CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14558|Reply: 48

Gambar Terakhir Regina Kay, Mangsa Pembunuh Bersiri

[Copy link]
Post time 27-8-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Lihat gambar gadis berbaju hitam dibawah. Sekali imbas, kita dapat melihat ada sesuatu yang tidak kena pada gambar ini.

Gadis berbaju hitam ini cantik, berambut pendek dan berkulit putih. Masih muda dan fizikal gadis ini kelihatan cukup sempurna.

Tapi, lihat pula pada raut wajahnya. Ada sesuatu yang disembunyikan disebalik air muka gadis ini. Kelihatan pucat dan pada bahagian hidung serta mulut tampak jelas kemerah-merahan.

Anak mata yang lemah menggambarkan perasaan yang bersarang dalam benaknya. Ketakutan, celaru dan perasaan 'tidak rela diperlakukan sebegitu' jelas terpancar melalui anak mata gadis ini.

Sementara kedua-dua belah tangannya mengacung ke hadapan seperti mahu menahan sesuatu. Jelas dihadapannya ada sesuatu yang sangat menakutkan.

Lalu timbul persoalan, siapakah gadis ini sehingga dia ketakutan? Apa yang sebenarnya telah berlaku?

Gadis cantik berbaju hitam itu bernama Regina Kay Walters. Ketika gambar ini diambil, dia baru berusia 14 tahun.

Gadis ini merupakan salah seorang mangsa pembunuh bersiri di Amerika Syarikat, Robert Ben Rhoades.

Lelaki bernama Robert Ben Rhoades ini merupakan seorang pembunuh psiko yang memandu trak 18 tayar untuk melakukan pembunuhan dibeberapa lokasi di Amerika Syarikat.

Didalam trak tersebutlah dia menyimpan pelbagai peralatan untuk menyeksa dan membunuh mangsa.

Keadaan di dalam lori itu cukup lengkap serba-serbi. Ada tilam untuk mereka tidur, ada cangkuk pada dinding untuk mengikat mangsa. Malah, Robert turut menyimpan sebuah beg bimbit yang dikenali sebagai kit membunuh.

Antara peralatan yang terdapat didalam beg bimbit itu ialah cemeti, jarum, gari, cangkuk besi, kalung anjing, klip buaya dan beberapa peralatan tajam lain.

Didalam trak itu juga terdapat besi 'dildo' berukuran 18 inci yang digunakan untuk merogol mangsa.

Sebelum membunuh, Robert akan merogol dan menyeksa mangsa-mangsanya terlebih dahulu dalam tempoh dua hingga tiga minggu dan kemudian memotret gambar mereka.

Dalam kes Regina Kay Walters, gambar tersebut telah diambil disebuah bangsal usang di Illinois.

Sebelum gadis itu dibunuh, rambutnya telah dipotong dan Regina dipaksa mengenakan gaun berwarna hitam beserta kasut tumit tinggi. Selepas gambarnya diambil, leher Regina dijerut menggunakan kabel tembaga.

Mayatnya telah ditinggalkan dibangsal tersebut dalam keadaan menggerikan, kemaluannya dikelar dan tubuhnya dicangkuk dengan mata kail. Kes ini berlaku pada Februari 1990.

Seperti pembunuh bersiri lain yang pernah direkodkan, Robert juga sama seperti mereka. Dia menikmati setiap kali melakukan penyeksaan terhadap mangsa. Ada mangsa yang dirogol dan ada juga yang hanya dilakukan seksaan semata-mata.

Robert pula akan menyimpan barang-barang peribadi atau gambar mangsa-mangsanya sebagai koleksi.

Kebanyakan mangsa Robert adalah golongan remaja perempuan yang bermasalah. Gadis muda adalah sasaran yang paling mudah ditundukkan.

Robert Ben Rhoades mengaku telah melakukan jenayah selama 15 tahun.

Mereka lemah dan apabila lari meninggalkan keluarga, gadis-gadis ini memerlukan perlindungan. Disinilah Robert memasang perangkap dan dia membuka pintu traknya untuk 'membantu' mereka.

Dari segi luaran, Robert nampak baik, tenang dan bersifat pelindung seperti seorang bapa. Kesemua itu telah membina keyakinan mangsa untuk terus berdamping dengannya. Namun, semua itu hanya sementara sebelum dia mendedahkan sifatnya yang sebenar.

Gaya hidup sebagai seorang pemandu trak membuatkan modus operandinya sukar dikesan. Robert melakukan jenayah dikawasan yang tersembunyi, didalam traknya sendiri.

Lokasi jenayah yang sentiasa berubah juga membuatkan kegiatan Robert sukar diketahui. Traknya dipandu antara satu bandar ke bandar lain untuk mencari mangsa.

Mangsa yang dibunuh akan ditinggalkan disuatu lokasi, kemudian dia akan bergerak ke lokasi yang lain pula. Ada mangsa yang dibuang didalam tong sampah dan ada juga yang ditinggalkan ditepi jalan.

Kegiatan Robert dipercayai bermula pada awal tahun 1980an. Namun, hanya pada pertengahan tahun 1990 Robert ditahan oleh anggota polis berhampiran bandar Tucson, Arizona, ketika dia meletakkan kenderaannya dibahu jalan.

Polis yang kebetulan melalui kawasan tersebut telah mendengar jeritan seorang wanita didalam trak, kemudiannya memeriksa trak tersebut dan mendapati keadaan didalamnya amat mengerikan dimana terdapat seorang mangsa yang masih hidup.

Robert telah ditahan dan disiasat kerana disyaki melakukan jenayah. Tidak lama selepas itu, seorang lagi saksi bernama Lisa Pennal tampil menceritakan pengalamannya diculik. Dia juga telah diseksa namun berjaya melepaskan diri daripada pembunuh bersiri itu.

Keterangan daripada Lisa Pennal telah membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan waran untuk menggeledah kediaman Robert. Dipangsapurinya di Houstan, polis menemui beberapa bukti kukuh yang boleh mensabitkan kesalahan terhadapnya. Antara buktinya ialah gambar Regina Kay Walters yang mengenakan gaun hitam.

Ketika perbicaraan berlangsung, Robert telah dituduh menculik dan membunuh tiga mangsa sebulan sekitar tahun 1990an.

Sekalipun banyak rangka dan mayat yang ditemui sepanjang laluan trak yang dipandu Robert, namun tiada bukti kukuh yang dapat dikaitkan dengannya.

Dalam kes ini, Robert telah mengaku bersalah melakukan jenayah seksual dan membunuh. Dia dihukum penjara seumur hidup pada Mac 2012 walaupun hanya dikaitkan dengan tiga kesalahan membunuh sahaja.

Robert Ben Rhoades in Prison
Wajah terbaru Robert.

Kebanyakan gadis-gadis seperti Regina menjadi mangsa keadaan kerana gaya hidup mereka sendiri. Mereka mahukan kebebasan dalam hidup tetapi mereka tidak mampu menghidu bahaya yang ada didepan mata.

Regina Kay Walters dikatakan telah melarikan diri bersama teman lelakinya, Ricky Lee Jones, yang berusia 21 tahun.

Selepas diperdaya oleh Robert, Ricky telah dibunuh serta-merta dan mayatnya telah ditemui di Mississippi. Manakala Regina telah disimpan untuk dirogol, diseksa dan dibunuh.

Tragis!

Credit: SentiasaPanas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Regina. Dahsyat betul m.o pembunuh ni. Gila kejam, brutal. Nasib baik dapat ditangkap walaupun secara indirect. Kalau tak, sampai bila2 la jenayahnya tak dapat dikesan dan berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut baca. Dasyatnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk mugshot tahun 90 tu, mmg x sangka heolls ni kejam yach! Mohon mereput dlm neraka!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Haunting gambar Regina tu
Tak silap pelaku2 ni menjual video dalam darkweb. Takpernah pegi, tapi dah baca. Sama macam SK ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm tgk criminal minds
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
So disturbing n scary
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk latest pic si pelaku tu, mmg trserlah sisi keAngkeran & kePsikoan dia tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, kekejaman yang dilakukan pasti akan mendapat balasan di dunia dan akhirat. Dah la kat dunia kena hukum haha mati nanti pula kena seksa neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 27-8-2019 11:15 PM
Dah mcm tgk criminal minds

Penulis tv show criminal minds ni memang ambik inspirasi daripada kisah2 realiti pembunuh2 bersiri yang ada dekat amerika ni. Banyak lagi pembunuh2 bersiri yang kejam. Kat malaysia pun ada masih belum ditangkap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedikit info ttg Si Lahanat Robert Ben Rhoades ni..

Dia dilahirkan di Iowa pada tahun 1945 tetapi tidak pasti kat mana dia dibesarkan.

Yg pasti dia ni byk dibesarkan oleh ibunya pada tahun-tahun awal hidupnya, kerana bapanya adalah askar di Angkatan Darat A.S. dan ditempatkan di Jerman Barat.

Robert sudah pun bersekolah rendah, ketika ayahnya pulang dari German. Selepas ayahnya dh x keje lagi dgn tentera, dia kerja plk sebagai ahli bomba.

Dengan semua latar belakang yang boleh dipercayai, kehidupan awalnya agak normal, selain daripada masalah sosial yang tidak dinyatakan dalam tahun-tahun dia dibesarkan.  

Beliau adalah peserta aktif dalam aktiviti kurikulum sekolahnya  dan melibatkan dirinya dengan pelbagai sukan, dan program lain, termasuk bola sepak, gusti, paduan suara, dan ahli kelab Perancis.

Penglibatan jenayah Rhoades bermula pada zman sekolah menengahnya.
Dia mula terkenal pada usia 16 tahun pada 1961, kerana mengganggu kenderaan, bersama dengan penangkapan untuk memerangi orang awam pada usia 17 tahun 1962.

Setelah lulus dari Monticello High School  di Monticello pada tahun 1964, dia menyertai Kor Marin.  Pada tahun yang sama, bapanya telah ditangkap kerana mencabul seorang gadis berusia 12 tahun, dan kemudian membunuh diri ketika menunggu perbicaraan.  

Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1967 atau 1968, Rhoades telah dilucutkan dengan kejam daripada tentera kerana penglibatannya dalam rompakan.

Selepas pelepasannya dari Marin pada akhir 1960-an, dia menghadiri kolej tetapi telah berhenti.  Dia kemudiannya cuba untuk menyertai agensi penguatkuasaan undang-undang, tetapi ditolak ekoran kesnya yang lepas di Kor Marin.

Sepanjang tahun 1970-an dan 1980-an, Rhoades berkahwin tiga kali, mempunyai anak lelaki dengan isteri pertamanya.

Selepas itu, dia dpt kerja di kedai-kedai, pasar raya, gudang dan restoran.  Last skali pekerjaan akhirnya, dia menjadi driver trak pengangkut jarak jauh.

Semasa tahun 1980-an, Rhoades mengembangkan minat dan hobi, termasuk yang melibatkan dirinya di dlm aktiviti sex BDSM.  Dia didakwa secara lisan, secara fizikal dan seksual menyalahgunakan isteri ketiganya, Deborah Rhoades..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 09:17 AM | Show all posts
kejamnye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ditembak je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Siri jenayah si lahanat ni bermula pada 1970-an.

Mangsa pertama yang disahkan adalah Patricia Candace Walsh (yang kemudian dikenali sebagai posthumously sebagai teman wanita vokalis group metal Warrel Dane dari band Sanctuary dan Nevermore) dan suaminya, Douglas Zyskowski, pada bulan Januari 1990.

Pasangan itu sedang sibuk menahan knderaan yg sudi tumpangkn dorg (dorg ni hitchhikers).Nk jdikan crita, si Rhoades "baik hati" la nk tumpangkn dorg dalam traknya. semasa dalam perjalanan panjang tu, brmula la nightmare kpd couple ni. Si Rhoades membunuh Zyskowski dan membuang tubuhnya di Sutton County, Texas, di mana ia kemudiannya dijumpai.  Mayatnya tidak dpt dikenalpasti sehinggalah thun 1992.

Walsh ni plk dia simpan selama lebih dari seminggu.  Pada masa pmpuan ni dikurung, dia kena seksa dan rogol beberapa kali sebelum tubuhnya dibuang di Millard County, Utah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 10:16 AM | Show all posts
korang pernha tgk filem Gothika lakonan Halle Berry.

lebih kurang la kisah ni, kes serangan seksual, mangsa kena torture, kena rakam sebelum di bunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat msia ada pembunuh bersiri x..rasanya mcm ada tapi polis x heboh2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 27-8-2019 11:44 PM
So disturbing n scary

Kann
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 11:37 AM | Show all posts
poor the victims..  
tp muka regina ni macam winona ryder
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampir sebulan selepas kematian Walsh, dia menculik seorang mangsa berusia 18 tahun, seorang drifter. Luckily, mangsa tu smpat melarikan diri dan memberitahu polis.  

Apabila Rhoades ditahan, mangsa enggan mendakwa tuduhan, dengan alasan polis tidak akan percaya walaupun terdapat bukti yang byk.  Dalam pernyataannya kepada polis dia mengatakan bahawa "Saya tidak melihat apa-apa tuntutan yang baik dalam dakwaan itu, ia hanya akan menjadi kata-kata saja. Jika terdapat apa-apa keterangan, saya akan memfailkan tuduhan dan menuntutnya."

Mangsa kemudian menegaskan bahawa dia takut kpd Rhoades selepas ditahan dua minggu di dalam traknya.  

Rhoades telah menukarkan ruang tidur traknya ke dalam ruang penyeksaan peribadi di mana dia menyimpan wanita, kadang-kadang selama berminggu-minggu, menyiksa dan merogol mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Beberpa hari kemudian, Regina Kay Walters remaja berusia 14 tahun dan bf nye, Ricky Lee Jones, dari Houston, Pasadena, Texas, hilang. Kedua2 bdak remaja ni sjnis remaja brmsalah yg suka lari rumah.

Sama kes spt Zyskowski, dipercayai bahawa selepas ditumpangkn oleh Rhoades, Jones juga dibunuh dan dilupuskan manakala Walters disimpan dn dikurung.  

Foto-foto yang dirampas semasa penggeledahan rumah Rhoades mengesahkan bahawa dia telah mengurung Walters untuk masa yang lama, berdasarkan tahap pertumbuhan rambut dan lebam2 di bdan.  

Mayat Jones ditemui pada 3 Mac 1991, di  Mississippi.  Mayatnye tidak x dpt dikenalpasti sehinggalah Julai 2008.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.079082 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list