CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 12

[Jenayah] 2 Beradik India Didakwa bunuh Sepasang Suami Isteri

[Copy link]
Post time 17-9-2019 03:15 PM | Show all posts |Read mode
DUA beradik lelaki India didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas tuduhan membunuh suami isteri yang disumbat di dalam bagasi di dua lokasi berasingan, bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh, Sagar Sharma, 24, dan Shubham Sharma, 19, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka yang dilihat tenang di dalam kandang tertuduh, berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dua beradik yang masing-masing bekerja sebagai pengawal keselamatan itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian kepada Lim Ah Kee @ Lim Kok Hoe, 79, dan Tan Siew Mee, 52.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah di The Main Place Residence, Jalan USJ 21/10, Petaling Jaya antara 8 malam 23 Ogos hingga 3.20 pagi, 24 Ogos lalu.

Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan kes yang dijalankan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus dan Gabriel Susayan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 November depan sebagai sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua beradik berkenaan ditahan polis di sekitar Kota Kemuning dan Subang Jaya pada 29 Ogos lalu.

Difahamkan, mereka adalah penyewa kediaman milik mangsa. Mayat Tan ditemui di dalam longkang Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, pada 26 Ogos lalu manakala, mayat suaminya ditemui di longkang berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Alam Megah, tiga hari kemudian.

Hasil bedah siasat mendapati mayat Tan ditikam sebanyak 13 kali manakala tubuh badan suaminya terdapat tujuh tikaman termasuk kelaran di leher.

Berita berkaitan

• Reman dua beradik disambung

• 'Bunuh suami dulu, lepas tu isteri'

• Dibunuh penyewa sendiri?

• Tikam 13 kali, kelar dan buang [METROTV]

• Sumbat mayat wanita dalam beg




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi...x selamat sungguh la..
keje pengawal keselamatan...jg keselamatan org tp ko pulak g mmbunuh org..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp la berani sgt bg sewa bilik kat pendatang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian apek tu dulu orang cemuh kata dia bunuh bini dia. Padahal dia pun terbunuh alahai kesiannya. Risiko betul kalau sewa kat orang luar ni, asal boleh je bunuh owner, dia ingat dia kat yindia ke apa boleh simply bunuh orang baling dalam parit
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
fofuler replied at 17-9-2019 04:27 PM
Kesian apek tu dulu orang cemuh kata dia bunuh bini dia. Padahal dia pun terbunuh alahai kesiannya.  ...

Dia prime suspect mula2 kan..sedangkan dah meninggal pun dia masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 05:29 PM | Show all posts
Senang dia selesaikan masalah. Tak boleh bayar sewa. Bunuh je.
Ko punya hidup yg susah, org lain yg mati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2019 06:25 PM | Show all posts
Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah di The Main Place Residence, Jalan USJ 21/10, Petaling Jaya antara 8 malam 23 Ogos hingga 3.20 pagi, 24 Ogos lalu.


nahhh kau, guard pun duduk kat serviced apartment, walaupun menyewa bilik saje sekalipunn.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Couple ni tak de anak ke?....

Kesian...knp lah dorang sewakan kt bangla...sewakan lah kat org cina prc ke....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yindia dr negara india ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanye mangsa pun susah tu yang sewakan bilik mereka kat warga asing. Aku rasa kerajaan Malaysia kena sediakan guidelines buku utk mana2 warga asing yang nak duduk Malaysia, sebab hari2 dengar kes berkaitan warga asing, bila dah berjuta tu dah tak terkawal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... pengawal keselamatan.. syarikat security mana la yg ambik tu ye...  bukan kena buat bground checking kat polis ke....
sabitkan syarikat tu skali...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 17-9-2019 05:25 PM
Dia prime suspect mula2 kan..sedangkan dah meninggal pun dia masa tu

Tulah sebab polis cari tak jumpa, rupanya dah takde juga. Kesian betul
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka punya paria! Memang dasar bangsa tak bertamadun. Moga 2 ekor paria ni ke tali gantung segra. Jangan bazirkan duit pembayar cukai utk tanggung makan minum dia di penjara. Kalau boleh, hari2 bagi dia makan nasi kosong dgn minum air paip je, 2x sehari. That's it.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.084583 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list