CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1229|Reply: 15

[Dunia] Iran nafi dalangi serangan kilang minyak Saudi, sedia untuk perang

[Copy link]
Post time 16-9-2019 04:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-9-2019 12:13 PM

Iran nafi dalangi serangan kilang minyak Saudi, sedia untuk perangReuters -

September 15, 2019 9:45 PM


Asap kelihatan di pusat kemudahan minyak Aramco di timur bandar raya Abqaiq, Arab Saudi pada 14 Sept. (Gambar Reuters)


DUBAI: Iran menafikan tuduhan Amerika Syarikat (AS) negara itu sebagai dalang serangan ke atas kilang minyak Saudi, yang turut mengancam bekalan minyak dunia.


Sebaliknya Tehran memberi amaran kepada Washington ia bersedia untuk berperang jika perlu.

Lebih separuh daripada pengeluaran minyak Saudi atau lebih daripada 5% bekalan global terjejas ekoran serangan pada Sabtu.

Kumpulan Houthi yang diselaraskan Yaman memikul tanggungjawab ke atas serangan itu.


Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mendakwa Iran terlibat melancarkan serangan ke atas bekalan minyak dunia.


Industri minyak Arab Saudi, termasuk kemudahan pemprosesan petroleum terbesar di dunia, dijangka meningkatkan harga minyak antara AS$3 hingga AS$5 setong di Timur Tengah pada Isnin.


Jurucakap Kementerian Luar Iran, Abbas Mousavi ketika bercakap di TV kerajaan menyifatkan dakwaan AS itu sebagai “sia-sia”.

Seorang komander pengawal kanan revolusi memberi amaran Republik Islam bersedia sepenuhnya untuk berperang.


“Semua orang perlu tahu pangkalan Amerika dan pengangkut pesawat mereka berada dalam sekitar 2,000 kilometer dari Iran, dalam lingkungan rangkaian peluru berpandu kami,” kata agensi berita separa rasmi Tasnim, yang memetik komander Amirali Hajizadeh sebagai berkata.


Gergasi minyak Saudi Aramco berkata serangan itu mengurangkan pengeluaran sebanyak 5.7 juta tong sehari, kira-kira separuh pengeluaran negara. Aramco adalah pemegang saham terbesar di dunia.


Pompeo berkata tidak ada bukti serangan itu datang dari Yaman, di mana gabungan dipimpin Saudi telah memerangi Houthis lebih 4 tahun selepas konflik antara saingan Arab Saudi Sunni dan Iran Syiah.

Riyadh dituduh bertembung dengan Iran dan proksinya dalam serangan terdahulu ke stesen pam minyak dan pusat minyak Shaybah, menafikan Teheran terlibat.


Ketegangan serantau telah meningkat sejak Washington keluar dari perjanjian nuklear antarabangsa dan mengetatkan sekatan ke atas Iran bagi mengehadkan eksport minyaknya yang penting.


Perancis yang mengutuk serangan itu berkata tindakan sedemikian “hanya boleh memburukkan ketegangan serantau dan risiko konflik”.

Turki, sekutu Iran, menyeru supaya diambil “langkah-langkah provokatif” bagi memelihara kestabilan serantau.


Serangan itu datang selepas Presiden AS Donald Trump berkata kemungkinan pertemuan dengan Presiden Iran Hassan Rouhani akan diadakan semasa sidang umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan ini.


“Di tengah-tengah semua panggilan untuk mengurangkan ketegangan, Iran kini melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas bekalan tenaga dunia,” kata Pompeo dalam ulasan menerusi Twitter pada Sabtu.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman memberitahu Trump pada Sabtu, Riyadh bersedia dan mampu menangani “pencerobohan pengganas”.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/15/iran-nafi-dalangi-serangan-kilang-minyak-saudi-sedia-untuk-perang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2019 06:43 AM | Show all posts
aku kadang nak tergelak dgn Iran ni....pemimpinnya kemain benci dgn US nak peranglah itulah inilah, tapi hampir sebahagian besar rakyat Iran tu sembah sujud pd US, bila ke luar negara yg perempuan Iran tudung hijab semua tanggal, pakai pakaian sebarat-baratnya...rakyat diorang benci dgn gerakan Islamisasi / revolusi Iran, diorang nak bebas mcm masa pemerintahan Shah Iran dulu2. Kalau buat jejak pendapat pastinya rakyat Iran lebih memilih nak tinggal di negara Pakcik Sam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu perang US, Russia dan China paling untung sbb dpt jual senjata...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2019 07:05 AM | Show all posts
rykall replied at 15-9-2019 02:43 PM
aku kadang nak tergelak dgn Iran ni....pemimpinnya kemain benci dgn US nak peranglah itulah inilah,  ...

wanita warga Iran memang mahukan kebebasan berpakaian. Cara pakaian yang mereka pakai sekarang tu bukan pilihan mereka sebenarnya. Kalau di malaysia sama seperti di kelantan, kalau tak ikut kemahuan pemerintah mereka akan di hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 07:08 AM | Show all posts
creep_bite replied at 16-9-2019 07:00 AM
Klu perang US, Russia dan China paling untung sbb dpt jual senjata...

jangan2 russia china dan europe terheret sama.. negara lain seluruh dunia kena tempias
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 07:51 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-9-2019 07:05 AM
wanita warga Iran memang mahukan kebebasan berpakaian. Cara pakaian yang mereka pakai sekarang tu  ...

betul..utk perkara ini saya sependapat, kita tak boleh paksakan hijab pd perempuan tapi biarlah dengan kerelaan sendiri. Namun di Malaysia pula, perempuan yg tak berhijab dianggap rendah moralnya berbanding berhijab padahal yg berhijab pakaian pun tak ikut syariah juga, nampak bentuk badan. Pd saya yang betul2 ada kesedaran berhijab adalah masa tahun 1990an, yg betul2 berhijab / bertudung memang mereka yg rela hati, yang sekarang berhijab hanya kerana berfesyen, nak buat bisnes tudung dan hanya ikut-ikutan. Itupun kesedaran berhijab di Malaysia datangnya dari Iran juga.

Di Iran mereka mmg sejak dari dulu sekular, jadi bila dipaksakan berpakaian sebegini mereka memberontak dalam diam. Pada mereka Revolusi Islam Iran ni langsung tak membantu ekonomi mereka, negara asyik kena sekatan ekonomi dgn US, pengangguran makin meningkat, pemerintahnya tak habis2 dengan penegakan etika pakaian dll. Saya percaya jika begini keadaannya pasti satu masa nanti Kerajaan Iran skrg akan jatuh. Saya ramai kawan2 Iran, rata2 mereka memang rimas dengan pelaksanaan undang2 Islam, mereka lebih mahukan pembangunan ekonomi. Mereka ingin Syah Iran yg digulingkan dulu kembali perintah Iran balik.


Berbeza dgn Turki, wanita di sana memang kalau berhijab mereka lakukan dengan kerelaan hati tanpa paksaan. Jadi betul2 jaga nilai2 Islamnya. Sbb Turki masih negara sekular. Berbeza sekali dengan Iran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2019 09:51 AM | Show all posts
rykall replied at 16-9-2019 07:51 AM
betul..utk perkara ini saya sependapat, kita tak boleh paksakan hijab pd perempuan tapi biarlah de ...

sebab itu rejim agama tiada tempat untuk masa hadapan

ISIS memerintah pun xdpt hentikan isap rokok.... bersemburit

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2019 12:05 PM | Show all posts
Bukan ke ketuanan kata satu jenis Sekolah bantu perpaduan?

Satu agama pun saling mengebom, bukti teori satu aliran pendidikan bantu perpaduan itu bullshit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 12:12 PM | Show all posts
kaya ler petronas
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
v(T.T)v replied at 15-9-2019 08:05 PM
Bukan ke ketuanan kata satu jenis Sekolah bantu perpaduan?

Satu agama pun saling mengebom, bukti  ...

jangan buat cerita lah u ...... cinta keamanan contoh di tunjukkan ummah....agama ku agama ku ....agama mu agama mu......tapi still syiah di tangkap di malaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah akibatnya jika tidak bersatu padu...

Perpaduan itu mudah, contoh paling mudah makan sama2 duduk sebelah sebelah...menerap nilai harmoni....Perpaduan itu universal...

Jika ini pun tak boleh nak buat mcm manalah rakan2 cina ,india , dan non moslem nak jd yakin dgn wacana perpaduan yg kita cadang2kan.. hanya jadi buah ketawa mereka sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 12:30 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 16-9-2019 12:19 PM
Inilah akibatnya jika tidak bersatu padu...

Perpaduan itu mudah, contoh paling mudah makan sama2  ...

Satu bangsa satu agama satu sekolah pun ada Parti amanah, Umngok, PAS, Amanah,  so tumpang tanya , perpaduan macam mana baru kira perpaduan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia Ni hanya boleh disatukan oleh duit jer, nganga kejar umpan tokey2 cina hahaha hahaha hahaha mcm amanah hahaha hahaha hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ohnoLia at 16-9-2019 12:53 PM
v(T.T)v replied at 16-9-2019 12:30 PM
Satu bangsa satu agama satu sekolah pun ada Parti amanah, Umngok, PAS, Amanah,  so tumpang tanya , ...


kalau kita lihat debat anak2 kita peringkat sekolah, anak2 muda kita sudah dpt intipati apa perpaduan itu dgn hujah2nyg indah   kefahaman yg murni dan memberi harapan bahawa suati hari nanti ia bisa digapai di Malaysia..

Tp sedetik mereka keluar dr sekolah, langsung ai percaya ia akan terlerai ...kerana yg kertu dan tua2 renta  mcm kita masih tercari2.... atau tahu tapi menggelapkan mata shj...melihatkan keadaan itu,  mungkin perpaduan itu akhirnya hanya mitos yg mustahil di capai sesama kita... satu utopia impian kosong....   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 01:29 AM | Show all posts
Serangan kilang minyak Saudi: AS sedia bertindak balasReuters -

September 16, 2019 11:16 AM


Kemudahan minyak Arab Saudi di Abqaiq terbakar pada 14 September 2019. (Gambar Reuters)


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berkata AS sedia bertindak balas ekoran serangan terhadap kemudahan minyak Arab Saudi selepas pegawai kanan pentadbirannya menyalahkan Iran.


Trump juga membenarkan penggunaan stok minyak AS untuk memastikan bekalan yang stabil selepas serangan itu, yang menjejaskan 5% bekalan global.


“Ada sebab untuk mempercayai bahawa kita tahu pelakunya, tindak balas bergantung pada pengesahan, tetapi menunggu untuk mendengar daripada kerajaan itu tentang siapa yang mereka percaya adalah penyebab serangan ini, dan dengan apa yang kita akan teruskan!,” kata Trump menerusi Twitter.


Terdahulu, seorang pegawai kanan AS mendakwa Iran terlibat melancarkan serangan ke atas bekalan minyak dunia.


Kumpulan Houthi yang diselaraskan Yaman memikul tanggungjawab ke atas serangan itu.


Industri minyak Arab Saudi, termasuk kemudahan pemprosesan petroleum terbesar di dunia, dijangka meningkatkan harga minyak antara AS$3 hingga AS$5 setong di Timur Tengah pada Isnin.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071212 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list