CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10731|Reply: 27

[Bahasa] [Takwil Puisi 027] Harapan...

   Close [Copy link]
Post time 17-9-2019 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 17-9-2019 09:38 AM

Pemenang [Takwil Puisi 026] Hukum Alam

Tahniah pemenang-pemenang

1 - @LemakPetai

2 - @Bonda_Aniey

Maksud puisi-Hukum Alam

Ditulis ketika ditimpa ujian yg berat. Walaupun dalam susah & sakit tetap ada orang yg sayang yg masih teguh pegang tangan tolong kita bangun. Jadikan semua ujian sebagai pengajaran. Kalau teruk mana pun ujian kita pasti kita mampu lalui. Allah swt tak akan uji lebih dari kemampuan kita. Setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya satu hari nanti


Puisi Minggu Ini

Tajuk : HARAPAN


Seorang suami sering mengulang
Ayat sekadar ingatan
'Mungkin ini masa terakhir kita bersama'
Mahu setiap saat bersama
Adalah sewangi semekar bunga
Tanpa sekelumit pun bara
Buat isteri bersedia
Agar tiada rasa sesal terkilan
Andai dia yang pergi dahulu
Biar tahu ajal adalah rahsia Allah
Harapan tetap diharap
Kerna tak sanggup berpisah hidup atau mati
Dengan kenangan
Dia suami yang tidak sekuat isteri
Tanpa sedar adakah seorang isteri
Yang diyakini ceria, manja, kuat dan tabah
Mampu terus begitu
Tanpa suami disisinya lagi?



Oleh,
@orgsepang

Pemenang belum klaim-   @watashinoai (2x)

@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@takayama
@chicozinn
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang

@Snack_Fruit

@digger

@rob07

@takayama

@meisapoya

@ati2027

@watashinoai

@krimkraker

@KahPahJ

@seller6183

@aleX-S





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa momod..sedih pulak puisi kali nih..pasangan y saling mencintai..si suami berharap untuk teruskan hidup bersama dengan isteri tanpa ada sebarang kelahi atau pergaduhan..dia inginkan kebahagiaan dan kesempurnaan dlm melayari alam rumahtangga..

Tetapi,itu harapan si suami kepada si isteri tanpa memikirkan apa y si isteri rasa atau harapkan..pada pendapat saya,ada sedikit sifat pentingkan diri si suami sebab dia cuma fikirkan psl diri dia..ye,bahagia itu perlu tetapi dia mungkin tidak pernah ambil taw perasaan sebenar isterinya (4 barisan terakhir) jika si suami sudah tiada..pokok pangkalnya,masing2 kena tahu dan jaga hati sesama sendiri..

Rasa macam berbelit plak sy type..xpelaa..type y ni dlu..nti lupe pulak..hahahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:05 PM | Show all posts
tahniah, selalu juga terfikir mampu ke untuk hidup sendiri kalau ditakdirkan pasangan pergi dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kepada pemenang. Terima kasih momod @seribulan tag kita. Nanti kita takwil ya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Macehhhhh momod @seribulan bagi kiter tacang goreng panas2
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
thanks cik seri tag saya.

ada kelapangan saya try takwil puisi ni.

alhamdulillah ramai dah forumers tepek karya diorang.buang rasa malu untuk sesuatu yang baik why not kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2019 03:17 PM | Show all posts

Suami sering ingin meluangkan masa bersama isteri seperti hari ini adalah hari terakhir yang suami miliki dengan penuh perasaan bahagia tanpa pertelingkahan urat atau pendapat. nak happy happy je org sekarang kata.
Supaya nanti andai betul masa dia habis, dia harap isteri rasa puas dan tak ada rasa terkilan tak dapat nak rasa bahagia yang cukup dengan suami dan isteri boleh redha lepaskan suami pergi dengan tenang.
Walau mcm mana pun, suami tetap risau boleh ke isteri hidup tanpa suami dengan cekal dan tabah hadapi segala dugaan bila suami tiada nanti.

Bagus suami macam ni, mungkin akan terus saling melengkapi. kunci bahagia rumah tangga.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Puisi ni pasal kasih sayang suami pada isteri. Kalau bahasa budak2 sekarang ni kira "cinta mati".

Terus iolls teringat banyak kes yang husband tabah jaga wife yg sakit. Macam Edia Yusuf tu kan. Lautan api sanggup direnangi. Semoga percintaan penulis ni dan isteri beliau till jannah. Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 10:01 PM | Show all posts
Puisi Minggu Ini

Tajuk : HARAPAN

Seorang suami sering mengulang
Ayat sekadar ingatan
'Mungkin ini masa terakhir kita bersama'
Mahu setiap saat bersama
Adalah sewangi semekar bunga
Tanpa sekelumit pun bara
Buat isteri bersedia
Agar tiada rasa sesal terkilan
Andai dia yang pergi dahulu
Biar tahu ajal adalah rahsia Allah
Harapan tetap diharap
Kerna tak sanggup berpisah hidup atau mati
Dengan kenangan
Dia suami yang tidak sekuat isteri
Tanpa sedar adakah seorang isteri
Yang diyakini ceria, manja, kuat dan tabah
Mampu terus begitu
Tanpa suami disisinya lagi?

==========================================================================

Apa yang saya faham :

kasih sayang suami pada isteri yang sebelum ini diambil enteng oleh si suami, mungkin sibuk dengan urusan kerja yakni perkhawinan jarak jauh.. penulis cuba untuk tebus kembali supaya dia dpt meengantikan balik kasih sayang yg selama ini dicicirkan...

Si suami tidak mahu merugikan setiap rasa cinta, kasih sayang, dan masa bersama tanpa ada rasa walaupun sikit pun perasan terasa hati diantara si suami n isteri, pada suami apapun yg terjadi biar MAUT yg pisahkan mereka.

Namun walaupun sekuat dan setabah seorg isteri itu,Si suami tetap ada rasa susah hati dan risau adakah si isteri itu akan kuat dan kental untuk mengharungi jika si suami YG PERGI DAHULU...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 11:37 PM | Show all posts
setelah nick bersotong aku yg legend tu dibunuh..aku hidup kembali sbagai cable...nntikan sajak2 mautku untuk renungan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 11:38 PM | Show all posts
suami outstation kerja bidang paip gas?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...terima kasih mod @seribulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 02:49 AM | Show all posts
Maksud puisi - Harapan

Si suami merasakan kematian makin menghampirinya (mungkin disebabkan penyakit yg dihadapinya).  Tiada apa yg tinggal cuma lah sisa-sisa hidup si suami bersama si isteri yg tercinta yg akan dipenuhi saat-saat bahagia.

Sang suami berharap agar isterinya boleh berdikari dan sentiasa kuat dlm menjalani kehidupan seharian tanpa dirinya di suatu hari nanti. Semoga kenangan bersama masih segar dalam ingatan  dan sanubari  si isteri. Itulah harapan sang suami buat isteri  tercipta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2019 08:44 AM | Show all posts
Bonda_Aniey replied at 17-9-2019 09:01 PM
Puisi Minggu Ini

Tajuk : HARAPAN

Sila post klaim kredit pemenang

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Seorang suami mengingatkan isteri tercinta bahawa suatu hari nanti mereka pasti akan terpisah jua. Oleh itu, si suami mahu agar hanya kenangan manis yang terpahat dijiwa jika dia pergi dahulu di jemput Ilahi. Suami juga gusar adakah si isteri dapat meneruskan hidup sendirian walaupun sebenarnya si isteri adalah seorang yang tabah dan cekal di sebalik kelembutannya. Jodoh pertemuan, ajal dan maut tiada siapa blh menjangka. Jadi janganlah di bazirkan hidup dengan bersengketa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 12:09 PM | Show all posts
seribulan replied at 18-9-2019 08:44 AM
Sila post klaim kredit pemenang

mcm mana tu.. mohon tunjuk ajar seribulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2019 12:45 PM | Show all posts
Bonda_Aniey replied at 18-9-2019 11:09 AM
mcm mana tu.. mohon tunjuk ajar seribulan

Dah bagi kat posting yang ni tahniah

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 01:32 PM | Show all posts
Haluu tuan tanah, saya belum claim hadiah ni. baru perasan ada nama. haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 02:57 PM | Show all posts
seribulan replied at 18-9-2019 12:45 PM
Dah bagi kat posting yang ni  tahniah

again tq seribulan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Puisi Harapan berkisarkan tentang seorang suami yang tersangatlah mengasihi suri hatinya yang bergelar isteri. Si suami sering mengatakan pada si isteri masa-masa yang sedang dilalui berkemungkinan detik terakhir mereka bersama. Oleh itu, si suami berharap setiap saat yang berlalu dipenuhi dengan bunga-bunga cinta, yakni perkara baik dan kenangan terindah bersama isteri tercinta. Diinginkan keindahan dan keharmonian rumahtangga dan bukanlah sengketa.

Ajal dan maut adalah rahsia Allah. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kerana itu, sang suami berharap si isteri tiada perasaan bersalah, sesal mahupun terkilan seandainya si suami yang menghadap Pencipta-Nya terlebih dahulu. Si suami menyatakan isterinya seorang yang kuat dan tabah, namun masih lagi terselit rasa gusar di sanubarinya. Si suami berasa bimbang akan kehidupan isterinya setelah dia tiada. Bimbang separuh jiwa isterinya mati di saat dia telahpun tiada di sisi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.577439 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list