View: 9749|Reply: 130
|
[Tempatan]
Gantung diri tekanan home work banyak
[Copy link]
|
|
Gantung diri 'homework' banyak
TERTEKAN dengan kerja sekolah yang banyak menyebabkan pelajar menggantung diri dalam bilik air rumahnya di Taman Seri Relau, Paya Terubong, Georgetown kelmarin.
Dalam kejadian 8 malam itu, remaja lelaki berusia 13 tahun terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian ibu remaja itu yang berusia 51 tahun mahu keluar rumah dan meminta anaknya menyiapkan kerja sekolah.
“Remaja itu bagaimanapun memberitahu ibunya dia tak dapat menghabiskan kerja sekolah sebelum masuk ke bilik air untuk mandi.
“Ketika itu, hanya bapa remaja terbabit berada di rumah namun dia hairan kerana anaknya tidak keluar bilik air selepas 30 minit selain hanya mendengar bunyi air,” katanya.
Che Zaimani berkata, bapanya yang berusia 49 tahun dan bekerja sebagai juruelektrik itu mengetuk pintu bilik air namun tiada jawapan.
“Bimbang sesuatu berlaku, bapa remaja itu menolak pintu bilik air sebelum terlihat anaknya menggantung diri dengan menggunakan tuala.
“Bapanya kemudian menurunkan anaknya dan memberi bantuan pernafasan sehingga anaknya itu termuntah sebelum dia meminta bantuan jiran menghubungi ambulans,” katanya.
Menurutnya, ambulans tiba tidak lama kemudian dan remaja itu turut diberikan bantuan pernafasan sekali lagi oleh pegawai perubatan selama 30 minit sebelum dikejarkan ke HPP.
“Bagaimanapun, doktor yang membuat pemeriksaan mendapati remaja itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemui pada fizikal remaja berkenaan,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati sebelum ini guru sekolah ada menghubungi ibu bapa remaja itu dan memberitahu dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.
“Siasatan juga mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu kurang minat belajar selain prestasi pelajarannya juga agak lemah.
“Selain itu, remaja itu juga mengadu kepada ibu bapanya dia ada banyak kerja sekolah dan terlalu tertekan untuk belajar,” katanya.
Polis turut menemui sekeping nota yang ditulis remaja itu yang mengatakan dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menjaga selama 13 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ditepek gambar2 dari berita astro awani.
Mod, nak tacang. Tengkiu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-13-tahun-mati-gantung-diri-215872
Baca sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sangat keje sekolah sekarang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni mmg ada masalah pembelajaran kot.. Agaknya apa yg cikgu ajar pun dia x paham mcm mana nk buat homework. Budak2 kelas belakang ramai je mcm ni tp diorg buat bodo je kalau kena marah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
nape ayah dia melayu anak mati tulis cina? |
|
|
|
|
|
|
|
Tang mana tulis ayah dia melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dr sjkc, mmg x pelik homework banyak. Diorang tekankan latih tubi & hafalan. Kalau budak sk, ada kerja rumah yg sikit pun x dibuatnya. Makpak siap bgtau dalam group whatsapp kelas anak aku, bgtau cikgu jgn marah kalau anak dia x siap kerja rumah, nanti anak dia merajuk tak mau datang sekolah. Kalau parent sjkc kebanyakannya redha je apa yg pihak sekolah buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dovahkiin replied at 25-8-2019 09:55 PM
Kalau dr sjkc, mmg x pelik homework banyak. Diorang tekankan latih tubi & hafalan. Kalau budak sk, a ...
Cikgu zaman sekarang mmg kena byk bersabar. Budak2 masuk uni pun bila tak buat homework, cikgu kena bg masa utk buat dan2 tu jugak. Kang kalo marah, diorg komplen, masalah pulak nak jawab kat cikgu besor.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya .. siap buat ucapan terima kasih pada ibu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya memang dia jenis slow kot. Tapi ibu bapa, cikgu tak sedar atau tak ambil peduli. Pastu budak tu pun dah selalu mengadu pasal kerja rumah dan tertekan. Seharusnya ada tindakan lah, cari jalan macam mana nak uruskan hal anak tu. Jangan sama kan anak kita dengan anak orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika ibu bapa dia lebih prihatin dan ambil langkah2 untuk membantu dia, mungkin perkara ni boleh dielakkan |
|
|
|
|
|
|
|
pelajar SJKC memang homework byk
itu semua maklum
kalau yg tertinggal
memang confirm tertinggal
susah nak kejar
melainkan budak2 buat extra study sendiri
cikgu bagi jawapan pd yg tertinggal
budak2 yg slow hadam je la ngan jawapan
walaupun tak fhm jalan kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Depress kot. Nak2 dok kat penang ni, sekolah cina lg, dahla budak cina ramai pandai2. Kot2 ada masalah pembelajaran lagi la buat budak tu stress n rasa down. Sedih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|