CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1150|Reply: 13

[Tempatan] Staff gomen kelayakan tinggi tapi jawatan dipegang rendah 'akan' ada kenaikan ga

   Close [Copy link]
Post time 23-8-2019 11:29 PM | Show all posts |Read mode
Miliki kelayakan tinggi tetapi pegang jawatan rendah, CUEPACS mohon kenaikan gaji
Bernama | Diterbitkan pada Ogos 23, 2019 15:16 MYT

LANGKAWI: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mencadangkan supaya kerajaan menimbangkan pemberian satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam yang memiliki kelayakan tinggi namun menyandang jawatan dengan syarat pengambilan lebih rendah.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata saranan itu dilihat bersesuaian kerana ada penjawat awam sekarang memiliki kelayakan seperti diploma dan ijazah namun memegang jawatan dengan menggunakan kelayakan lebih rendah seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"CUEPACS tidak ada statistik jelas, cuma sebahagian besar pengambilan baharu sekarang memiliki kelayakan tinggi daripada kelayakan asas, kalau syarat jawatan tersebut hanya SPM tetapi penyandang sebenarnya ada diploma dan ijazah.
"Sepatutnya kerajaan menimbangkan kadar upah yang lebih baik kepada penjawat awam ini untuk menyaingi kos sara hidup pada masa sekarang. Jadi kita tuntut supaya kerajaan menimbang insentif satu kenaikan gaji sebagai tambahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Santai Bersama Presiden CUEPACS sempena Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia kali ke-14, di sini hari ini.

Sementara itu, Azih berkata CUEPACS juga melihat keperluan agar kerajaan mewujudkan sekolah pengurusan stres di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) supaya dapat menangani masalah penjawat awam tertekan semasa dalam perkhidmatan mereka.

Beliau berkata pihaknya amat terkesan dengan keadaan penjawat awam dalam beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang kadangkala terpaksa bekerja dalam keadaan tekanan.

"Situasi stres ini berlaku kerana mereka terpaksa bekerja dalam keadaan kakitangan tidak cukup, saya beri contoh di sebuah klinik di Wilayah Persekutuan hanya ada tujuh pekerja tetapi pesakit ramai setiap hari. Keadaan ini seterusnya menyebabkan kakitangan tertekan dan akhirnya mereka mempunyai kad rawatan psikiatri.

"Solusi pertama yang kita minta ialah supaya kerajaan menimbang mewujudkan sekolah pengurusan stres di INTAN. Kedua kerajaan perlu lihat struktur dan perkhidmatan agensi yang berhadapan dengan stres seperti KKM dan KPM, kakitangan tak cukup sedangkan perkhidmatan perlu diberikan," katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ada 2 scenario.

1 yg mmg da ada kelulusan tinggi tp apply post rendah.

2 yg smbg bljr ms dlm perkhidmatan. Lps ada degree, tp gred masih sama.

tp mana2 tmpt pun gaji dibyr ikut skills yg diperlukan dlm pekerjaan tu, bkn ikut kelulusan.


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal Ceupacs = naik gaji
asal naik gaji = ceupacs

xde idea lain la puak ni... pffftttr
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada kerja lain laa cuepecs ni... Itu aja yg dia nmpk...naik gaji...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimana pulak dengan yg mempunyai gred tinggi tapi jawatan adalah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tipu kelulusan amik jawatan rendah tu pun dah tutup peluang bagi org kelulusan rendah nak dpt keje
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-8-2019 09:18 AM | Show all posts
mcm mana pulak dgn menipu kelayakan tetiba jadi menteri penuh
yg kes lain pulak, lantikan politik gaji lagi tinggi walhal experience ZERO
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Beban kerja masih tak seperti yang jawatan tinggi walaupu ada kelulisan yg tinggi. Tak adil la mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Beban kerja masih tak seperti yang jawatan tinggi walaupun ada kelulusan yg tinggi. Tak adil la mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:33 AM | Show all posts
fatinz replied at 24-8-2019 09:19 AM
Beban kerja masih tak seperti yang jawatan tinggi walaupun ada kelulusan yg tinggi. Tak adil la mcm  ...

haah pernah dgr wpon ad degree tp ambil jawatan kerani....dpt jawatan pon sb ad cable katanya....bukan ak ckp org ckp....lps tuh nak naik gaji haktuih (ni aku yg ckp...wkakakka)
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 24-8-2019 09:07 AM
Bagaimana pulak dengan yg mempunyai gred tinggi tapi jawatan adalah rendah

IQ rendah maksud kau?.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 12:50 PM | Show all posts
cadangan ini akan melibatkan pertambahan kos kerajaan sebanyak RM36 billion setahun. Kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk membayar. Sehubungan itu cadangan kupeks ini ditolak

sekian

macai alkasihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 24-8-2019 11:07 AM
IQ rendah maksud kau?.....

Kau betul2 tak fhm atau buat2 tak fhm?contohnya grade 44 tapi scope kja grade mcm 32
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 08:20 PM | Show all posts
Closed...thread 2019....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.092040 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list