CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1546|Reply: 22

[Tempatan] Pelajar kini terbeban. Asal ada ja isu semasa, ada la cadangan subjek baru untuk

  [Copy link]
Post time 26-8-2019 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Jangan asyik cadang subjek baru untuk sekolah
DR MUZAFFAR SYAH MALLOW | | 26 Ogos 2019

SEPERTI sudah menjadi satu kebiasaan dalam negara kita, setiap kali munculnya sesuatu isu semasa atau masalah sosial dalam masyarakat kita, maka cara paling mudah mengatasinya dengan memperkenalkan satu mata pelajaran baharu untuk dipelajari pelajar sekolah.

Contohnya jika terdapat isu berbangkit mengenai jenayah rasuah dalam negara kita, maka akan muncullah pihak-pihak tertentu mencadangkan supaya diwujudkan satu mata pelajaran atau subjek mengenai jenayah rasuah untuk dipelajari oleh para pelajar di sekolah.

Jika terdapat isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekeliling kita, maka akan muncullah pihak-pihak tertentu mencadangkan supaya diwujudkan mata pelajaran atau subjek khusus mengenai alam sekitar untuk dipelajari oleh pelajar sekolah.

Jika terdapat isu perkauman yang berlaku dalam negara kita, maka akan muncullah pihak-pihak tertentu mencadangkan supaya diperkenalkan mata pelajaran atau subjek khusus bagi mengatasi masalah perkauman yang berlaku kepada pelajar sekolah.

Jika terdapat peningkatan terhadap tahap kemalangan jalan raya yang berlaku dalam negara kita, maka akan muncullah pihak pihak tertentu yang akan mencadangkan supaya satu mata pelajaran atau subjek khusus mengenai aspek jalan raya dan trafik diwujudkan kepada pelajar sekolah.

Secara kesimpulannya, setiap isu semasa ataupun masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita, maka jalan paling mudah untuk mengatasinya ialah dengan terus memperkenalkan satu mata pelajaran atau subjek khusus mengenainya untuk dipelajari oleh para pelajar di dalam sekolah.

Kenapa perlu diperkenalkan begitu banyak mata pelajaran atau subjek baharu kepada para pelajar sekolah kita?

Terdapat beribu-ribu isu semasa serta masalah sosial yang berkaitan dengannya berlaku dalam negara dan di serata dunia setiap hari.

Adakah wajar memperkenalkan satu mata pelajaran atau subjek baharu khusus untuk pelajar pelajari mengenai segala isu semasa dan masalah sosial yang berlaku dalam negara kita dan di serata dunia?

Adalah mustahil untuk setiap isu semasa dan masalah sosial yang berlaku diselesaikan dengan mewujudkan satu mata pelajaran baharu.

Jika diteruskan juga, maka pelajar sekolah akan terpaksa mempelajari lebih daripada 100 mata pelajaran ataupun subjek setiap tahun.

Pengenalan sebarang mata pelajaran ataupun subjek baharu kepada para pelajar sekolah kita tidak harus dibuat sepanjang masa kerana ia boleh membawa implikasi negatif bukan sahaja kepada diri pelajar itu sendiri malah turut akan memberi kesan terhadap guru-guru serta sukatan mata pelajaran dan subjek yang sedia ada.

Sekiranya terlampau banyak mata pelajaran atau subjek baharu diperkenalkan kepada, dibimbangi ia boleh memberi kesan terhadap emosi, mental serta perkembangan diri pelajar-pelajar sekolah.

Mereka akan dibebani dengan pelbagai jenis sukatan pelajaran yang perlu dipelajari di peringkat sekolah serta keperluan untuk menjalani ujian serta menyiapkan sebarang jenis tugasan untuk mata pelajaran yang terlibat.

Pelajar sekolah memiliki tahap kemampuan mereka untuk mempelajari sesuatu perkara, jika terlampau banyak sangat mata pelajaran ataupun subjek yang perlu mereka pelajari ia boleh mengakibatkan berlakunya tekanan emosi ataupun mental yang akhirnya mereka boleh terjebak dengan melakukan pelbagai perkara tidak diingini.

Sekiranya terlalu banyak mata pelajaran atau subjek baharu diperkenalkan di peringkat sekolah juga, ia dibimbangi akan menganggu mata pelajaran atau subjek teras yang sedia ada yang juga amat penting untuk dipelajari pelajar di sekolah.

Daripada sibuk mencadangkan pelbagai jenis mata pelajaran ataupun subjek baharu, adalah wajar sekiranya isu-isu semasa ini diselitkan di dalam mana-mana mata pelajaran ataupun subjek sedia ada yang wujud dalam sukatan pelajaran di dalam sekolah.

Selain daripada itu, usaha sama di antara pihak pengurusan sekolah dengan pihak-pihak yang memperjuangkan isu semasa dan masalah sosial dalam negara kita seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) boleh dilakukan melalui proses jemputan syarahan semasa ataupun perlaksanaan kursus kepada para pelajar di sekolah.

Sebarang pengenalan mata pelajaran atau subjek baharu dalam negara kita perlu dibincangkan dengan lebih teliti dengan pihak yang berkaitan khususnya pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran, guru-guru di sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

DR MUZAFFAR SYAH MALLOW
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pm, menteri kabinet semua sekor sekor sewel. Subjek yang berguna macam robotics programming pula mana set bahalol itu pernah dengar
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa penyelesaian masaalah hanya diletakkan atas para pelajar? Menteri2 kita tak boleh ke fikir 'diluar kotak' sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say memang bahalol depa2 di MOE nak tunjuk lagak yg kekonon bijak perkenal itu ini demi nak dapatkan nama yg harum tapi bagi aku ialah HANCING coz cara itu dah jadikan para pelajar seperti tikus utk di uji di makmal.
HAPRAK sgt perangai
Sedangkan isu beg berat sampai sekarang tiada jalan penyelesaian walaupun Menteri  Pendidikan dah bersilih ganti
Aku kesian sgt dgn pelajar2 especially sekolah rendah yg bertubuh kecil kena bawa beban beg sekolah yg berat sgt
Contoh anak saudara aku yg pernah aku tegur bawa buku sekolah ke @ bawa batu bertan-tan dlm beg sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah takat itu jer fikiran menteri2 kita sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la mcm.pend.sivik yg diterapkan pada 5 subjek tahun ni...padahal nilai2 dlm sivik tu sdah sedia ada tak perlu la buat minggu khas utk sivik..hari2 cikgu akan terapkan nilai2 murni di dalam kelas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2019 07:16 PM | Show all posts
tiap kali PRU
tiap kali tu bertukar Menteri
of course la bertukar dasar
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yep, patut perkemas dan perkasakan content dlm subjek2 berkaitan je. Tak pyhla come up with new subjects. Kena pelbagaikan approach dlm penerapan, pengajaran, pembelajaran dan assessments tu. Tp jgnla semua nk sumbat dlm jangkamasa pendek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes budak bunuh diri budak tuu tak nak buat subjek khas plak kee.. bengong kpm.. bengong menteriiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 26-8-2019 07:19 PM
Kes budak bunuh diri budak tuu tak nak buat subjek khas plak kee.. bengong kpm.. bengong menteriiii

Aku baru nk ckp....skrg byk kes bunuh diri....elok adakn subjek pengurusan emosi.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Betull tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-8-2019 09:11 PM
Aku baru nk ckp....skrg byk kes bunuh diri....elok adakn subjek pengurusan emosi.....

Sumbat abis abis pd budak beso kutu tuuu.. sumbar sumbat.. bio bevudak tuu balik pukul sampai 5 . Belajo dr pukul 730 sampai pukul 5.. atas alasan kemenjadian muridlaa.. wawasan 2020laa.. mai aku bagi cadangan lagi.. ajar pengurusan politikk.. ajar silibus pengurusan cara memilih pemimpin yg baik.. ape lagi bodo punye kpm.. menteri bangang
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Illayana replied at 26-8-2019 07:18 PM
Yep, patut perkemas dan perkasakan content dlm subjek2 berkaitan je. Tak pyhla come up with new subj ...

Kena sumbat baru budak pandaiii.. ni haa mereka  ni nak jd pemimpin... kita harus sediakan kprluan mereka utk jadi pemimpin.. puihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 26-8-2019 07:16 PM
tiap kali PRU
tiap kali tu bertukar Menteri
of course la bertukar dasar

Bukan tukar menteti jah.. tukar ketua pengarah kpm pun tukar.. tuu semua atas tuu bongok..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:15 PM | Show all posts
Pastu dah buat baru konon2 mule la nk observe cikgu2 buat ke x
Kome yang nak dapat nama, cikgu2 and budak2 lak kene kerah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju...lps ni ajor pulak sains politik dari  thn 1supaya pemimpin akan datang x bodoh lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu tu semua bukannya utk budak2 fikirkn..tu semua kepala2 kt kementerian kena fikirkan..kalau pun budak2 ni belajar psl isu perkauman,politik semasa,kt sekolah cikgu ajar lain,balik rumah makpak masing2 dgn "ideologi" mereka sendiri,benda lain plak diterapkn..

Pstu kt tv plak ulas benda lain..menteri2 duk gaduh cam sh*t,nak jatuhkan c A, c B keluarkn video p*rn etc..tu budak2 nk kne fikir?menteri2 buat ape je?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 01:24 AM | Show all posts
Edited by DARSITA at 26-8-2019 09:26 AM

Aii selalu bandingkan cara persekolahan anak dgn persekolahan di Malaysia.

Aii suka lah tiap bulan ada test, ada exam lepas itu tgk results ada A, B, C etc

Aii suka tgk pelajar di Malaysia ada subject sains, religion, maths, history etc etc

Aii suka tgk pelajar Msia ada kerjarumah


Di Malaysia ada kelas budak pandai, separuh pandai dan budak tak pandai


-- US
- test sehelai kertas utk maths dan sciences, itu pun bila cikgu nak bagi jer.
- results tak ada A B C D  .. sini results  satisfied, outstanding, need improvement blah blah
- dari first grade sampai six grede music, maths, science social study
- homework pulak emmm kadang tak ada langsung!
- US budak pandai, tak pandai separuh pandai semua campur dlm satu kelas



So pendek cerita -- emak ayah di Malaysia sukakan cara US kot? tapi kami di US suka cara China, Malaysia, Singapore .. sampaikan di sini Singapore maths dah jadi kegilaan para ibubapa. Siap ada kelas kelas tuition utk ajar Singapore maths padahal tak masuk langsung dlm exam maths USA.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 27-8-2019 01:24 AM
Aii selalu bandingkan cara persekolahan anak dgn persekolahan di Malaysia.

Aii suka lah tiap bula ...

Iols kenal sangat if org US yg email iols.. salunya depa tak reti beza they’re vs there, you’re vs your

Ejaan pun mostly ke laut... mmg xde english/lit subject ke kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tetap nk MOE perkenal subjek pendidikan sex 101.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065726 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list