View: 13620|Reply: 196
|
[Tempatan]
Mi segera jadi doorgift untuk tetamu masa kenduri kahwin
[Copy link]
|
|
Mi segera cenderahati untuk tetamu
“SEJAK di bangku sekolah, saya sudah memasang angan-angan untuk memberi cenderahati mi segera kepada tetamu pada majlis perkahwinan, akhirnya impian itu bakal direalisasikan tidak lama lagi,” kata Siti Najihah Zamani, 22.
Siti Najihah memberi reaksi itu selepas ditanya alasannya menyediakan cenderahati mi segera untuk tetamu pada majlis perkahwinannya di Rembau, Negeri Sembilan 28 September ini.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkongsi ideanya dengan memuat naik ciapan di Twitter miliknya malam kelmarin dan ia mendapat perhatian warganet sehingga tular di laman sosial.
“Saya pernah menyuarakan hasrat itu (memberi cenderahati mi segera) kepada ibu satu ketika dulu dan mulanya, dia mempersoalkannya mungkin kerana tidak pernah melihat pasangan lain melakukannya.
“Namun ada sebab saya memilih mi segera, salah satunya adalah kerana tidak mahu membazir dan ingin cenderahati diberi pada majlis perkahwinan nanti memberi manfaat kepada tetamu.
“Mujurlah, ibu dan ayah faham malah mereka begitu bersemangat memborong mi segera itu di pasar raya selepas tahu mengenai perancangan saya.
“Tunang saya , Amal Afif Omar, 22 juga tidak membantah sebaliknya menyokong walaupun terkejut pada mulanya,” katanya ketika dihubungi.
Siti Najihah berkata, rata-rata warganet memberi maklum balas positif terhadap perkongsiannya itu dan ada juga bercadang memberi cenderahati sama kepada tetamu pada hari bahagia mereka.
Namun terdapat juga individu yang mempersoalkan tujuannya memberi cenderahati mi segera kerana merasakan makanan itu tidak sihat dimakan.
“Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi terpulang kepada mereka kerana bagi saya, setiap pasangan pengantin berhak memilih jenis cenderahati untuk diberikan kepada tetamu.
“Apa yang penting, niat kita memberikan cenderahati itu adalah untuk bersedekah dan diharap tetamu saya nanti gembira menerimanya.
“Saya sendiri tidak menyangka perkara ini akan tular tetapi gembira jika ia dapat memberi idea kepada pasangan yang merancang berkahwin dengan bajet rendah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
angan2 dari zaman kecik la,memberi manfaat la... ngaku je la ko sengkek |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk kata mi segera tu tak elok utk kesihatan.. Byk dah org bg bende lain yg tak elok utk kesihatan juga. Jajan.. Air gas.. Air kotak.. Coklat.. Gula2... Haaaa camne tu?
Yg eloknya mmg bg telur je la dik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by che-cikL at 16-9-2019 11:28 PM
Dahsyat dia punya planning doorgift kawin dia, sejak sekolah lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Garit nya ko , semenjak skeolah bukan bercita-cita nak jadi seseorang yang berguna utk diri sendiri,keluarga,negara,agama,dan bangsa malah pasang cita-cita nak manikkah lepastu nak hadiahkan tetamu dgn mee segera...biawaknya sebuah cita-cita ,biawka pun tidka bercita-cita mcm tu . |
|
|
|
|
|
|
|
che-cikL replied at 16-9-2019 11:25 PM
Dahsyat dia punya planning doorgift kawin dia, sejak sekolah rendah lagi. Kalau sekolah menengah tu ...
Hasanah sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nak nengok ciapan nya tu? Acik takde twider? Cap apa minya tu nanti? Nanti blh pilih tak kari ke ayam ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sblm ni ade org bg dah la...siap pakej telur lagi..hehehe...
sesuai sgt utk masak mlm lepas mkn knduri tu
duit da skit lps salam kaut |
|
|
|
|
|
|
|
baru2 ni ada netizen melahar kat twitter sebab dapat roti gardenia sebuku utk doorgift
tak bersyukurnya ko dek.. |
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana replied at 16-9-2019 11:27 PM
Garit nya ko , semenjak skeolah bukan bercita-cita nak jadi seseorang yang berguna utk diri sendiri, ...
Dia garit satu hal.memetik kebodohan dia di twider dan menjadikan ianya sumber berita double garit, plus bodoh. N i am stupid to end up at this thread. Oh give me back my few second. |
|
|
|
|
|
|
|
Samyang 2x pedas tu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
selama ni yg bagi kicap, xde la viral bagai?
mgkn cara dia jawab yang lagi mengundang kecaman. mak dia malu kot anak dia bagi mi segera kt jiran tetangga. tunang dia pula maybe malas nak kisah, ikut hang la nak buat lagu mana, janji kita halal.
|
|
|
|
|
|
|
|
menjadi kebanggaan lantas berlumba-lumba masing2 mencuba menjadi yang rare @ pelik-pelik bagi mendaoatkan perhatian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah pi kenduri kawin dpt kicap lemak manis cap mudim |
|
|
|
|
|
|
|
Okay gak la. Agak2 teringin nak makan mee segera tengah malam, dah ada dah dalam kabinet dapur cenderahati dia ni. My parents baru ni dapat set stainless steel straw dengan berus cucinya cenderahati wedding depa attended. |
|
|
|
|
|
|
|
Halah halah xkan la tunang nak marah kau tu walaupn tu idea bongok
Dia takut lettew kau merajuk..xpepasal malam pertama sondol bantal je |
|
|
|
|
|
|
|
Susahnya nak dapat telur kenduri sekarang.. Dah jadi cam cenderahati eksklusif kat pelamin la pulak n akan diberi pd org tertentu je.
Msg2 konon nak buat lain drp yg lain kot. Please la hidupkan kembali budaya dulu2 ni.. Ke ada yg anggap bg telur rebus tu kira cikai? Bg aku la kan, lg eksklusif n rare klu bg telur. Sebab susah sgt nak dpt sekarang. Simple, berkhasiat. Cuma leceh sikit la nak merebus tu, siap kena cuci bersihkan dlu kulitnya... Alahh tapi klu buat secara gotong royong sesama family members apedehal kan.. Nak nampak unik, pelbagaikan kreativiti bungkusannya |
|
|
|
|
|
|
|
OK le tu, doogift biarla bemanfaat. Ada yg bg cawan kecik sgt la dll hujung2 x pakai |
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana replied at 16-9-2019 11:27 PM
Garit nya ko , semenjak skeolah bukan bercita-cita nak jadi seseorang yang berguna utk diri sendiri, ...
Kalau dia bagi mi segera buatan.isele takpe lah kan? BMF |
|
|
|
|
|
|
|
Doorgift in sebaiknya bende2 yg boleh dipakai juga boleh bertahan agak lama, macam address book ka, calender ka, agenda/planner book ka, tote bag ka, bebende tu tak lah mahal sangat. Tapi takde Melayu yg buat rasanya so far |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|