CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6246|Reply: 13

Darlie Routier: Dihukum Penjara Seumur Hidup Kerana Tikam Dua Anaknya Tapi Ramai

[Copy link]
Post time 12-9-2019 07:29 PM | Show all posts |Read mode
Darlie Routier, ibu kepada tiga orang anak mempunyai cerita tentang seorang lelaki memecah masuk rumahnya dan menikam dua anaknya hingga mati. Tapi, pihak polis menemui beberapa klu yang membuatkan wanita ini kini dah 20 tahun di penjara menunggu hukuman mati.

Tapi siapa yang betul?

Dua kanak-kanak ditikam dengan kejam & leher Darlie dikelar oleh penceroboh?


Pada awal pagi 6 Jun 1996, 911 mendapat panggilan dari Rowlett, Texas. Darlie Routier mengatakan seorang penceroboh telah masuk ke rumahnya dan menikam dua anaknya Devon dan Damon dan dirinya.

Ada orang masuk rumah saya, dia pecah masuk dan tikam saya dan anak-anak saya."

Tambah wanita ini lagi, bayinya Drake tidur di tingkat atas bersama suaminya Darin Routier tak mengalami apa-apa kecederaan.

Bila polis tiba, mereka menemui Devon telah pun mati di tempat kejadian manakala Damon meninggal di dalam ambulans dalam perjalanan ke hospital.
Darlie sendiri mengalami kecederaan kesan kelar di leher dan lengan kanannya.

Darlie menjelaskan penceroboh itu sebagai seorang lelaki kulit putih berketinggian enam kaki. Pihak polis juga menemui skrin tingkap garaj rumah tersebut telah dipotong menunjukkan ada orang cuba untuk masuk ke rumah ini.

Pihak polis temui bukti bercanggah dengan cerita Darlie Routier


Bila pihak polis menjalankan siasatan, analisis forensik menunjukkan bukti tersebut tak sama dengan apa yang Darlie ceritakan pada polis dan pihak berkuasa mula mengesyaki wanita ini.
Untuk permulaan, senjata pembunuhan adalah pisau dari rumah Darlie sendiri, ini menimbulkan rasa curiga sama ada betul atau tak penceroboh masuk.

Keduanya, motif pencerobohan tak jelas kerana banyak barang berharga terletak di tempat-tempat terbuka, tapi satu pun tak diambil.

Tambah lagi, analisis percikan darah di sekitar rumah tersebut mendedahkan yang ia tak konsisten dengan versi cerita Darlie.

Corak darah di dapur pula kelihatan seperti orang yang sedang berdiri tegak dan bukan tengah berlari kejar orang seperti cerita Darlie.

Tambahan lagi, penganalisis forensik menemui jumlah darah yang banyak kepunyaan Darlie di sinki menunjukkan yang dia berdiri di sinki untuk kelar leher dan lengannya.

Akhir sekali, pihak foresik menemui kesan serat dari skrin tingkap pada pisau roti di dapur keluarga ini. Kalau betul penceroboh tu guna pisau dorang, macam mana dia boleh masuk ke rumah ambil pisau potong skrin lepas tu letak pisau balik. Tak masuk akal kan?

Penemuan ini menunjukkan penyerang itu berada di rumah sepanjang masa. Dan disebabkan suami Darlie tidur bersama bayi mereka sepanjang masa, pihak polis terus suspek Darlie Routier.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagii tt suspen
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 11:41 AM | Show all posts
TT cerita tergantung..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 11:16 AM | Show all posts
Kalau kat Malaysia,jangan harap la PDRM nak siasat details cenggini
Kalau kat Malaysia mesti permpuan ni dah lepas
'Pencerobah' tak dijumpai
And case close abis cerita

Contohnya kes norah Anne
dah diam kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
shania88 replied at 24-10-2019 11:16 AM
Kalau kat Malaysia,jangan harap la PDRM nak siasat details cenggini
Kalau kat Malaysia mesti perm ...

Dulu ye kot
Skrg xlg dh
Cth kes yg sdg berjln skrg
Ceo's cradle fund, nazrin

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 06:07 AM | Show all posts
Ai pernah tengok gambar mayat anak2 Darlie yg dibunuh. Mustahil org luar sanggup pecah masuk rumah, terus pergi tikam budak2 kecik yg tak berdaya bertubi2 lepas tu baru target org dewasa?

korang cari bideo Darlie sambut bday anaknya kat kubur. memang mental.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2019 01:34 PM | Show all posts
dani-rox replied at 30-10-2019 06:07 AM
Ai pernah tengok gambar mayat anak2 Darlie yg dibunuh. Mustahil org luar sanggup pecah masuk rumah,  ...

ade link tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 11:46 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 4-11-2019 11:47 PM

kat YT ada
start dari min 5:10





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 01:13 AM | Show all posts
shania88 replied at 24-10-2019 11:16 AM
Kalau kat Malaysia,jangan harap la PDRM nak siasat details cenggini
Kalau kat Malaysia mesti perm ...

Kes Nora Anne tu dah kategori kes missing 411 (unsolved mystery). Apasal nak salahkan polis Malaysia pulak?? Bukan polis Malaysia jer yg siasat...polis UK pun ada sama siasat. Dan lepas diaorang bawak balik mayat Nora Anne tu, diaorang ada buat second autopsy tapi sampai sekarang senyap jer takde disclose apa2 kat media sebab diorang tak jumpa apa2 bukti unsur jenayah....so tutup kes.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Waiting death row
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 04:27 PM | Show all posts
Fieza-mira replied at 7-11-2019 01:13 AM
Kes Nora Anne tu dah kategori kes missing 411 (unsolved mystery). Apasal nak salahkan polis Malays ...

satu lagi...rasanya semua bedah siasat dilakukan oleh doktor bukan en inspektor...laporan punca kematian dikeluarkan oleh doktor.



Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2019 04:17 PM | Show all posts
so orang tak percaya sbb apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2019 02:21 PM | Show all posts
baca cerita ni teringat kisah chris watts yang bunuh anak dengan bini dia tengah pregnant lepastu buat report cakap bini hilang sampai keluar tv hujung2 kantoi dengan test lie detector polis terus mengaku sebab dia bunuh bini dia sebab nak hidup bebas dengan awek baru je...
serius kenot brain la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2019 12:44 AM | Show all posts
Ramai org gila skrg...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.240541 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list