CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4377|Reply: 3

5 kesan buruk kalau korang berterusan pakai makeup ‘non-stop’!

[Copy link]
Post time 13-9-2019 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Bila cakap mengenai makeup memang semua tahu yang makeup merupakan ‘kawan baik’ bagi setiap wanita. Ada sesetengah wanita yang memang tak boleh kalau tak makeup
Tapi, mungkin ramai yang terlepas pandang bahwa makeup sebenarnya tak bagus untuk kesihatan kulit wajah korang. Produk kosmetik sebenarnya penuh dengan bahan kimia yang boleh jadi bahaya untuk kulit korang tau!
5 kesan buruk kalau korang berterusan pakai makeup ‘non-stop’!
1. Jerawat Timbul
Jerawat bersepah naik dekat muka! Benda yang biasa dan agak sukar untuk kita elak, jerawat. Sama seperti kulit badan kita yang lain, kulit muka kita juga perlu bernafas. Foundation dan bedak yang korang pakai tu akan tersumbat di dalam liang pori sekaligus memudahkan untuk jerawat tumbuh.
Selain tu, korang jangan amalkan tidur dengan makeup tau sebab benda ni pun mengundang jerawat juga. Jadi pastikan muka korang sentiasa dicuci dan bersih dari apa-apa produk makeup sebelum tidur.
2. Kulit Kering
Salah satu kesan produk makeup pada kulit muka adalah kulit menjadi kering dan merekah.Sesetengah kesan produk juga akan jadikan muka korang kusam. Bila dah kering, mula lah kedutan akan jelas kelihatan pada kulit muka. Produk kosmetik yang berasaskan minyak boleh membuatkan makeup korang bercapuk dan mudah berkerak terutamanya di bahagian bawah mata. Untuk counter masalah ni, cuba kurangkan produk yang berasaskan minyak dan sebaliknya lebihkan penggunaan moisturizer dan rutin mencuci muka yang betul.
3. Nampak Tua
Memang dah ramai yang cakap kalau selalu makeup akan nampak lebih berusia dari usia sebenar kan. Tapi mungkin ramai yang tak tahu apa puncanya. Sebenarnya, bahan kimia yang digunakan dalam makeup tu mengeringkan serta menyerap vitamin dan mineral penting yang sedia ada dalam kulit korang. Disebabkan itu, kulit korang akan berkedut dan kering kerana kelembapan semulajadi tu hilang.
4. Sakit Mata
Ada juga jenis golongan wanita yang taklah makeup berat sangat tapi bahagian mata mesti akan pakai celak dan maskara. Penting untuk korang tahu, mata dan kulit di sekelilingnya adalah yang paling sensitif. Setiap lapisan makeup boleh mengakibatkan kerosakan pada mata dan mudah masuk melalui sudut mata menyebabkan iritasi. Penggunaan eyeliner dan maskara yang berlebihan juga menghalang pertumbuhan bulu mata dan menjadi tempat pembiakan bakteria. Sebab tu lah mata mudah gatal-gatal dan pedih.
5. Boleh Kena Kanser
Macam tak percaya je bila cakap makeup ni boleh membawa kepada sakit kanser kan. Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakkan barangan kosmetik yang dijual di pasaran sekarang mempunyai bahan-bahan toksik. Ia mudah diserap oleh kulit korang sekaligus boleh menyebabkan kanser kulit. Jadi dah tau kan bahayanya penggunaan makeup ni. Bukan tak boleh pakai, cuma elak dari pakai dalam jangka masa yang terlalu lama dan periksa dulu alat solek korang tu sama ada selamat digunakan atau tidak.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak make up pun tak reti.. Mcm mana nak bermake up
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak boleh pakai eyeliner dan maskara. Sebab aku ada habit gosok2 mata. Ada yang kata aku kena tumbuk plak kang
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg biasa make up mmg lain sgt bila dah tanggal make up. Nampak tua dari usia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059792 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list