CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2855|Reply: 18

"Puas Hati Duduk Di Kelantan"- Kaum India Kaum Minoriti di Kelantan

[Copy link]
Post time 3-9-2019 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Umum maklum, Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa. Majoriti rakyat di Malaysia terbahagi kepada kaum Melayu, Cina dan India seterusnya diikuti beberapa kaum lain.

Walaupun berbilang bangsa, kesemua rakyat Malaysia mampu hidup sesama mereka dengan aman dan damai tidak kira dalam apa jua perkara dari segi pencarian rezeki bersama sehinggalah ke perkongsian perayaan.




Sumber: Utusan Malaysia



Sesuatu yang menarik berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini apabila laman Facebook Anok Kelate mendedahkan melalui satu video tentang kaum minoriti yang hidup di Kelantan iaitu kaum India.


Sepertimana yang kita semua sedia maklum, negeri Kelantan terkenal dengan julukan negeri Serambi Mekah yang mana majoriti rakyatnya berbangsa Melayu dan beragama Islam.


Namun, siapa sangka negeri yang didiami masyarakat majoriti tersebut juga didiami bangsa India yang menjadi kaum minoriti di negeri Kelantan.


Bagi rakyat Kelantan sendiri, perkara ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka tetapi bagi mereka yang bukan berasal dari negeri tersebut mungkin akan terkejut dan kagum dengan pendedahan dari pemilik laman Facebook Anok Kelate tersebut.







Menerusi video tersebut, salah seorang anak Kelantan berbangsa India yang bernama Sriganesa a/l Ratanakumar menyatakan bahawa dia berpuas hati menetap di negeri Kelantan kerana tidak pernah mengalami perbalahan dengan mana-mana pihak dan juga tidak mempunyai masalah untuk mencari rezeki di Kelantan kerana rakyatnya hidup aman sesama mereka.


Lingeswaran a/l Vijayakumar pula berpendapat bahawa walaupun kaum India adalah kaum minoriti, mereka tidak pernah merasa sebarang diskriminasi  kerana semua rakyat Kelantan hidup seperti adik-beradik di mana mereka bersekolah bersama serta berkerja bersama.


Malahan, menurut Kumaraeswaran a/l Murugaiah yang berkerja sebagai peniaga, beliau tidak mempunyai masalah dalam perniagaannya kerana 90 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada kaum Melayu yang sentiasa menyokong sesama mereka. Menurut beliau lagi, di Kelantan juga tidaklah terlampau disekat kebebasan mereka.


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa negeri Kelantan mampu menjadi sebuah negeri yang memberi contoh terbaik walaupun sering mendapat tanggapan buruk daripada orang luar.


Perkara seperti inilah yang sepatutnya diamalkan setiap rakyat Malaysia kerana kekuatan sesebuah negara datangnya dari perpaduan seluruh rakyat. Jika bukan rakyat itu sendiri yang menjaga keamanan dan perpaduan sebuah negara itu, maka siapa lagi yang harus menjaganya? Tepuk dada tanyalah selera.


Kongsikan pandangan anda sekiranya anda pernah berkunjung di negeri Kelantan ataupun jika anda sendiri adalah orang Kelantan di ruangan komen di bawah. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2019 11:26 AM | Show all posts
mereka bersekolah bersama serta berkerja bersama


Ni kata kunci untuk perpaduan negara. Kalau dah dari kecik sekolah asing2 macam mana nak bersatu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 11:27 AM | Show all posts
i pernah deal dgn india kelantan...mule2 ckp on phone mati2 igt die melayu skali nm raj...die punye kelantan gila pekat...pantang tau opis kiteorg ade staff prempuan br mulalh tel nk mengayat huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mawar_mustika replied at 3-9-2019 11:27 AM
i pernah deal dgn india kelantan...mule2 ckp on phone mati2 igt die melayu skali nm raj...die punye  ...

Hensem ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bagus perpaduan kat sana. Iols org luar yg dtg byk kali pun nmpk. Cina india berckp mcm org melayu. Org cina pun x kiasu sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina & india kelate je iols tak meluat & rasis..baik tu baik sungguh, buat kita mcm anak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Respect kat kelantan sbb semua cakap loghat kelantan. Xde pelat2
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 12:55 PM | Show all posts
Kalau dari kecil dah biasa bergaul dengan mereka dari latar belakang bangsa dan agama yang berbeza selalunya tak akan ada masaalah dalam pergaulan.  Hanya mereka bila dah dewasa je baru nak sebegitu yang selalu ada masaalah dalam pergaulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2019 12:59 PM | Show all posts
sebelah pantai timur mmg takde isu rasis ni. rasis ni belah pantai barat sampai selatan.  lambakan sekolah vernakular dan monopoli ekonomi jadik punca utama.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:39 PM | Show all posts
bila kita bercakap bahasa yg sama, dah tentu kita lebih bersatu...

masih ramai yg tak faham.. hapuskan la sekolah jenis tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 01:52 PM | Show all posts
org india sana x pacak tiang kuil merata kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2019 05:32 PM | Show all posts
ni ker extrimis yg di uar2 kan itu?
aku malas nak mintak bukti..mmg takkan berbalas punya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2019 08:24 PM | Show all posts
palmolive replied at 3-9-2019 05:32 PM
ni ker extrimis yg di uar2 kan itu?
aku malas nak mintak bukti..mmg takkan berbalas punya

Extrimis apa tu, Tuan? Hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:06 PM | Show all posts
bagusnya..thumbs up..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 03:23 PM | Show all posts
duri_durians replied at 3-9-2019 01:39 PM
bila kita bercakap bahasa yg sama, dah tentu kita lebih bersatu...

masih ramai yg tak faham.. hap ...

ni akak stuju.  Penah jadi tajuk perbahasan masa akak study dulu. Even ramai yg tak setuju tp lagi ramai yg setuju hapuskan jelah skolah berjenis2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 03:27 PM | Show all posts
dibs replied at 4-9-2019 03:23 PM
ni akak stuju.  Penah jadi tajuk perbahasan masa akak study dulu. Even ramai yg tak setuju tp lagi ...

benda logik.. bila u boleh cakap bahasa sama, u senang bergaul, senang masuk kepala.

dah tentu2 akan rasa seperti adik beradik atau saudara.

kalau sepatah bahasa kebangsaan pun tak pandai.. sangat lah mengecewakan dari sudut pandang nasionalisme.



bukan nak kata orang ckp bhasa sama tak bgaduh, itu tipu namanya. cuma bila cfakap bahasa sama, kita ada asas dan akar yg serupa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2019 03:48 PM | Show all posts
kan..klau syllabus sama, method of education sama kkak rasa lagi bagus utk develop perpaduan kaum..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2019 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 3-9-2019 12:59 PM
sebelah pantai timur mmg takde isu rasis ni. rasis ni belah pantai barat sampai selatan.  lambakan s ...

pantai timur belah pahang ada sikit rasis sbb cina agak ramai dlm beberapa kawasan di sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bila skit mmg diaorg akan hormat..tp jika dah byk...mula naik pale...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063328 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list