CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 2

[Tempatan] Polis parah dirempuh bas

[Copy link]
Post time 17-9-2019 11:43 AM | Show all posts |Read mode


ANGGOTA polis parah di kepala selepas dirempuh sebuah bas ekspres ketika cuba membantu mengawal lalu lintas berikutan kemalangan membabitkan treler dan kereta di Kilometer 62 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, berhampiran susur keluar Pendang, semalam.

Susulan kejadian 11.10 malam itu, mangsa, Mohd Syahir Muhammad Noor, 28, dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kemalangan dipercayai berlaku membabitkan tiga kenderaan dan seorang pejalan kaki.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila Honda City yang dipandu seorang anggota polis, Konstabel Mohammad Qushairi Abd Ghani, 31, yang bertugas di IPD Selama, Perak yang memandu dari Kodiang ke Selama dikatakan bergesel dengan lori yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun.

“Akibat kemalangan itu, kereta yang dipandu Muhammad Qushairi dikatakan terbabas dan terhenti di lorong kanan jalan.

“Ketika itu, Mohd Syahir yang ternampak kejadian itu kemudian memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan dan keluar dari keretanya untuk membantu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arriz Sham berkata, mangsa yang melakukan kawalan lalu lintas di lorong kanan kemudian dirempuh sebuah bas ekspres dari arah belakang.

Katanya, akibat dari rempuhan itu mangsa dipercayai mengalami parah di muka dan dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang berasal dari Sungai Petani itu kini masih dirawat di Zon Merah.

“Kejadian itu turut menyebabkan Muhammad Qushairi mengalami kecederaan dan luka di tangan,” katanya.

Arriz Sham berkata, pemandu lori itu, Abdul Hamid Ghazali, 49, yang beralamat di Petaling Jaya, Selangor dan pemandu bas ekspres, A Sinama Naidu, 43, dari Gopeng, Perak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua mereka mendapati bebas dari pengaruh dadah.

“Isteri Mohammad Qushairi, Aimee Karim, 26, hanya mengalami sakit di bahagian leher, manakala dua anak mereka, Hawa Razia Mohamad Qushairi, setahun 10 bulan dan Hawa Safiya, tiga tahun luka ringan.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah..kesiannya
semoga Allah permudahkn urusan mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 01:02 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh abang pulis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.068644 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list