CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9571|Reply: 163

[Tempatan] Perkara 3 Perlembagaan tidak sebut Sunni atau Syiah, kata Suhakam.

  [Copy link]
Post time 13-9-2019 03:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-9-2019 11:26 AM

Perkara 3 Perlembagaan tidak sebut Sunni atau Syiah, kata SuhakamMinderjeet Kaur -

September 12, 2019 6:44 PM





Suhakam menggesa pihak berkuasa agama mengambil kira Mesej Amman yang menyarankan sikap toleransi dalam kalangan orang Islam.



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pihak berkuasa mengambil kira dokumen antarabangsa yang berikrar menamatkan sektarianisme dalam kalangan orang Islam dalam usaha mencapai persetujuan tentang Islam versi manakah yang diiktiraf oleh undang-undang.


Pesuruhjaya Suhakam Hishamudin Yunus berkata, dalam menafsirkan bentuk Islam manakah yang dimaksudkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan, pihak berkuasa hendaklah merujuk kepada Mesej Amman yang ditandatangani pada 2005.


“Kita harus mempunyai semangat serupa dengan Mesej Amman,” kata bekas hakim itu pada satu forum yang diadakan bersempena 20 tahun pembentukan Suhakam.

Mesej Amman yang ditandatangani oleh pemimpin Jordan Raja Abdullah II pada 2004, menghimpukan lebih 200 cendekiawan dan pemimpin kerajaan Islam yang mewakili pelbagai mazhab dan aliran pemikiran, menggesa sikap toleransi dalam kalangan orang Islam.


Antara pemimpin kerajaan yang menandatangani dokumen tersebut ialah bekas perdana menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.

Hishamudin berkata, perlembagaan tidak menetapkan mazhab atau aliran pemikiran tertentu.

“Perkataan yang digunakan ialah Islam. Ia tidak sebut Sunni atau Syiah,” katanya.

Hishamudin Yunus.




Komentar beliau dibuat berikutan serbuan terbaru pihak berkuasa ke atas pengikut Syiah di negara ini yang menyaksikan beberapa orang yang menghadiri satu acara tertutup bagi mengingati Asyura, ditahan.

Asyura adalah hari sambutan ulang tahun pembunuhan cucu Nabi Muhammad, Hussein bin Ali.


Tindakan itu mendapat kritikan Suhakam yang mengingatkan pihak berkuasa bahawa perlembagaan negara menjamin kebebasan beragama.

Pihak berkuasa agama negeri melabelkan Syiah sebagai “menyeleweng”, selain menggesa orang Islam Malaysia supaya mengikut mazhab Sunni.

Khutbah Jumaat di Selangor kerap menyelar ajaran Syiah.


Dalam pada itu, Suhakam berkata, ia turut menyampaikan mesej berkaitan kepada orang Islam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dengan menyediakan khutbah Jumaat bertemakan isu hak asasi manusia.


Dalam pada itu seorang lagi Pesuruhjaya Suhakam, Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, pada mulanya jabatan agama negeri beranggapan pandangan badan itu mengenai hak asasi adalah berlawanan dengan pandangan mereka, termasuk mengenai isu LGBT.

Nik Salida Suhaila Nik Saleh.

“Kami memberitahu mereka bahawa Suhakam melindungi hak sama golongan LGBT untuk mendapat pendidikan, pekerjaan, perumahan, kehormatan dan penjagaan kesihatan,” katanya.


“Mereka berkata, mereka juga berbuat demikian. Jadi kami bersependapat, walaupun perkataan yang digunakan berbeza.”

Katanya, Suhakam tidak akan campur tangan dalam perkara berkaitan agama, seperti serbuan pigak berkuasa Islam ke atas pasangan tidak berkahwin melakukan khalwat, atau hukuman yang dikenakan ke atas murid di sekolah tahfiz.


“Bagaimanapun kita boleh memberi kesedaran tentang cara mengetuk pintu, dan jika mereka enggan membukanya, kita akan menendang pintu berkenaan, tetapi memaklumkan perkara itu terlebih dahulu bahawa pegawai penguat kuasa akan memasuki premis terbabit,” kata Nik Salida.



Beliau berkata, Suhakam akan menasihati sekolah agama supaya mengikuti prosedur operasi standard berkaitan langkah merotan murid kerana melanggar disiplin.

“Kita tak kata tidak boleh rotan. Tetapi ia tidak dibenarkan jika tidak mengikut SOP.”




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 04:13 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-9-2019 04:20 AM

oh my god, NIK Salida is also  one of ' them'???

okay -  

ni  lanjutan dari serbuan  tu ke?

astaghfirullah if this is true?

Whilst it is true the Federal Constitution does not elaborate the meaning of Islam in Article 3 (from the perspective of sect or schools) the definition of Islam is not under the purview of Federal authorities because Islamic matter is the business of the states. It is therefore valid for the state or jawatankuasa fatwa to define Islam based on Sunni school of laws.
https://www.facebook.com/ZainulRijal

lastly,
"Ya Allah tunjukkan kepada kami yang haq itu haq, dan berilah kami kemampuan mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami yang batil itu batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya."

adakah ini lanjutan daripada satu peristiwa  yg berlaku baru baru ini ? juga dan serbuan ini , tertanya saya, sebab mengapa ada pihak  yg kelihatan begitu apologetik?

sebab aada frasa frasa yg samar - undang undang yg bersifat sektarian lah
dualisme

etc etc

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 04:14 AM | Show all posts
refer to mesej Amman

how about thetradition ???

why not refrrring to the tradition - dalam sumber yg benar , perkhabaran yg benar ?

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 04:20 AM | Show all posts
“Mereka berkata, mereka juga berbuat demikian. Jadi kami bersependapat, walaupun perkataan yang digunakan berbeza.”

Katanya, Suhakam tidak akan campur tangan dalam perkara berkaitan agama, seperti serbuan pigak berkuasa Islam ke atas pasangan tidak berkahwin melakukan khalwat, atau hukuman yang dikenakan ke atas murid di sekolah tahfiz.

>> but you are protesting the definition of Islam , so ...back to addin ...

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 05:27 AM | Show all posts
“Kami memberitahu mereka bahawa Suhakam melindungi hak sama golongan LGBT untuk mendapat pendidikan, pekerjaan, perumahan, kehormatan dan penjagaan kesihatan,” katanya.

well Dr Nik Salida, tak siapa pun setuju seseorang manusia itu disisihkan daparipada basic necessities,  seperti dinyatakan di atas , tapi  yg jadi soal ialah amalan orientasi itu. so tak payahlah kot stated theobvious.

suhakam ni buat apa dalam kes Adib?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hak asasi majoriti penduduk awat tak mau kira? Bodohnye Suhakam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2019 06:26 AM | Show all posts
Dah mula dah... Sapa yang nampak, Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 12-9-2019 10:05 AM
Hak asasi majoriti penduduk awat tak mau kira? Bodohnye Suhakam..

Suhakam to kleng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Suhakam ne xde sape2 audit ker? Katanya bebas dari kerajaan tapi kaw pakai fund kerajaan gak. Sial
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak rasa suhakam neh mcm salah satu penyebab gov lama jatuh. Dia mcm agen fitnah pakatan hanjeng sebab geng2 ngo tunggang body neh walaupun dia badan berkanun. Gov lama lar bodoh, kaw tak pantau benda neh. Orang buka benda ne untuk topeng tak bagi UN kacaw jer tapi kaw pegi biar, masuk lar langau2 dalam toh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2019 06:50 AM | Show all posts





[color=rgba(255, 255, 255, 0.701961)]





[color=rgba(255, 255, 255, 0.701961)]Perlembagaan tak tetapkan Islam itu Sunni atau Syiah, kata bekas hakim[size=0.875]9:29 pagi (Dikemaskini 9:38 pagi)
[size=0.875][color=rgba(255, 255, 255, 0.701961)]Annabelle Lee





Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Hishamudin Yunus berkata adalah salah bagi pihak berkuasa agama menahan dan menyerbu pengikut Syiah kerana Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, tidak menyatakan mazhab Islam mana adalah agama yang rasmi.

"Saya akan jawab sebagai bekas hakim, dari perspektif undang-undang. Pertama, Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan mengatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain bebas diamalkan.

"Perkataannya 'Islam'. Ia tidak kata 'Islam Sunni’, ia tidak kata 'Islam Syiah', ia hanya sebut 'Islam'.

"Satu hari (nanti) ia (perkataan ‘Islam’) harus ditafsirkan oleh mahkamah agung (untuk mengatakan) apa yang dimaksudkan dengan 'Islam'," katanya dalam satu forum awam yang diadakan sebagai sebahagian daripada acara sambutan ulang tahun ke-20 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.




Hishamudin, yang adalah anggota suruhanjaya itu mengulas soalan mengenai kritikan Suhakam baru-baru ini terhadap serbuan yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sambutan majlis Asyura di Gombak yang menyaksikan 23 orang ditangkap.

Aliran Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar dengan pengikutnya tertumpu di Iran, Iraq, Bahrain, beberapa bahagian Arab Saudi dan negara teluk lain.

Walau bagaimanapun, di Malaysia, majoriti penganut Islam adalah mengikuti fahaman Sunnah wal-jamaah atau Sunni dan aliran Syiah dianggap menyimpang terutama mengenai rujukan serta beberapa tokoh awal sejarah Islam.

Sambil menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadinya, Hishamudin berkata Islam tidak seharusnya "terhad" kepada Islam Sunni tanpa keterangan tafsiran mahkamah.

Beliau juga menyeru agar serangan dan serbuan ke atas umat Islam mazhab Syiah dihentikan.

"Pandangan peribadi saya adalah bahawa serbuan ini mesti dihentikan ... selagi mereka mempraktikkan Islam Syiah secara aman, kewujudan bersama secara damai perlu ada," katanya ketika ditemui media setelah forum itu.




Mengulas lanjut, Hishamudin berkata bahawa pihak berkuasa agama harus mempertimbangkan keputusan 'The Amman Message' mengenai Syiah.




'The Amman Message' ialah kempen perpaduan umat Islam usaha Raja Abdullah di Jordan pada 2004. Ini diikuti dengan rundingan 24 ulama Islam yang kemudian membuat keputusan atas tiga perkara utama.

Ia kemudian disokong 200 ulama dari lebih 50 negara.

Menurut laman sesawang rasmi 'The Amman Message' tiga isu asas itu ialah:

  • Para ulama secara khusus mengakui kesahihan semua lapan mazhab dari Sunni, Syiah dan Ibadhi Islam; teologi islam tradisional (Ash'arisme); sufisme dan pemikiran salafi.
  • Berdasarkan takrifan itu mereka melarang perbuatan takfiri antara orang Islam; dan
  • Berasaskan sekolah pemikiran undang-undang yang diiktiraf, ulama menyatakan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa bagi mendedahkan penyebaran curang dan batil atas nama Islam.

Ketiga-tiga perkara itu kemudian dibentangkan dan diterima sebulat suara oleh pemimpin politik di Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam di Mekah pada Disember 2005.

Malaysia kemudian mengesahkan dokumen itu.

"Jika 'The Amman Message' dapat mengiktiraf kedua-dua aliran ini, mengapa tidak pihak berkuasa negeri kita mengiktiraf mereka?

"Mengapa pihak berkuasa negeri kita harus mengatakan Syiah itu adalah haram (dilarang)?" soal bekas hakim itu






Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 07:08 AM | Show all posts
valid gak tu. dalam perlembagaan xder mention pun islam sunni ke syiah ke..

so sepatutnya jabatan agama islam state xleh bias..hanya islam sunni di cop benar manakala islam lain di cop sesat dan boleh di ambil tindakan sesuka hati mereka terhadap islam yang mereka kategorikan sebagai sesat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:12 AM | Show all posts
sebenarnya apa yg Nik Salida ni fahami dengan pandangan alam  Islam sampai  dikelaurkan statement sebegini?


takkan dari the 'German School' kot ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:15 AM | Show all posts
Tindakan itu mendapat kritikan Suhakam yang mengingatkan pihak berkuasa bahawa perlembagaan negara menjamin kebebasan beragama.

Pihak berkuasa agama negeri melabelkan Syiah sebagai “menyeleweng”, selain menggesa orang Islam Malaysia supaya mengikut mazhab Sunni.

Khutbah Jumaat di Selangor kerap menyelar ajaran Syiah.

diserang ialah > definisi  > makna
diserang adalah undang undang sivil yg bagi access kuas amahkamah syariah
diserang ialah artikel 3
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:23 AM | Show all posts
Better komer attack jer Suhakam toh! Attackkkk!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
First time SUHAKAM menjual maruah seperti fake millionaire @fother_mucker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 09:38 AM | Show all posts
Attack suhakam!!!! Hentammm suhakammm klenggg!!! Suruhanjaya Hak Asasi Keling
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:44 AM | Show all posts
kalau mau malaysia jadi macam negara2 arab,
dan negara2 asia selatan,
sila la bawa masuk Syiah.

nanti kita boleh tengok orang kena tembak sana sini,
dan bom meletop di mana2.



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:52 AM | Show all posts
Sultan sebagai ketua agama Islam.  Kalau Sultan tu Sunni, sunnilah. Kalau sultan tu shiite, shiitelah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 09:56 AM | Show all posts

tanya sikit boleh ke, sebelum ada syiah & sunni, apa namanya ?

pengasas syiah ialah abdullah, pengasas sunni ialah ashari,

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.076797 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list