Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
5258
View
137
Reply

[Tempatan] Tetamu tak puashati. Update Twitter. Budak2 buat bising, lari sana lari sini di majlis akad nikah

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-8-2019 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Anak bising mak ayah tak guna akal, gadis nak larang kanak-kanak ke majlis nikah... Apa yang pengantin lelaki lafaz semua tenggelam - Viral | mStar


MENGHADAP tok kadi masa majlis akad nikah memang boleh membuatkan perasaan gemuruh pengantin lelaki bagai sukar digambarkan, di samping penantian penuh debaran pengantin perempuan.

Majlis yang sepatutnya dilangsungkan dalam suasana tenang bagi memberi tumpuan kepada pengantin untuk melafazkan nikah, ada kalanya terganggu dek bunyi bingit jeritan dan tangisan kanak-kanak yang hadir.

Susulan pengalaman sebagai tetamu melihat dan mendengar kanak-kanak membuat bising pada majlis itu, seorang gadis yang bakal berkahwin berhasrat untuk menetapkan larangan untuk kanak-kanak hadir pada majlis akad nikahnya.

Jangan bash (kecam) I tapi I nak tanya, ada tak majlis nikah yang tak benarkan budak kecik (1-7 tahun) masuk ke dewan nikah? Sebab I rasa macam I nak buat, soalnya menerusi perkongsian di laman sosial Twitter.


Menurut gadis itu, dia pernah menghadiri majlis nikah yang bising dengan keriuhan kanak-kanak, ditambah pula suara orang dewasa bercakap ketika majlis berlangsung.

Memang bising bukan setakat budak, orang dewasa pun duk bercakap. Sampailah tok kadi cakap kuat-kuat dekat mikrofon suruh semua senyap. Semua terkejut tapi alhamudulillah semua behave lepas tu, katanya.

Pertanyaan seorang gadis di laman sosial meraih perhatian netizen.

Dia kemudian memberitahu hasratnya itu merujuk kepada majlis pernikahan yang berlangsung kurang dari dua jam, dengan sesi akad dijalankan selama beberapa minit.

Namun katanya, ia tidak bermakna kanak-kanak langsung tidak dibenarkan berada di majlis nikah, tetapi mereka disarankan berada di luar kawasan sesi akad nikah bagi kelancaran majlis.

Waktu majlis nikah kebiasaannya orang nak fokus pada majlis. Isi kandungan dari khutbah tok kadi pun penting untuk semua orang dengar terutama pengantin sendiri.

Memang akan ada masalah bising bila ada budak, tambahan pula ibu bapa yang tak ada common sense bila anak bising, komen seorang jurugambar perkahwinan.

Komen netizen membincangkan pandangan masing-masing.

Beberapa netizen turut bersetuju dengan cadangan tersebut kerana segelintir ibu bapa mengambil sikap sambil lewa terhadap anak-anak mereka semasa majlis berlangsung.

Buat please sebab ada ibu bapa tak reti jaga anak, sibuk selfie chit chat. Biar je anak-anak main sana sini sampai kacau kek pengantin, ujar ibu tiga anak itu.

Anda patut (lakukan). Kerana budak-budak sentiasa akan merosakkan majlis hahaha, ujar netizen secara berseloroh.

    Bising bukan setakat budak, orang dewasa pun duk bercakap. Sampailah tok kadi cakap kuat-kuat dekat mikrofon suruh semua senyap.
  
Seorang wanita turut berkongsi mengenai gangguan yang berlaku pada majlis akad nikah sepupu yang dihadirinya.

Waktu pengantin lelaki tengah akad nikah, hampir kebanyakan kenalan nak ambil video kan? Tapi yang dengar suara kanak-kanak je.

Apa yang pengantin lelaki lafaz semua tenggelam. Ibu bapa semua macam no komen. Anak buat bising tapi buat tak tahu je. Hormat sikit momen bahagia orang, katanya dengan nada kesal.

Maklum balas netizen mengenai hadirin tertentu ke majlis akad nikah.

Seorang netizen bersetuju dengan pendekatan RSVP atau maklum balas untuk kehadiran sesuatu majlis tetapi katanya, ia berisiko kerana dikhuatiri ada ahli keluarga yang tersinggung kerana tidak membenarkan kanak-kanak hadir sama.

Dalam pada itu, ada netizen yang memberitahu bahawa terdapat majlis akad nikah yang mensyaratkan tiada hadirin kanak-kanak.

Ada, jiran saya dia orang kaya. Cuma yang dapat kad jemputan je boleh masuk. Kerusi ada nombor, katanya.

Ada, kena RSVP. Memang sebut macam boleh pergi berdua, dengan pasangan sahaja, ujar yang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:07 AM | Show all posts
masa nikah jangan kasi orang lain masuk, hanya pengantin, wali, saksi & kadi.. cameraman & videoman..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy ada reveived jemputan yg membenarkan only org dewasa dan sy reply, "maaf sy tak blh dtg kerana ada anak yang mahu di isi oerut.. Dan perut dia lebih penting dari majlis kamu."

Pengantin siap dtg dan minta maaf sbb rasa sy offended tapi sy hanya berkata yg benar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai, buat je la majlis nikah jemput family terdekat je. Tak payah la kau nak acah acah nikah grand n nak jemput semua orang, end up berbunyi kata bising la dengan budak budak etc. If family terdekat kau tu pun bawak budak n budak tu buat bising, means didikan family kau la salah. Aku nikah just close family members je n anak buah kecik-kecik more than 10. Siap ada yang autisme lagi. Okay je takde bising majlis tu since parents masing-masing dah ajar anak pasal adab n ethics. Kosser la dik Twitter oi!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 24-8-2019 09:49 AM
Alahai, buat je la majlis nikah jemput family terdekat je. Tak payah la kau nak acah acah nikah gran ...

Kannn.. nak acah grand pdhl sendu.. majlis mmg tak lari budak.. kalo jemput org tua jahh.. majlis kat pajabat ajelaa.. nak nikah aman damai.. jemput org tertentu jah.. org dtg majlis kawin nak mkn bukan nak tengok hang nikah.. tak kosr aku.. kecuali kalo kawan sgt rpt baru aku mai masa nikah.. satu lg yg dtg masa nikah tuu kaim kerabat hang jugak.. nanti hang dah beranak.. anak hang pun serupe gitu jugaklaa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah. Aku nikah dalam masjid lepas asar. Hanya keluarga terdekat. Tak sampai 50 org. Senyap sunyi. Aman damai wpun ada je budak2. Nikah patut dibuat paling simple. Aku takde bridesmaids bagai.

Tak baik kau nk halang anak2 kecil semata sebab diorg bising. Kalau itu anak2 buah sendiri, takkan nak halau? Tunggulah time kau ada anak kecil nanti, semua orang boikot tanak jemput.. apa rasa?

Maybe kene lihat semula:
1. Timing
2. Tempat, kalau masjid pasti tak bising.
3. Jumlah jemputan

Esoknya resepsi baru ramai. Jemput berapa ribu nak pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lupe satu lg kalo nak aman sgt.. nikah tgkp khalwat.. mmg aman.. ade tok kadi engko laki ade saksi .. baju pun pakai baju raye tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:05 AM | Show all posts
perkara ini memang sensitif

kat Masjid pun mcm itu

makpa baut dek je

dah menteliti orang melayu low

jemput je yg merajuk tak mau bawa anak lantaklah
tapi kebanyakan orang kaya dan bepelajaran tinggi senang je nak handle

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:13 AM | Show all posts
prizadane replied at 24-8-2019 09:49 AM
Alahai, buat je la majlis nikah jemput family terdekat je. Tak payah la kau nak acah acah nikah gran ...

setuju sangat..majlis akad keluarga terdekat..
majlis kawin baru panggil ramai..
,,dalam kad jemputan ditulis 'dijemput untuk memeriahkan'..jadi bising kanak2 bagai tu meriah la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:15 AM | Show all posts
Buritan replied at 24-8-2019 09:58 AM
Lupe satu lg kalo nak aman sgt.. nikah tgkp khalwat.. mmg aman.. ade tok kadi engko laki ade saksi . ...

cadangan yang terbaik..jimat kos..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:31 AM | Show all posts
prizadane replied at 24-8-2019 09:49 AM
Alahai, buat je la majlis nikah jemput family terdekat je. Tak payah la kau nak acah acah nikah gran ...

Betul.akad nikah selalunya family terdekat saje yg hadir.bkn satu kampung. Bdk ni plan nk jemput satu kg ke? Siap masuk twitter bagai.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-8-2019 10:34 AM | Show all posts
tuan rumah gak yg salah
walhal parents patutnya ajar la anak2 basic adab di tempat orang
mungkin mula2 dia tak endah
lama2 dibiasakan dgn guide mcm tu
anak akan patuh
simple
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 24-8-2019 10:13 AM
setuju sangat..majlis akad keluarga terdekat..
majlis kawin baru panggil ramai..
,,dalam kad jem ...

Kannn.. yg ko jemput srmua pi tengok hang nikah buek apo.. pggil je mak tua pak tua bpk mak hang.. adik beradik cukup.. ini tak.. semua nak tayang.. kek nak tayang baju nak tayang.. budak dtg kaco meroyan.. pdhl anak buah dia jugak yg perangai cam jemuan tuu..nak nikah pun ade bridemaid la.. pas tuu bwk segala hantaran mengong tuu.. ade satu nikah lg aku nak gelak.. ade juruacara pas tuu ade plak mak pengantin mencapub berckp nak serah anak dia pd jantan tu.. pas tu bagi kertas mcm sijil keizinan... ujung ujung tak jadi sbb pgntin lmbt sampai.. nasi dah letak atas meja tetamu pulak lapo.. gasak hang la nak nikah ka nak beromen kaa yg aku tau aku lapoo
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
scarflicious replied at 24-8-2019 09:41 AM
Sy ada reveived jemputan yg membenarkan only org dewasa dan sy reply, "maaf sy tak blh dtg kerana ad ...

Ko rasa diri ko hebat la bila org tu dtg mintak maaf...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
nikah buat la kecik shj..jemputan keluarge terdekat..sanding lain chite..memane majlis mmg akan ade bdk kcik..

takkan sume pn nk bersyarat..kesian parents yg ade anak kcik yg takde sape bole tlg jg kan..kalau majlis sanding pn nk senyap, iols no komen la
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
anyway kalau nk ikotkan bising, kdg org tua pn dok borak mcm nk sume org dgr

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak boleh control anak dan malas ajar anak adab, mak bapak please jangan attend majils kahwin orang.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:47 AM | Show all posts
Buritan replied at 24-8-2019 10:36 AM
Kannn.. yg ko jemput srmua pi tengok hang nikah buek apo.. pggil je mak tua pak tua bpk mak hang.. ...

tu dia ..buat majlis serah menyerah pulak...merapu sungguh..pas2 kos majlis memang meningkat la..kos juru acara pulak..macam mjlis hari anugerah kat sekolah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 24-8-2019 10:37 AM
nikah buat la kecik shj..jemputan keluarge terdekat..sanding lain chite..memane majlis mmg akan ade  ...

Elok nikah dan sanding kt tanah perkuburan kalau nak betul2 sunyi.

Kanak2 pun memang takkan datang ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bezita60 replied at 24-8-2019 10:49 AM
Elok nikah dan sanding kt tanah perkuburan kalau nak betul2 sunyi.

Kanak2 pun memang takkan dat ...


eh uols jgn tatau..ade tau org kampung iols dok area tanah kubor sane..ape majlis buat meriah je uols..bising jua..ade jugak psg lagu..bdk2 berlari riang ria

kcuali majlis tahlil la..takde la meriah2 gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090248s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list