CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4335|Reply: 22

[Tempatan] Tolong jangan buat aduan polis - RPA

  [Copy link]
Post time 13-9-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandriah hari ini bertitah bahawa baginda menyahaktif akaun Twitter bukan disebabkan sedih atau marah.

Sebaliknya, akaun @CheMinahSayang itu dinyahaktif atas alasan peribadi dan bukannya disebabkan siber buli.


Tulisan Tunku Azizah itu dikongsi oleh anakanda baginda Tengku Puteri Afzan Aminah di laman Twitter sebentar tadi.

Tunku Azizah bertitah lagi, baginda tidak bersedih atau marah atas komen itu (merujuk kepada komen pembuli siber) kerana tidak membaca atau mengetahuinya.

Baginda bertitah agar orang ramai tidak membuat laporan polis terhadap tindakan segelintir pihak yang membuat komen tidak enak terhadap baginda.

Rabu lalu, akaun @cheminahsayang milik baginda telah dinyahaktif dipercayai disebabkan ada segelintir pemilik akaun yang menulis komen jelik melalui bebenang ciapan di Twitter.

Petang semalam salah seorang pemilik akaun itu telah menyembah ampun kepada Permaisuri Agong terhadap tindakannya yang menyinggung pelbagai pihak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Reda la kemarahan budak2 twitterland.. Tapi tu la.. Aku kehilangan hiburan pepagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-9-2019 07:21 PM
Reda la kemarahan budak2 twitterland.. Tapi tu la.. Aku kehilangan hiburan pepagi..

Ingatkan Sarah dah kawin pakai inai terjebak iols nak tengok gambar dp

Anyway supaya tak OT, tuanku sila kembali dan pedulikanlah pihak yang mencemburui tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 08:22 PM | Show all posts
report je..biar khalid ismath tido lokap lg...dak2 syiah ni mmg bongok..bnyk sngt ketuk kepala tu la jdinye..bongok...muka hauk pangai hauk hati hauk..elok la ko dipanggil bongok..mana2 paria bongok jngn trase erk
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 13-9-2019 08:20 PM
Ingatkan Sarah dah kawin pakai inai  terjebak iols nak tengok gambar dp

Anyway supaya tak OT, ...

Hahaha.. Tak la.. Gambar ni raya tahun sudah.. Boh inai kat Tok sy mengasuh ni Kim.. Dia suka bila sy cantikkan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa... Baru nak tengok yg lagi 3 orang tu kene tangkap. Sebab dok buat bodoh je. Siap tak mengaku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh mohon maaf la tp takyah bg jumpa. Iols xsetuju kalau buat taik camtu pastu nk jumpa rpa sbb nak minta maaf. Apa senang nk jumpa rpa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-9-2019 08:24 PM
Hahaha.. Tak la.. Gambar ni raya tahun sudah.. Boh inai kat Tok sy mengasuh ni Kim.. Dia suka bila ...

Ooo single lagi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 13-9-2019 10:59 PM
Ooo single lagi ke

Yo.. Awat?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
queen kita ni mmg berjiwa rakyat...pandai masak dan byk aktiviti dgn rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-9-2019 07:21 PM
Reda la kemarahan budak2 twitterland.. Tapi tu la.. Aku kehilangan hiburan pepagi..

tau takpe ..hilang keceriaan twitter feed aku sperginya cheminahsayang . ampun tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dineo replied at 14-9-2019 01:43 AM
tau takpe ..hilang keceriaan twitter feed aku sperginya cheminahsayang . ampun tuanku

Tu la.. Adoii.. Sbb budak2 4 org ni.. Kita dah kehilangan hiburan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam aku jangka, yg sebok hanya lobaicai2 je,  nak tebus dosa hina raja di masa2 silam, contoh.yg panggil sultan ganu sebagai natang tuh

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah...

Memang sepatutnya Monarchy Members Tak boleh Ada social Media account sebab kerabat2 NI tak da Kuasa Politik dah.

Tujuan nya utk jaga kedudukan diorg la.

Malaysia bukan absolute monarchy
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 14-9-2019 01:53 AM
Tu la.. Adoii.. Sbb budak2 4 org ni.. Kita dah kehilangan hiburan...

Melayu macam kau monarchy members pun boleh jadi hiburan....bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
i speku pihak yistana tak bagi menonjol sgt kot..
dah semua personal life nk ditunjuk nya..
Isu keselamatan, protokol, tatatertib dan sebagainya lah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Di seluruh dunia, terdapat suatu terminologi bagi sebarang kelakuan anti-raja. Perkataan tersebut mempunyai etimologi Perancis bermaksud sebarang jenayah terhadap air muka raja. Perbuatan sebegini ialah jenayah besar di zaman dulu kala.

Dalam skop moden, Malaysia perlu memartabatkan penguatkuasaan terhadap jenayah ini. Tengok sahaja apa jadi kat negara negara luaq sana bagi penghina institusi raja. Antara negara yang selalu guna undang-undang sebagai perisai terhadap institusi monarki ialah Thailand.

Jika Thailand pun mampu jaga imej monarkinya, tentu sekali Malaysia dengan tuduhan-tuduhan rambang seperti berhala, narsis & sebagainya berkemampuan.

Jika tidak,suatu hari monarki negara boleh terhakis sampaikan raja dilihat tiada guna kerana tidak berbuat  apa-apa. Malaysia perlu menjulang maruah keluarga diraja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Helok je angkut mereka yang mulut puaka ni. Tak ada adap. P hantar thailand baru tau erti penyesalan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik nama Cari.forum eh
Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2019 11:40 AM | Show all posts
Hassan Karim gesa polis bebas Khalid Ismath, PH ingat janjiMohamad Fadli -

September 14, 2019 11:30 AM





Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, PH perlu mengingat dan menghormati janji untuk menghapuskan Akta Hasutan.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador digesa membebaskan Khalid Ismath dengan segera selepas aktivis Parti Sosialis Malaysia itu ditahan atas dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

“Tindakan moratarium atau menggantung Akta Hasutan patut dilaksanakan sebelum langkah pemansuhan dikuatkuasakan.

“Saya minta Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad) dan Menteri Dalam Negeri (Muhyiddin Yassin) bertindak sewajarnya,” katanya kepada FMT.







Hassan berkata, janji PH dalam Manifesto Pilihan Raya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 perlu dihormati dan diingat.

Semalam, Khalid ditangkap dalam siasatan polis ke atas dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau ditangkap pada 10.30 malam di rumahnya di Klang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara untuk ditahan reman.

Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata, bekas ketua Pemuda PSM itu ditahan atas tuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) dalam siasatan berkaitan dengan catatan Twitter yang didakwa dibuat terhadap Tunku Azizah.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan selepas menerima satu laporan berhubung penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong.

Laporan itu dipercayai dibuat selepas Tunku Azizah menyahaktif akaun Twitternya semalam.

Penutupan akaun itu menjadi perbualan di media sosial dan sesetengah pengguna percaya ia ada kaitan dengan beberapa komen yang didakwa menghina Tunku Azizah.

Bagaimanapun, Tunku Azizah semalam dilaporkan berkata, akaun Twitter itu ditutup atas sebab peribadi dan beliau tidak membaca atau sedar tentang komen tersebut.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.107682 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list