CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4808|Reply: 58

[Tempatan] Minta tukar peraturan rambut pelajar lelaki

  [Copy link]
Post time 25-8-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

"UNTUK sekian lama, pelajar sekolah tidak boleh mempunyai rambut panjang, jika rambut melebihi paras telinga, menutup separuh dahi, hidung atau lebih 15 sentimeter," itu usaha dilakukan seorang individu dipercayai dikenali sebagai Darrell James sejak dua bulan lalu.

Individu itu membuat petisyen untuk meminda dengan memansuhkan peraturan berambut pendek bagi pelajar lelaki di sekolah-sekolah menengah.

Dalam petisyen yang dimuatnaik ke laman Web www.change.org, Darrell menujukan petisyen itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Saya menulis bagi pihak pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kami juga rakyat.

"Peraturan ini tidak praktikal dan berguna lagi dalam abad ke-21. Pelajar boleh saja hentikan kutu dengan menggunakan syampu dan lain-lain," tulisnya.

Dia berpendapat, pelajar lelaki yang tidak dibenarkan memiliki rambut panjang berbanding pelajar wanita adalah diskriminasi jantina.

Menurutnya, peraturan itu wajar dimansuhkan dan Kementerian Pendidikan sepatutnya fokus pada menambah baik persekitaran pendidikan untuk pelajar berbanding menguatkuasa peraturan yang ketinggalan zaman, diperlukan dan remeh.

"Pelajar (dan ibu bapa mereka) patut dibenarkan untuk memilih sekiranya mereka mahu memiliki rambut panjang berbanding dipaksa pihak sekolah.

"Ini dapat menjimatkan perbelanjaan bagi keluarga miskin yang tidak mampu menghantar anak mereka potong rambut," katanya.

Selain itu, dia turut menyentuh isu peraturan ketat penggunaan gel rambut di beberapa sekolah sehingga ada kes pelajar dirotan hanya kerana menggayakan rambut, sekaligus mendakwa tindakan itu melanggar hak asasi pelajar.

Dia berharap melalui petisyen ini, Perdana Menteri dapat mengambil kira untuk mengubah peraturan berkaitan membenarkan pelajar menyimpan rambut panjang mengikut keselesaan mereka.

"Kami, pelajar-pelajar di Malaysia, masa depan Malaysia memohon anda untuk mengambil kira aduan oleh rakyat," tulisnya.

Setakat ini, petisyen itu sudah memperolehi lebih 700 daripada 1000 tandatangan diperlukan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Amirul Haswendy Ashari.
haswendy@hmetro.com.my

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari situ laa disiolin dibentuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mau. Rengsa akak lehat rambut pelbagai fesyen pegi sekolah nanti. Dah la ngkau orang budak jantan ini peel tak menentu. Akak mahu keseragaman. Ngkau nak sangat rambut panjang bergaya, tunggu la habis SPM nanti membirah la ngkau puas2 dengan rambut panjang.

Pompuan takpa berdandan berambut panjang bercantek2. Pompuan memang kena cantek sepanjang masa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah ngade2, ko ingat ko zac efron pastu nk menari2 kt skola. Hargai zaman perselokahan dgn sebaiknya, x perlu nk fesyen2 bagai. Biar sememeh, asalkan g skola mandi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:28 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-8-2019 10:45 PM
Tak mau. Rengsa akak lehat rambut pelbagai fesyen pegi sekolah nanti. Dah la ngkau orang budak janta ...

Dekat Korea/Jepun, nampak elok dan handsome je sesetengah pelajar lelakinya berambung panjang aras bahu. I rasa pelajar Malaysia patut diberi peluang yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-8-2019 11:28 PM
Dekat Korea/Jepun, nampak elok dan handsome je sesetengah pelajar lelakinya berambung panjang aras ...

Sana sejuk, so rambut idakla berminyak kusut mcmbaru lps rendam dlm minyak goreng ikan.
Aku blh bygkn muka sekor2 kat sini mcmmana dgn rambut pjg ...hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah. Mula2 rambut pastu ada pulak petisyen dibenarkan pakai blouse ngan skirt bagi pelajar lelaki. Atas nama fesyen kalau tak dikatakan diskriminasi jantina.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-8-2019 11:28 PM
Dekat Korea/Jepun, nampak elok dan handsome je sesetengah pelajar lelakinya berambung panjang aras ...

Menyerupai tino dah tu. Harom.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2019 11:39 PM | Show all posts
krustykrab replied at 25-8-2019 11:34 PM
Sana sejuk, so rambut idakla berminyak kusut mcmbaru lps rendam dlm minyak goreng ikan.
Aku blh  ...

Betul2. Kat sini, kalau nak berambut panjang pastinya kena selalu mandi dan kena duduk dalam ruang beraircond je. Sekolah2 kat malaysia pula, kelas2nya mana ada aircond. Confirm serabai habis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:42 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-8-2019 11:37 PM
Menyerupai tino dah tu. Harom.

Baikkkklah,  cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-8-2019 11:28 PM
Dekat Korea/Jepun, nampak elok dan handsome je sesetengah pelajar lelakinya berambung panjang aras ...

Mcm grup kpop dan jpop je budak2 Jepun dan Korea dgn rambut panjang mcm artis.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Adekah bdk neh terpengaruh ngan pesen rambut pelakon sweet dreams si ben tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 12:28 AM | Show all posts
insulin replied at 25-8-2019 11:28 PM
Dekat Korea/Jepun, nampak elok dan handsome je sesetengah pelajar lelakinya berambung panjang aras ...

Nak ikut Jepun/Korea boleh pegi sekolah kat sanalah.  M'sia ada identiti/peraturan/disiplin M'sia sendiri.  Suka tak suka ikutlah peraturan yg ada.  Memandai pulak nak minta tukar2 aturan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah lah.. Okay la tu. Belajar berdisiplin, kemas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 04:58 AM | Show all posts
tak ada benda lain ke nak suggest?

Acu suggest sekolah 4 hari seminggu ke, belajar sampai 5 petang ke, emak ayah boleh volunteer dalam kelas ke ..

Ini suggest rambut panjang? apa daaa!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Rambut lurus xpe
Kalaunrambut cam sarang tebuan
Baik bawak sarang tebuan dtg skola je..
Malaysia ni dh banyak.dah toleransi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pls tun...introduce rambut bdak skola kt thai....seragam jer...hbis citer....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 06:35 AM | Show all posts
wow , ini harapan  pemuda tiang negara masa depan,  rambut nak panjang. okay got you. hmm, macam ni umur mengundi boleh ke 18 years old?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Daripada minta budak laki diizin berambut panjang lebih baik buat petisyen larang srkolah wajibkan budak pompuan pakai tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh la sapa bagi cadangan ni. Malaysia kan panas, bagi budak2 jantan berambut panjang bertambah kepam la. Rambut pun ko tak terjaga apalagi disiplin yang lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.081648 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list