CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Gantung diri tekanan home work banyak

  [Copy link]
Post time 27-8-2019 10:16 AM | Show all posts
kesian adik ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2019 11:06 AM | Show all posts
sampaikan kes budak SJKC meninggal dunia pasal beban h/work pun Dong Zong tak bersuara
nmpk tak perjuangan dia utk apa?

at least Dong Zong atau PIBG boleh bagi guideline
ni habuk pun tarak...!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-8-2019 09:50 PM
ko tak faham. Sekolah cina ni, klu cikgu tak bg homework sebanyak smp nak muntah budak budak tu, m ...

Paham. Sbb mcm i ckp, excessive homework ni dah jadi satu culture embedded dlm society dr guru sampai la kat mak ayah n students tu sendiri. Sbb tu tugas pendidik la kene start educate student n ibu bapa the real function of a homework.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 26-8-2019 11:34 PM
Masa aku sekolah dulu takde pulak cikgu bagi homework yg susah sampai tak reti buat. Mengarut apa  ...

Ade mcm2 skrg ni yg pelik2. My nephew masih primary school, cikgu suh setup an instagram account kat rumah. I mean mane la budak kecik tu tau nk setup instagram account on his own??? Pastu suh menjual online melalui instagram tu without proper guidelines n serah bulat2 kat parents. Satu lg, you know tht ig ni mcm2 content dlm tu?? So dah ade ke proper penerangan about using internet, social media responsibly to underage students ni?? Sedangkan mak pak budak tu not even allowed the child to hv a handphone yet. Entahlah caca marba betul. I was so furious when my nephew mentioned this. U x ajar pun cara2 nk setup an account kat budak tu, last2.. suruh buat kat rumah sendiri??
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
huhu.dlu aku xsiap keje sekolah aku redha je, berlapang dada  buat2 xigt.kene marah pon sekejap je.hehe. mungkin die terlalu memikir agaknya, xde kawan nak bercakap @ share buat keje sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 26-8-2019 07:34 PM
Personally, as an ex educator myself, i dont believe in excessive ‘homework’ for students. I didnt ...

Betul apa u ckp. Ni xpaham subjek kena buat homework yg tak paham tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 27-8-2019 07:09 PM
Ade mcm2 skrg ni yg pelik2. My nephew masih primary school, cikgu suh setup an instagram account k ...

Ish kalau sekolah rendah tak pyh nk berinstagram bagai. Tak pasal2 dia reti buat acc sendiri nanti belakang2 kita. Lepas tu main tiktok pulak. Mengarut je la cikgu2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 08:56 PM | Show all posts
ladybugz replied at 27-8-2019 07:03 PM
Paham. Sbb mcm i ckp, excessive homework ni dah jadi satu culture embedded dlm society dr guru sam ...

Cakap mmg mudah tp utk execute benda ni bukan semudah yg kita ckp. Aku baca post post para mak bapa ttg tak perlu bg homework yg excessive kpd murid Tahun 1-Tahun 3. Ko tau derang punya respon mcm mana?? Mcm dunia nak kiamat. Seolah olah tanpa homework, anak2 mereka akan jd bodoh dan lambat mengejar pembelajaran. Parents kiasu dan helicopter zaman skrg mmg susah nak di educate sebab ramai yg merasa diri mereka dah terlebih educated pdhal otak msh tepu walau belajar smp phd gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 26-8-2019 08:28 AM
ye aku memang ade jumpe budak jenih ni.. mak pak siap marah lagi sbb dia dah bayar sume...

ayo ...

Amboii senanglah gitu. Patutlah IPTS berlambak3 sekarang dengan kos tah apa2. Kawan yang graduate IPTS pun cakap management pihak atasan mcm hamjad.
Kalau yang IPTA ni, macam tempat I, soalan exam memang tukar every sem. Siap lecturer ada buat soalan bank lagi. Kitaorang guna angka giliran instead of no matriks. Jadi takdalah kes favoritisms atau biased di situ.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
I terbaca advocates early learning edu ni mohon press tak highlight sangat isu bunuh diri ni. Sbb ada kajian yg menunjukkan potensi diikut oleh budak lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 10:51 PM | Show all posts
Kerajaan kenal pasti punca pelajar bunuh diri: TPM
BERNAMA | | 28 Ogos 2019


KUALA LUMPUR- Tekanan akibat lambakan kerja sekolah, pengaruh aplikasi permainan video atau faktor kemurungan, adalah antara perkara yang sedang dilihat kerajaan bagi mengenal pasti punca pelajar sekolah bertindak nekad sehingga sanggup membunuh diri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata permasalahan itu penting untuk diketahui bagi memastikan pelajar yang mempunyai masalah atau berdepan tekanan dapat dibantu dari awal bagi mengelak mereka mempertaruhkan nyawa sendiri.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkata tragedi kematian seorang pelajar berusia 13 tahun di Pulau Pinang yang dilapor membunuh diri dengan cara menggantung diri dipercayai akibat tertekan dengan lambakan kerja sekolah pada Sabtu lepas, tidak seharusnya berulang.

“Kes itu kini sedang disiasat polis, namun pada masa sama kita mahu tahu kalau-kalau ada masalah dalam talian (online) kerana dikatakan ada permainan yang mengajak seseorang itu bunuh diri selain juga pergaulan bersama rakan-rakan.

“Pada masa sama, kita juga tengok kepada kerja sekolah dikatakan terlampau banyak sehingga memberi tekanan...kita tengok dari semua segi dan apa membolehkan kita menolong mana-mana pelajar sebelum mereka sampai ke tahap itu (membunuh diri),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kolej Komuniti Selayang, di sini hari ini.

Dr Wan Azizah juga menyeru pelajar yang mengalami tekanan atau kemurungan supaya tidak berdiam diri, sebaliknya meminta bantuan dan meluahkannya sama ada kepada ibu bapa, keluarga, rakan sebaya atau menggunakan talian bantuan serta menghadiri sesi kaunseling.

“Kalau kita ada masalah atau kemurungan, terutamanya anak muda, cakaplah dan luahkan dengan orang kerana ia salah satu cara untuk mengurangkan kemurungan dan kecenderungan untuk membunuh diri.

“Kita ada Talian Kasih 15999 dan juga talian Befrienders, malah kaunseling di sekolah-sekolah atau di KPWKM sentiasa terbuka untuk mereka yang memerlukan untuk datang agar dapat dibantu,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah mengingatkan ibu bapa agar sentiasa berwaspada dan mengawasi penggunaan internet oleh anak-anak bagi mengelak dan menjauhkan mereka daripada menjadi ketagih kepada pornografi.

Beliau berkata meskipun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk memerangi gejala negatif itu, ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab agar ia tidak menjadi semakin parah.

“Ibu bapa mestilah mengambil tanggungjawab melihat apa yang anak mereka layari di internet kerana ini adalah perkara yang sekarang ini tular dan menjadi masalah.

“Anak-anak muda ini, kita kena jaga agar janganlah pornografi menjadi ketagihan...ia salah satu kepada masalah penyakit mental di negara ini,” katanya mengulas pendedahan Pertubuhan Ikram Malaysia baru-baru ini, bahawa terdapat kanak-kanak berusia antara 10 dan 14 tahun ‘menjual diri’ di beberapa aplikasi media sosial seperti Bigo Live, Instagram dan WeChat.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan sedar dan prihatin dengan isu tersebut malah sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya modul Sekeluarga Tolak Pornografi (STOP) melalui Persatuan WADAH Pencerdasan Umat Malaysia, Child Online Policy (COP), dan program Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau berkata kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 yang dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2014 mendapati 35.3 peratus remaja terdedah kepada bahan lucah dan sumber utama adalah daripada internet (60.8 peratus).

Katanya, sumber utama kepada masalah pornografi itu ialah melalui gajet yang mempunyai akses kepada internet seperti telefon pintar.

Mengenai Kolej Komuniti Selayang, Dr Wan Azizah berkata Program Pengajian Sijil Kemahiran Khas yang ditawarkan Kementerian Pendidikan itu menyaksikan seratus peratus pelajar orang kelainan upaya dan autistik berjaya mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.- Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.094831 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list