CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10888|Reply: 31

Misteri amukan Greg 26 Disember 1996

[Copy link]
Post time 29-8-2019 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ini adalah rentetan dari perbualan saya dan suami yang menceritakan antara
kejadian menyayat hati yang dia ingat masa kecik kecik masa tengok tv dan tertarik untuk
saya panjangkan di sini, mana tahu ada forumer yang tahu kisah ni boleh sama sama
berkongsi cerita/pengalaman.

Ada sesiapa kt sini yang tahu dan ingat kejadian Ribut Greg yg pernah
menjadi sejarah hitam buat bumi Keningau, jom kita imbas dan sembang sembang
tentang kejadian ini yang menimbulkan misteri selepas peristiwa tersebut . Saya ambil keratan
berita dari Berita Harian untuk kita imbas kembali peristiwa ini.

Misteri amukan GregOleh Mohd Izham Unnip Abdullah dan Francis Andin
bhnews@bh.com.my

SUNGAI Pampang yang mengalir tenang di pinggir pekan Keningau, di Sabah, seolah-olah menyembunyikan amukan ganas Ribut Tropika Greg, yang berlaku sehari selepas Krismas, 19 tahun lalu.

ADVERTISING




Melihat keadaannya hari ini dengan air jernih mengalir perlahan di celah-celah batu, sukar dipercayai ia pernah meragut kira-kira 300 nyawa dalam tempoh hanya beberapa jam akibat limpahan air dan arus deras.
Tragedi hitam awal pagi pada 26 Disember 1996 itu tidak sempat dielak penghuni rumah berhampiran tebing Sungai Pampang, dengan kebanyakan mereka masih tidur. Tiada siapa yang dapat menduga, rumah yang dianggap kukuh, hanyut sekelip mata.

Hari ini, hanya saiz yang membezakan keadaan Sungai Pampang, dengan lebar 10 meter hingga 20 meter berbanding hanya satu meter hingga lima meter sebelum Ribut Tropika Greg.

SUNGAI Pampang di pinggir pekan Keningau mengalir tenang selepas 19 tahun tragedi Ribut Tropika Greg berlalu. Tragedi itu meragut nyawa ratusan penduduk. - Foto Lano Lan


Tiada lagi penempatan di tebing sungai itu, kecuali beberapa rumah atau pondok dibina pekebun yang mengusahakan kebun sayur di kawasan rizab sungai.

Semak-samun dengan rumput panjang dan rumpun buluh memenuhi tebing Sungai Pampang, selain sampah-sarap dan sisa kumbahan di bahagian hilirnya.

Pada 26 Disember 1996, kira-kira jam 4 pagi, air Sungai Pampang melimpahi tebing dan mengalir deras bersama lumpur serta batang kayu balak yang dihanyutkan dari hulu sungai di Banjaran Crocker.

Aliran air bercampur lumpur dan kayu balak yang kuat meranapkan apa saja yang berada di sepanjang tebing Sungai Pampang, termasuk rumah dan kenderaan serta binaan lain seperti jambatan gantung.

Antara kampung yang terjejas di sepanjang Sungai Pampang ialah Kampung Bulu Silou, Pampang, Motou, Agudon, Masak, Contoh, penempatan masyarakat Toraja, Indonesia; Kampung Masjid dan Limbawan.

Hanya jambatan Sungai Pampang berhampiran Kampung Limbawan, yang menghubungkan pekan ini dengan Tenom tidak terjejas dan masih kukuh hingga hari ini.

Bekas penduduk Kampung Bulu Silou, John Sibiew, 57, berkata paras Sungai Pampang ketika tragedi itu dianggarkan lebih empat meter kerana hampir menenggelamkan rumah dua tingkat milik keluarganya sebelum ia dihanyutkan arus.

"Sebelum Ribut Tropika Greg melanda, Sungai Pampang hanyalah sebuah anak sungai dan tiada siapa menyangka ia boleh membawa aliran air yang amat deras dan menghanyutkan rumah serta apa saja berhampiran tebing sungai.

"Ketika itu, kebanyakan penduduk tempatan yang mendirikan rumah berhampiran Sungai Pampang tiada di rumah kerana balik kampung merayakan Krismas...yang tinggal ketika itu hanyalah warga Indonesia yang bekerja di sini," katanya.

Bagi yang tiada di rumah ketika kejadian, termasuk John, tiada ungkapan dianggap lebih berharga selain bersyukur kerana terhindar daripada menjadi mangsa bencana itu.

ANTARA koleksi gambar lama yang menunjukkan kesan kemusnahan akibat Ribut Tropika Greg. - Foto Lano Lan


Beliau yang kini menetap di Kampung Baginda, di sini, berkata persoalan dari mana air yang terlalu banyak hingga melimpahi tebing Sungai Pampang, seperti ditimpa empangan pecah, masih menjadi misteri.

"Ada cerita tersebar ketika itu, kononnya beberapa hari sebelum kejadian, ada orang tua datang ke sebuah rumah berhampiran Sungai Pampang yang sedang mengadakan keramaian untuk meminta air, namun penghuninya tidak mengendahkannya, malah mengejeknya pula.

"Orang tua itu kemudian menjawab akan memberikan air yang banyak jika benar penghuni di rumah itu tiada air. Maka, terjadilah limpahan air yang sangat banyak di Sungai Pampang hingga menyebabkan banyak kerosakan dan kehilangan nyawa," katanya.

Berdasarkan pemantauan di hulu Sungai Pampang di Banjaran Crocker selepas kejadian, ada kesan takungan air di tanah tinggi itu akibat hujan berterusan berikutan pembentukan siklon tropika di Laut China Selatan, kemudian dikenali sebagai Ribut Tropika Greg.

Hujan berterusan beberapa hari sebelum kejadian menyebabkan jumlah air bertakung di kawasan terbabit bertambah sebelum `pecah' dan melimpahi Sungai Pampang pada 26 Disember 1996 dan surut kira-kira empat jam kemudian.



Banyak nyawa terkorban dalam tragedi ini dan ratusan penduduk juga dikatakan masih tidak ditemui sehingga kini. Penduduk percaya, perkampungan yang terbabit juga menjadi kubur yang tidak bertanda.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim hujan kan masa tu. Air dh bertakung kat atas bukit org tak nampak. Sebab dalam laporan ada sebut air tu datang bersama batu n balak. Mungkin at certain level batu n balak yang tampung air tu dah tak boleh tahan bebanan. Macam kepala air kat sungai. Kat hilir takde hujan cuaca cantik tapi di hulu ada hujan dan air dah bertakung samada dalam tanah or kat sungai tu sendiri.
Ya. Memang perit kisah ni. Berlaku usai Krismas saat sebahagian besar kita sedang bergembira.

Cantik pulak sungai tu. Jernih!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2019 02:24 PM | Show all posts
7th replied at 29-8-2019 02:14 PM
Musim hujan kan masa tu. Air dh bertakung kat atas bukit org tak nampak. Sebab dalam laporan ada seb ...

Ya betul tu kejadian nya betul betul selepas krismas
sedih masa dengar suami cerita, masa tu umur kami
masing masing baru 8 tahun kalau tahun 1996 tu
memang saya tak tahu kisah ini sampilah suami yg ceritakan
lepas tu barulah cari dan baca pasal kejadian tu
cantik dan tenang sungai nya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2019 02:29 PM | Show all posts
Amukan Greg: Kubur tidak bertanda
Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah dan Francis Andin
bhnews@bh.com.my


KEHILANGAN 102 mangsa yang tidak ditemui dan dipercayai terkorban dalam tragedi Ribut Tropika Greg pada 26 Disember 1996, masih menjadi persoalan - adakah mereka terkorban atau berlaku kesilapan dalam pengiraan?

Ini kerana selepas usaha pencarian ditamatkan pada 17 Januari 1997, tiada kesimpulan dibuat pihak berkuasa berhubung kedudukan sebenar mangsa terbabit dan di mana lokasi mayat jika benar mereka terkorban.

Namun, bagi penduduk Kampung Limbawan, Razalie Johntan Ensin, 70, beliau percaya kampungnya yang terletak kira-kira 500 meter dari pekan Keningau di Sabah itu menjadi tanah perkuburan tidak bertanda selepas mayat mangsa ditimbus pasir dan lumpur tebal.

Beliau berkata, keadaan kampung itu yang menjadi tempat pemendapan banjir lumpur Sungai Pampang bukan saja mengumpulkan kayu balak dan sisa bahan binaan yang dihanyutkan arus deras, malah mayat mangsa yang terkorban.


TANAH perkuburan mangsa Ribut Tropika Greg yang kebanyakannya warga Indonesia berketurunan Toraja beragama Kristian di Kampung Tanah Merah, Keningau. - Foto Lano Lan
Katanya, lebih 100 mayat dihanyutkan arus deras dari bahagian hulu Sungai Pampang tersadai dan ditemui di kampung itu sejurus banjir reda pada petang 26 Disember 1996.

"Kebanyakan mayat dijumpai tersadai bersama kayu balak dan sisa bahan binaan serta sampah-sarap yang terkumpul di Kampung Limbawan selepas dihanyutkan arus deras Sungai Pampang.

"Saya percaya sebahagian mayat mangsa yang tidak ditemui masih berada di kampung ini kerana ditimbus pasir dan lumpur tebal yang sukar dikorek," katanya ditemui BH, di Kampung Limbawan, di sini, baru-baru ini.

Mangsa yang maut dalam tragedi Ribut Tropika Greg di daerah ini kebanyakannya warga Indonesia berketurunan Toraja, yang menghuni kawasan setinggan berhampiran tebing Sungai Pampang, di bahagian hulu Kampung Limbawan.

Kebanyakan mereka maut selepas gagal menyelamatkan diri apabila arus deras bercampur lumpur melimpahi tebing sungai berkenaan pada awal pagi 26 Dismber 1996 dan menghanyutkan kayu balak serta kediaman mereka.

Sebahagian kediaman yang masih elok ketika dihanyutkan banjir lumpur, hancur berkecai sejurus melalui bawah jambatan Sungai Pampang, yang menghubungkan pekan ini dengan Tenom dekat Kampung Limbawan hingga jambatan itu digelar sebagai `jambatan blender'.


TANAH perkuburan khas mangsa Ribut Tropika Greg di Kampung Tanah Merah. - Foto Lano Lan
Razalie berkata, ada penduduk Kampung Limbawan menemui mayat mangsa di bawah timbunan pasir dan lumpur ketika membersihkan rumah mereka beberapa minggu selepas tragedi itu.

"Ada juga penduduk mendakwa menemui rangka tertanam di bawah timbunan pasir dan lumpur ketika mengorek tanah berhampiran Sungai Pampang beberapa tahun selepas kejadian Ribut Tropika Greg. Kita percaya ia adalah mangsa tragedi itu," katanya.

Beliau berkata, penemuan itu menguatkan keyakinannya mengenai banyak mayat tertanam di bawah timbunan lumpur dan pasir sekitar kampung berkenaan kerana ada beberapa kawasan tidak dibersihkan berikutan timbunan lumpur terlalu tebal.

Mengimbau peristiwa pahit itu, Razalie berkata ,sehari sebelum kejadian, dia dan isteri serta seorang anak tiada di kampung kerana bercuti di Kuala Lumpur.

"Pada malam 25 Disember saya menelefon adik di Kampung Limbawan bertanyakan persiapan kenduri kahwin anaknya tetapi tiada yang mengangkat telefon. Pada mulanya saya beranggapan mereka sibuk tetapi saya tidak sedap hati.

gn4id:11222650

"Saya difahamkan ketika itu air Sungai Pampang mula melimpah dan penduduk, termasuk ahli keluarga saya di Kampung Limbawan sudah mula dipindahkan ke kawasan selamat.

"Esoknya (pagi 26 Disember), kebetulan saya bersama isteri dan anak pulang. Kami bergegas menaiki kereta sewa sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

"Setiba di Keningau jam 4 petang, saya lihat keadaan kelam-kabut dan amat pilu apabila tiba di simpang ke Kampung Limbawan, saya lihat lebih 100 mayat mangsa Greg disusun di situ," katanya.

Razalie berkata, semua ahli keluarganya sempat berpindah ke tempat perlindungan sementara di pekan, manakala rumah serta seluruh perkampungan ditenggelami banjir lumpur dengan hampir semua kediaman, termasuk rumahnya mengalami kerosakan.

"Arwah isteri saya pengsan sejurus melihat deretan mayat disusun di simpang masuk Kampung Limbawan. Pada masa itu, rumah mayat Hospital Keningau sudah tiada ruang untuk menyimpan mayat kerana di situ pun ada puluhan mayat mangsa.

"Sepanjang ingatan saya, ia kejadian paling buruk berlaku di daerah ini dalam tempoh lebih setengah abad. Tiada siapa menyangka Sungai Pampang yang sebelum ini hanyalah anak sungai selebar kira-kira satu meter bertukar ganas sekelip mata," katanya.

Sebahagian besar mayat mangsa yang ditemui dalam tragedi itu dikebumikan di tanah perkuburan khas mangsa Ribut Tropika Greg di Kampung Tanah Merah, kira-kira lapan kilometer dari pekan Keningau.


BERDASARKAN rekod, seramai 102 mangsa masih belum ditemui, namun dipercayai turut terkorban dalam ribut yang melanda sehari selepas sambutan Krismas itu. - Foto Lano Lan
Ribut Tropika Greg Keningau

238 mangsa disahkan terkorban.
102 mangsa dilaporkan masih hilang.
15 mangsa terkorban adalah warga tempatan, manakala selebihnya warga asing, kebanyakannya Indonesia.
300 anggota penyelamat terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
24 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan 109 anggota tentera darat turut menyertai SAR.
4 helikopter Sabah Air digunakan untuk operasi SAR.
3 pusat pemindahan menempatkan 1,900 mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
iols suka topik ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2019 02:46 PM | Show all posts

marilah share apa sakura tau
sama la sy pun suka isu mcmni
menambah pengetahuan secara tak langsung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bcomplex replied at 29-8-2019 02:24 PM
Ya betul tu kejadian nya betul betul selepas krismas
sedih masa dengar suami cerita, masa tu umur ...

Sy ingat ni. Tp kami yg jauh2 Ni of course dengar cerita yg tatau benar atau tidak. Yg mgkn hanya fitnah semata.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 03:14 PM | Show all posts
sejak hari itu...saya mesti cuti pada 26disember
kot berlaku malapetaka besar besaran...berada disamping kluarga boleh la buat something
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2019 03:17 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-8-2019 03:11 PM
Sy ingat ni. Tp kami yg jauh2 Ni of course dengar cerita yg tatau benar atau tidak. Yg mgkn hanya  ...

betul tu, kalau ikut pembacaan memang
ada macam macm versi tp biarlah kita
bersandarkan pada fakta cerita, ianya musibah
bukan untuk di jadikan bualan tp lebih pada mengenang
kejadian sejarah yang pernah jadi di negara kita

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2019 03:20 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 29-8-2019 03:14 PM
sejak hari itu...saya mesti cuti pada 26disember
kot berlaku malapetaka besar besaran...berada disa ...

tarikh 26 disember ni juga mengingatkan pada tsunami di acheh tahun 2004

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 09:26 AM | Show all posts
thanks for the info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 09:33 AM | Show all posts

welcome dear
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 10:29 AM | Show all posts
Kejadian ni di dekat2 kg sy.....makcik dan sorang sepupu sy meninggal dan sampai sekarang belum kena jumpa. Masa tu diorang ni buat persiapan utk sambut krismas. Tiba2 rumah diorang kena hanyut oleh air banjir + lumpur + kayu balak dari ulu sungai.

Kalau ikut crita pakcik sy tu, diorang sudah pegang dekat 1 pokok kayu ni, tapi pokok kayu tu pun dihanyutkan sekali. Pakcik sy cuba selamatkan diorang tapi air lumpur tu terlalu kuat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 12:47 PM | Show all posts
yarid replied at 30-8-2019 10:29 AM
Kejadian ni di dekat2 kg sy.....makcik dan sorang sepupu sy meninggal dan sampai sekarang belum kena ...

Terima kasih atas perkongsian
Salam takziah ya
Luluh hati mengenang yang tiada dan
masih tak dapat dijumpai sampai sekarang
nak bergembira bertukar duka
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 02:32 PM | Show all posts
bcomplex replied at 30-8-2019 12:47 PM
Terima kasih atas perkongsian
Salam takziah ya
Luluh hati mengenang yang tiada dan

Tu la....masa tu sy masih kecil lagi....pejam celik rupanya sdh lebih 20 tahun kejadian ni.....

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih... Kejadian yg agak membingungkan juga dlm sains meteorologi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2019 04:12 PM | Show all posts
farlis replied at 5-9-2019 04:10 PM
Sedih... Kejadian yg agak membingungkan juga dlm sains meteorologi.

boleh share cerita ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2019 04:14 PM | Show all posts
Kami Sayang Keningau 2.0
24 December 2017 ·
MISTERI RIBUT GREG KENINGAU 26 DISEMBER 1996

Lapan tahun sebelum tragedi tsunami yang melanda beberapa negeri di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004, negara pernah dikejutkan dengan satu malapetaka besar. Berkongsi tarikh sama iaitu 26 Disember, ia berlaku pada tahun 1996.

Dalam kejadian itu, beberapa daerah di Sabah dilanda bencana ribut tropika Greg mengorbankan lebih lebih 200 nyawa. Seramai lebih 100 orang lagi tidak ditemui. Kerugian mencecah RM150 juta.

Antara daerah terjejas ialah Keningau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar. Sebahagian mangsa terkorban dalam banjir dan terperangkap di dalam lumpur yang tebal.

Di kalangan penduduk Keningau yang paling teruk terjejas, tragedi itu masih menjadi tanda tanya. Bencana itu berlaku kira-kira empat jam sahaja dari pukul 5 pagi dan air surut sepenuhnya 9 pagi.

Beberapa hari sebelum kejadian, tiada petanda awal namun hujan lebat menyebabkan air bertakung di puncak Bukit Kimanis yang menjadi latar perkampungan mereka di Kampung Agudon, Kampung Masak, Kampung Contoh, penempatan Tator (Tana Toraja, Indonesia), Kampung Masjid dan Kampung Limbawan.

Malangnya, penduduk tidak tahu tentang kewujudan takungan air itu.

Malah, Sungai Pampang yang mengalir dari bukit itu dan melalui perkampungan mereka juga sempit seperti parit kecil dan cetek. Dalamnya tidak sampai satu meter.

Gambaran penduduk mengenai tragedi itu amat dramatik. Ia seperti air ditakung penuh dalam baldi besar, sebelum dicurah kesemuanya sekaligus!

Pada peringkat awal, air naik mengejut dan surut secara tiba-tiba, sebelum datang arus deras kali kedua bersama batu besar dan kayu balak.

Ia tidak memusnahkan rumah mereka serta-merta, sebaliknya hanyut sebuah-sebuah seperti bahtera besar belayar, sehinggalah sampai ke Jambatan Sungai Pampang iaitu pemisah antara Kampung Masjid dan Limbawan.

Pada masa inilah berlaku perkara pelik. Rumah-rumah yang dihanyutkan itu tidak melepasi jambatan dan jalan yang ditenggelami air.

Sebaliknya ia disedut ke arah bawah jambatan, kemudian dikisar sehingga hancur sebelum memuntahkan serpihan rumah, mangsa, batu dan balak bersama arus deras ke arah Kampung Limbawan.

Keadaan kampung-kampung di Keningau, Sabah yang terjejas akibat ribut yang melanda kira-kira pukul 2 pagi hingga 6 pagi ketika kebanyakan penduduk sedang lena diulit mimpi itu amat mengejutkan.

Usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa memang sukar ekoran jambatan yang menghubungkan kawasan itu dengan laluan utama roboh dihanyutkan arus deras.

Operasi menyelamat dijalankan selama lebih dua minggu sebelum dihentikan pada 12 Januari 1997 dengan angka korban dicatatkan melebihi 200 orang, manakala 102 lagi diklasifikasikan hilang sehingga kini.

Ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat, pasukannya tidak menemui mangsa yang masih hidup tetapi hanya jasad tidak bernyawa.

Pasukan lain juga hanya menemui mayat-mayat mangsa di sepanjang tebing sungai di sekitar kawasan berkenaan selepas dihanyutkan arus deras.

Keadaan kawasan perkampungan yang dilanda ribut yang dahsyat itu amat sukar digambarkan dengan kata-kata.

Boleh dikatakan semua yang pernah ada di tanah tersebut dihanyutkan arus ke kawasan sungai dan yang tinggal hanyalah pokok-pokok tumbang dan tapak rumah.

Melihat keadaannya hari ini dengan air jernih mengalir perlahan di celah-celah batu, sukar dipercayai ia pernah meragut kira-kira 300 nyawa dalam tempoh hanya beberapa jam akibat limpahan air dan arus deras.

Tragedi hitam awal pagi pada 26 Disember 1996 itu tidak sempat dielak penghuni rumah berhampiran tebing Sungai Pampang, dengan kebanyakan mereka masih tidur. Tiada siapa yang dapat menduga, rumah yang dianggap kukuh, hanyut sekelip mata.

Hari ini, hanya saiz yang membezakan keadaan Sungai Pampang, dengan lebar 10 meter hingga 20 meter berbanding hanya satu meter hingga lima meter sebelum Ribut Tropika Greg.

Tiada lagi penempatan di tebing sungai itu, kecuali beberapa rumah atau pondok dibina pekebun yang mengusahakan kebun sayur di kawasan rizab sungai.

Semak-samun dengan rumput panjang dan rumpun buluh memenuhi tebing Sungai Pampang, selain sampah-sarap dan sisa kumbahan di bahagian hilirnya.

Hanya jambatan Sungai Pampang berhampiran Kampung Limbawan, yang menghubungkan pekan ini dengan Tenom tidak terjejas dan masih kukuh hingga hari ini.

Paras Sungai Pampang ketika tragedi itu dianggarkan lebih empat meter kerana hampir menenggelamkan rumah dua tingkat sebelum ia dihanyutkan arus.

Sebelum Ribut Tropika Greg melanda, Sungai Pampang hanyalah sebuah anak sungai dan tiada siapa menyangka ia boleh membawa aliran air yang amat deras dan menghanyutkan rumah serta apa saja berhampiran tebing sungai.

Ketika itu, kebanyakan penduduk tempatan yang mendirikan rumah berhampiran Sungai Pampang tiada di rumah kerana balik kampung merayakan Krismas dan yang tinggal ketika itu hanyalah warga Indonesia yang bekerja di sini.

Persoalan dari mana air yang terlalu banyak hingga melimpahi tebing Sungai Pampang, seperti ditimpa empangan pecah, masih menjadi misteri.

Ada cerita tersebar ketika itu, kononnya beberapa hari sebelum kejadian, ada orang tua datang ke sebuah rumah berhampiran Sungai Pampang yang sedang mengadakan keramaian untuk meminta air, namun penghuninya tidak mengendahkannya, malah mengejeknya pula.

Orang tua itu kemudian menjawab akan memberikan air yang banyak jika benar penghuni di rumah itu tiada air maka, terjadilah limpahan air yang sangat banyak di Sungai Pampang hingga menyebabkan banyak kerosakan dan kehilangan nyawa.

Berdasarkan pemantauan di hulu Sungai Pampang di Banjaran Crocker selepas kejadian, ada kesan takungan air di tanah tinggi itu akibat hujan berterusan berikutan pembentukan siklon tropika di Laut China Selatan, kemudian dikenali sebagai Ribut Tropika Greg.

Hujan berterusan beberapa hari sebelum kejadian menyebabkan jumlah air bertakung di kawasan terbabit bertambah sebelum `pecah' dan melimpahi Sungai Pampang pada 26 Disember 1996 dan surut kira-kira empat jam kemudian.

Banyak nyawa terkorban dalam tragedi ini dan ratusan penduduk juga dikatakan masih tidak ditemui sehingga kini. Penduduk percaya, perkampungan yang terbabit juga menjadi kubur yang tidak bertanda.

Sumber artikel: SentiasaPanas
Image may contain: house, sky, outdoor and nature
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bcomplex replied at 5-9-2019 04:12 PM
boleh share cerita ?

Dalam bahasa ringkas, pergerakan ribut tropika ni melanggar hukum fizik.  Tidak pernah lagi berlaku pergerakan yang melawan arus. Terbentuk di Laut China Selatan, membadai Sabah dan mati di Perairan Sulu. Sepanjang rekod pemantauan ribut tropika/taufan, pergerakan adalah dr timur ke barat (kanan ke kiri), bkn barat ke timur (kiri ke kanan).

This unusual phenomenon
Tropical cyclone is very-very rarely hit Malaysia. Any system of tropical cyclones in the South China Sea will generally move in the Indochina region. In addition, the movement of this storm from 8 ° N 110 ° E to 3 ° N 126 ° E which persists unbelievable.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2019 05:00 PM | Show all posts
farlis replied at 5-9-2019 04:40 PM
Dalam bahasa ringkas, pergerakan ribut tropika ni melanggar hukum fizik.  Tidak pernah lagi berlak ...

terima kasih atas perkongsian
semua nya atas kuasa tuhan
kalau dari segi sains memang tidak logic
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.081487 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list