CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10334|Reply: 20

Pengalaman Tukang Gantung Penjara

  [Copy link]
Post time 12-9-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku teringat kenangan aku menulis mengenai kerjaya sebagai tukang gantung dua tahun lalu.

Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung’.

Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spiritual.

“Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa’ tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?” katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan.

Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang.

Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut’.

Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung.

“Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja’ itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini.

“Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia… orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung,” katanya.

Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu beberapa hari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan.

Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Jumaat iaitu di antara pukul 5 hingga 6.30 pagi.

Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang.

Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain.

“Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu… selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya.

``Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini,” katanya.


Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen.

Ujarnya, lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu.

Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan’ daripada mulut mayat berkenaan.

“Bunyinya seperti ini…. eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar,” katanya sambil ketawa.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform.

Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik `gear’ dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah.

Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah.

Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta.

Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas.

Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak.

Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal’ kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya.

“Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas… tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna.

“Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi.

“Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku,” katanya.

Mengenai `gangguan’ yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau’ namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung.

Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung.

Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara.

“Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang’ dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya.

“Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya `pulang’ dan dia pun terus menghilangkan diri.

“Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata,” katanya sambil tersenyum.

Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat’ beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara.

Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati.

Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya.

“Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara,” ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit.

Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah.

Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama.

“Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

“Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah `pemergian’ mereka dirahmati-Nya,” ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis: “Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.

“Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear’ di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan… keajaiban itu tidak pernah berlaku!”

Oleh : Syahril A. Kadir

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape kene mengena dengan gambar tu?
Terperanjat tau tak?

Baca pun da rasa gerun, apetah lagi orang yang menjalankan hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 08:39 AM | Show all posts
amboi pic akhir tu. buat suspen je
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:19 AM | Show all posts
scary nyaaa. tp at the same time rse nk tgk jgk cmne hukuman gntung dijalankan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Scary pulak yg kisah kena cuit mintak rokok tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut nya masa nak kena gantung tu kan
Mintak jauh la
Nauzubillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu kan ada tular video masa sadam hussin menjalani hukuman gantung. tapi aku takut nk tgk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
zuri154 replied at 13-9-2019 12:46 PM
dulu kan ada tular video masa sadam hussin menjalani hukuman gantung. tapi aku takut nk tgk.

Ha ah..ada rasanya video ni. Sapa hati kering boleh la tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nejina replied at 13-9-2019 11:51 AM
Scary pulak yg kisah kena cuit mintak rokok tu

Permintaan akhir tak ditunaikan..banduan akhir ni mmg dibagi peluang boleh mintak makanan yg kos nya ditetapkan tak boleh lebih dr Rm7.50 pada masa tu. Jd oderlah apa2 yg dlm hrga tu buat kali terakhir. Tapi rokok tu tak boleh la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 13-9-2019 12:12 PM
Takut nya masa nak kena gantung tu kan
Mintak jauh la
Nauzubillah

Jangan lah kita or keluarga kita termasuk dlm senarai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram. Hati mesti kental
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta dijauhkan la dari semua ni ... Seram dengarnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Scary baca kisah nih...Tak sanggup Kaka jadik tukang gantung manusia...gantung baju anytime
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau macam pembunuh perogol penjenayah tu buat apa nak kesian
Masa dorang buat tu lagi kejam
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakalongmu replied at 13-9-2019 03:56 PM
Scary baca kisah nih...Tak sanggup Kaka jadik tukang gantung manusia...gantung baju anytime

Gantung baju tu acara wajib hahah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 04:30 PM | Show all posts
minta dijauhkan lah dr keluarga kita semua..tp seram
jg lah yg tak dpt rokok tu.g cr balik pl.hakikat nya kerja
org yg menggantung ni bukan mudah.hati kene kuat dan
dia diberikan kelebihan jg kan..tp gambar tu buat terkejut
pl akk ingat gambar hiasan biasa2 jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kena mengena doh gambar last tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kena mengena doh gambar last tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 03:51 PM | Show all posts
moga dijauhkan dari pengakhiran begini
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 08:18 AM | Show all posts
zuri154 replied at 13-9-2019 04:46 AM
dulu kan ada tular video masa sadam hussin menjalani hukuman gantung. tapi aku takut nk tgk.

The mother of all hangings kekdahnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076262 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list