15 lelaki Afrika bergaduh, berparang
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/497647/15-lelaki-afrika-bergaduh-berparang
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 5:13 PM
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
SEORANG lelaki warga Afrika cedera selepas terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan rakan senegara di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, semalam.
Sumber berkata, polis dimaklumkan mengenai insiden pergaduhan kejadian itu kira-kira 5 pagi.
“Pergaduhan itu membabitkan kira-kira 15 individu warga Afrika yang terdiri daripada dua kumpulan dengan bersenjatakan parang.
“Seorang daripada mereka dilaporkan cedera di kepala dan tangan kiri sehingga tulang siku kiri mangsa terkeluar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
“Pihak polis sudah menahan seorang lelaki Afrika berusia 30-an bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. |