Kredit foto: IG Sharulezad
Nampaknya, isu pelat berbahasa Melayu mendapat perhatian beberapa selebriti lain juga selain Sarimah Ibrahim.
Pengarah drama Nur, Sharulezad Mohameddin menerusi laman Instagram lantang menyuarakan pendapatnya mengenai isu itu.
Malah, dia turut menyifatkan orang Melayu yang bangga mengaku tidak fasih berbahasa Melayu adalah sesuatu yang memualkan!
Kredit foto G Sharulezad Mohameddin
Postingnya itu turut mendapat perhatian pelakon Sharifah Amani, 33, yang membuat pengakuan lemah berbahasa Melayu di awal pembabitannya dalam industri seni.
"Nani dulu pun mengaku bodoh cakap Bahasa Malaysia. Nani bagi tau semua orang, bukan pasal Nani bangga tapi pasal Nani jujur.
"Mungkin cara tu silap tapi itu lah cara Nani nak mintak tolong kot. Masa tu Nani kena kecam teruk," ujarnya.
Kredit foto: Sharulezad Mohameddin
Rita Rudaini dan Jasmine Suraya turut tidak ketinggalan untuk memberi pendapat mereka.
Kredit foto: IG Sharulezad Mohameddin
Amboi, semua ni nak hentam BM Challenge Vivy Yusof tempoh hari ke ni? - CARI
BACA JUGA: 'Banyak Campuran Tapi Tak Acah Pelat' - Vivy Tak Terbakar Ke Dibandingkan Dengan Sarimah?
BACA JUGA: "oyo, Acah Je"- Vivy Yusof Dimarah Netizen Buat 'BM Challenge'
|