan senjata dan barangan berbahaya dilarang sama sekali untuk dihantar menggunakan perkhidmatan pos.

"Hi Adie Dassler terima kasih di atas pertanyaan anda. Tidak. Untuk makluman parang dan senjata berbahaya adalah barangan larangan untuk pengeposan.

"Pengeposan item seperti berikut akan ditahan dan dirampas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk  pautan berikut," jawap Pos Malaysia Berhad.

"Terima kasih banyak Pos Malaysia Berhad untuk info yang diberikan. Saya tak jadi kirim parang ke kampung untuk kerja-kerja pembersihan kebun durian," tulis Adie Dassler.


Selain Adie Dassler beberapa pengguna Facebook turut melontarkan soalan yang hampir sama ialtu bolehkan senjata dikirim melalui perkhidmatan pos.

Pada 20 Ogos lalu pembantu politik ADUN Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah senjata tajam daripada individu tidak dikenali, disyaki ada kaitan dengan kempen membantah tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 42 tahun itu pada 5.15 petang yang menerima sampul surat dialamatkan ke rumahnya di Kajang.

Beliau berkata, pembantu ADUN itu tidak pasti atau mengenali individu yang menghantar sampul surat itu kerana tidak pernah menerima sebarang ugutan.-UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pos Malaysia diberi tempoh 3 hari tarik balik kenyataan balas netizen di Facebook
By Mohd Zaini Samsu Hadi -  23 Ogos 2019

BALAKONG – Pos Malaysia Berhad diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik kenyataannya di Facebook berhubung kiriman ugutan terhadap pembantu khas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki.

Malah, penyedia perkhidmatan mel itu juga perlu memohon maaf secara terbuka terhadap mangsa dan ahli keluarganya kerana perkara yang dikaitkan dalam kenyataan Pos Malaysia itu kini sudah dimanipulasi oleh warganet hingga mengeruhkan keadaan.

Dalam satu sidang media hari ini, Siew Ki melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Pos Malaysia yang telah membuat kenyataan secara melulu apabila menafikan ugutan jenayah diterima pembantunya itu sedangkan polis masih lagi menyiasat perkara tersebut.

Katanya, Pos Malaysia sepatutnya membuat siasatan dalaman berkenaan perkara itu memandangkan ia merupakan satu ugutan melibatkan senjata berbahaya yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pihak kami menghormati bahawa kes ini dalam siasatan polis dan kami berasa pihak Pos Malaysia juga perlu peka dengan situasi semasa sebelum mengeluarkan kenyataan yang akhirnya telah dimanipulasi oleh banyak pihak, seakan-akan pihak kami telah membuat laporan palsu.

"Pihak Pos Malaysia sepatutnya meneliti dahulu isu dan keadaan semasa sebelum mengeluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi apabila siasatan polis sedang dijalankan,” katanya pada sidang media itu.

Menurut Siew Ki lagi, Pos Malaysia tidak sepatutnya mengeluarkan apa-apa jua kenyataan atau cuba menolak tanggungjawab sebelum mereka sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan siasatan secara dalaman.

Meskipun memberi kenyataan balas daripada komen yang diutarakan oleh netizen namun, ia merupakan satu tindakan tidak adil kepada mangsa.

Siew Ki menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pos Malaysia sekiranya pihak terbabit mengabaikan permintaan mereka sehingga tempoh yang diberi Isnin ini.

Sementara itu mangsa Lee Khai Ming pada sidang media sama berkata, beliau turut berasa kesal dengan sikap Pos Malaysia yang telah menjawab pertanyaan netizen di laman sosial itu seolah-olah memberi gambaran bahawa laporan polis yang dibuat olehnya adalah rekaan semata-mata.

Katanya, beliau bimbang jawapan yang diberikan oleh Pos Malaysia itu akan mengundang pula tanggapan pihak lain hingga boleh menimbulkan isu perkauman.

“Saya ada bukti terhadap kiriman yang diterima oleh isteri saya berdasarkan rakaman CCTV di rumah menunjukkan sampul surat berisi keris diterima daripada posmen yang menghantarnya pada hari kejadian.

“Saya sudah serahkan segalanya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan tetapi apa yang dilakukan oleh Pos Malaysia dengan membuat kenyataan balas terhadap komen di Facebook, ia sesuatu yang tidak boleh diterima,” ujarnya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili mangsa Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar menegaskan: “Sepatutnya Pos Malaysia yang memberikan perkhidmatan berhati-hati ketika memberikan kenyataan kepada orang awam. Sebab maklum balas yang diberikan adalah respon daripada pertanyaan orang awam disatu link berita.

“Pos Malaysia ataupun admin group itu perlu menilai keadaan semasa sebelum meberi apa-apa jawapan.

Kita faham ini satu standard jawapan, tapi dalam masa sama sebelum beri apa-apa jawapan lebih-lebih lagi kes ini dalam siasatan polis mereka perlu berhati-hati dan tidak boleh beri kenyataan mudah sebegitu sebab mereka perlu peka dan boleh baca keadaan semasa,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Pembantu Politik ADUN Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah senjata tajam daripada individu tidak dikenali, disyaki ada kaitan dengan kempen membantah tulisan jawi.

Lelaki berusia 42 tahun itu dilapor menerima sampul berkenaan pada pukul 5.15 petang pada Selasa yang dialamatkan ke rumahnya di Kajang.

Pembantu ADUN itu tidak pasti atau mengenali individu yang menghantar sampul surat itu kerana tidak pernah menerima sebarang ugutan. – Malaysiagazette

- Berita penuh from Malaysia Gazette

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 12:37 AM | Show all posts
kalau keris boleh pos
mesti dadah pun boleh pos
pos malaysia xcheck
xscan kan?

bodo punya alasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2019 01:07 AM | Show all posts
jesus. farking. christ.


admin fesbuk pos malaysia melaksanakan tugas dia sahaja.


ini pun nak buat isu?

the fuck?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2019 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 24-8-2019 01:07 AM
jesus. farking. christ.



Semua kena ikut telunjuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa sentap dgn pos pulak?? Elok je aku baca jawapan admin tu... ni mesti spesis yg suka kejar org kat hiway ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nak tau org yg tanya refer to case keris Baru2 ni? Aku baca straight forward je soalan dia. Harusla pos Malaysia pun jwb gtu. Kang kalau tk jwb org ckp pos Malaysia ni tk efficient plak
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
bodo...
klau org tu pos keris utk ugutan pun xkn dia nk declare bnda tu keris..
klau dia tulis keris kat borang tu konpem awal2 kena cantas ngan pos da..
brg berharga, emas/duit/senjata kan mmg xleh pos..
pada aku pos malaysia just mnjawab soalan netizen
yg dia tu nk sentap knp..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 03:03 AM | Show all posts
yg si apek ni nk mengelabah pehal
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bengap nye dia ni.. dia ingat admin pos tu tahu ke kes dia. Bukan ke admin tu jawab soalan org tanya je.. alahai geli plak rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam bahasa pasarnya adalah aku nak menipu pengikut aku.. Yg ang sibuk pi bgtau perkara betul kenapa Pos? SILA TUKAR KENYATAAN. kalau tak macam mana penjilat2 aku nak percaya kata2 aku.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 08:41 AM | Show all posts
jilake punye ahso... start dah nak "play-victim"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 09:19 AM | Show all posts
bengong. kau nak sentap sampai suruh diorang tarik balik statement tu kenapa? pos malaysia jawab soalan pasal delivery senjata kan? bila masa diorang bagi statement pasal ugutan sendu kau tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bukan dia kirim keris tu pada diri sendiri lah? Akhir zaman ni macam2 benda boleh berlaku dik non.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Org buat salah je kuat sentap..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak sungguh.
Ramai-ramai pos najis ke pejabat DAP baru padan muka.
Vacuum sealed lagi. Biar waktu buka tu....bau kekal.

AHAHA.
jangan tak tahu, kt UK/EU dah lama boleh pos najis, tp sebagai sampel utk colon cancer kit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.066361 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list